Monday, 22 July 2013

AMANAT TUN DR MAHATHIR MENJELANG PAU : SUDAH TERANG LAGI BERSULUH: MASIH TAK FAHAM ???

ORANG MELAYU  JANGAN MABUK LAGI.
MAHATHIR AKUI  PARTI PEMERINTAH DIBAWAH NAJIB LEMAH
 SATU PUN TIDAK  DAPAT DI PERTAHANKAN
  'HAMPEAH'
 MELAYU MAKAN HATI 
                     KELEMAHAN NAJIB MEMPORAK PERANDA MALAYSIA DAN ISLAM

Bismillah-hir-rahman-nir-tahim

Isu penghinan terhadap agama Islam semakin diperkatakan diserata pelusok negara. Dari remaja sehinggalah golongan emas tidak terkecuali mahasiswa, semuanya memperkatakan isu ini. Sebelum ini penghinaan terhadap agama Islam hanya tercetus dinegara luar yang diperintah atau dikuasai olih orang bukan Islam tetapi sebaliknya pula dinegara kita. 

Kerajaan yang mendakwa  mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama resmi rakyatnya, mula  dicaci dan dihina olih orang bukan Islam dan terdapat pula segelintir pemimpin potilitk yang 'menyokong' atau 'menambah minyak' bukan Islam untuk terus menghina dan sesetengah parti politik yang 'berjuang' atas nama Islam juga nampaknya ' dipotong lidahnya' olih bukan Islam didalam membela 'agama' yang dikata diperjuangkan.

Berbalik kita kepada isu pokok tajuk diatas. Tidak berselindung tidak  bersembunyi , tetapi Dr Mahathir meluahkankan kehampaannya terhadap kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang menjurus kepada Perdana Menteri  , yang sekaligus  memberi tamparan  kepada Najib ,bahawa kegagalan beliau  didalam menangani isu penghinaan terhadap Islam yang dilakukan olih  bukan Islam samaada kaum Cina dan India semakin 'meruncing' dan 'membimbangkan' dan sudah terdapat 'tindak balas' terhadap perbuatan ini, tetapi 'nasib orang Melayu yang membela itu belum  'terbela lagi' . Najib didakwa gagal mengekang kebiadapan anak-anak Cina didalam isu ini. Kelewatan dan kelemahan Najib bertindak membuatkan 'cedera parah' telah dilakukan terhadap hati umat Islam.

Najib dilihat gagal didalam mengendalikan 'kes penghinaan terhadap Islam' seolah-olah baginya tiada apa yang dapat orang Melayu lakukan kerana Najib menganggap bahawa semua  orang Melayu sebagi bangsa yang suka 'makan daki' pemimpin, itu sebabnya orang UMNO semuanya 'bacul' tidak berani 'mempertahankan' agamanya.  Mungkin disebabkan Najib sudah terlampau 'manggadaikan dirinya' atau 'jiwanya sudah dimiliki olih 'orang bukan Melayu menyebabkankan tindakan lambat diambil . Seperti juga kes 'Pencerobohan Lahad Datu", selepas 21 hari  penceroboh Sulu menghuni Bumi Malaysia dan 'tergadainya nyawa Polis Melayu dan Bumiputra' , itupun setelah rakyat 'memprotes Kerajaan Najib'  yang dilihat seperti melepaskan batuk ditangga atau seakan 'tiada teloq' dan kemarahan  rakyat memuncak maka baru tindakan diambil. Disebabkan kegagalan atau kelewatan membuat keputusan olih Najib telah mengakibat ramai nyawa Polis tergadai dan tercedera  dan maruah kedaulatan serta pertahanan Malaysia tercemar . Kelewatan tindakan Kerajaan Najib mencerminkan ketidak pekaan beliau terhadap nyawa orang Melayu dan Bumiputra serta agama Islam.Begitulah yang terjadi kepada nasib orang Melayu yang beragama Islam.

Disebabkan peristiwa ini amat jelas dan nyata, maka, Tun Dr Mahathir, meluahkan perasaannya diakbar tentang apa yang perlu orang Melayu buat atau putuskan terhadap nasib dan masa depan Islam di Malaysia sekiranya masih lagi dibawah Najib.Tun secara terangan mengatakan bahawa  "Kerajaan yang didirikan tidak mendapat sokongan mengcukupi", pada kenyataannya Najib harus mengakui bahawa bukan Melayu telah menolak beliau  seadanya 'bermaksud'  Cina dan segelinitir India menolak Najib sebagai Perdana Menteri dan tetapi  Melayu hanya   menerima UMNO dan bukan Najib. 

Bersandarkan kepada analisa dan kajian yang dibuat , ternyata  Najib tidak diterima olih rakyat terutama kaum Cina  diMalaysia sebagi Perdana Menteri. Bersandarkan dari keputusan tersebut maka wajiblah Tun Dr Mahathir 'mengutarakan' apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat dihatinya . Untuk itu eloklah pada PAU ini, tukarlah kepimpinan tertinggi yang ada dengan orang nyang lebih bertanggung jawap dan berintegriti  dan peka dengan permasalahan orang Melayu dan Islam  . Yang nyata Najib sememangnya lemah dan tidak bolih diharap , dan kaum Cina 97% menolaknya seadanya. 

Untuk itu kreteria itu tidak dimiliki olih Najib untuk melayakkan beliau sebagai  Perdana Menteri dimana syarat utama untuk seseorang  diterima sebagai PM ,beliau wajib diterima olih semua golongan masyarakat dan bukan hanya kepada satu kaum saja. Kriteria  ini 'tidak' dimiliki olih Najib, olih itu Najib wajib berundur.

                            MESEJ NYATA MAHATHIR : TUKAR PRESIDEN UMNO

.


            BERANI HINA ISLAM KERANA  ISA SUDAH TIADA - TUN DR MAHATHIR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, segelintir masyarakat semakin berani menghina Nabi Muhammad dan mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam berpuasa kerana mereka kini tidak lagi menyokong BN.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, perkara seperti itu tidak berlaku kerana semua kaum di Malaysia menyokong BN.

Menurutnya, sebelum PRU13, BN menang dengan mendapat dua pertiga. Bagaimanapun kini, katanya, kaum Cina langsung tidak menyokong BN dan Melayu pula berpecah kepada tiga kumpulan.

"Kesan daripada PRU-13 berkait rapat dengan rasisme yang semakin menebal dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak memandangkan masa depan negara tidak berapa baik kerana perkara ini. Kalau diperhatikan pemisahan antara kaum telah membuatkan kita semakin jauh sehingga sudah sampai ke tahap ada yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan.

"Kita sudah beri kebebasan apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya, namun mereka semakin berani dengan menghina Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam yang berpuasa dan sebagainya. Semua ini tidak pernah berlaku kerana dahulu semua kaum di Malaysia menyokong BN.

"Kita menang dengan kelebihan yang tinggi melebihi dua pertiga tetapi kini oleh kerana orang Cina langsung tidak menyokong BN manakala orang Melayu pula berpecah tiga kumpulan, maka kita lihat kerajaan yang didirikan sekarang tidak mendapat sokongan yang mencukupi," katanya dalam wawancara itu.

                                                Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. mahathir2...'zaman Nabi xde pisau gilette, sbb tu xleh cukur janggut'.ni ayat sape lak ni??..mahathir mudah lupe..

    ReplyDelete