PERJALANAN MENUJU DESTINASI YANG DITENTUKAN NAMUN ALLAH SWT MENYINGGAHI PERJALANAN AKU DENGAN BEBERAPA WATAK ALHAMDULLILAH PERJALANAN INI MASIH BERTERUSAN HINGGA KE PENGHUJUNG PERJALANAN YANG DITENTUKAN |
Bulan Ramadhan banyak meninggalkan kenangan manis terhadap diri aku . Sewaktu semua sahabat yang baru saja berhijrah ke agama Islam, yang paling menyeronokan aku ialah sewaktu kesemua sahabat yang terdiri dari Simon, John ,Andrew, Peter dan keluarga, Aunt Lily,Jaacob atau Don, Ronnie , Joshua dan yang lain-lain , beramai-ramai berbuka puasa dikediaman aku dan selepas itu kita sama-sama berjemaah menunaikan solat Maghrib. Dan selepas itu sebelum masuk waktu Isyak pula, aku akan 'menerangkan perihal agama Islam kepada semua . Ulang kaji yang selalu aku lakukan membuatkan sahabat aku amat mengerti dan merasa amat dekat dengan Al Quran walaupun mereka hanya mentelaahnya melalui 'taksiran'.
Walaupun kisah perjalanan itu sudah berlalu menghampiri 15 tahun, namun, semua kenangan itu masih segar terpahat dihati dan hati ini tidak pernah berhenti 'mendoakan' kesejahteraan mereka walaupun sudah sekian lama kami berpisah. Perasaan hiba, sayu,gembira dan sebagainya selalu 'menjenguk' aku. Kekadang terfilkir olih aku, kenapa kami dipertemukan dan kemudian dipisahkan.
Hanya yang selalu berhubungan dengan aku adalah Peter atau Amin Carlos, Ronnie, Hafis serta Hj Kamaruddin, tetapi sekali sekala. aku menerima e-mail dari Don @ Yaakub dari New Zealand. Semoga Allah SWT merahmati Yaakub dan keluarganya.
Kekadang aku juga merasakan bahawa kehidupan ini tidak adil tetapi semuanya itu tertakluk kepada 'ketentuanNya dan kita wajib 'reda' diatas ketentuan yang diaturkan terhadap setiap manusia..
Kepada saudara-saudara ''yang dipilih Allah ' yang lain seperti Zainal, Shelley dan yang lain-lain yang aku terlupa akan nama mereka, hanya 'kerahmatan' jua aku pohonkan terhadap mereka dan keluarganya. Kepada Izhak dan Belmir yang berada jauh di Bosnia semoga Allah SWT memberkati keluarga anda sekalian.
Kepada adik-adik yang berada di Russia yang 'melafaskan syahadah' dihadapan aku dan 'melafas sahadah' mengakui bahawa Tuhan sebenar Tuhan adalah Allah SWT dan Muhammad s.a.w adalah Rasullulah , hanya doa yang dapat aku panjatkan kehadrat Illahi . Semoga kalian diberkati dibumi Allah, walau dimana anda berada.
Inshaallah, sekiranya kita tidak dipertemukan didunia ini, ingatlah, kita pasti akan bertemu dihadapan Allah SWT nanti , dan aku akan berdiri sebagai saksi dihadapaNya( Allah SWT,) ingatlah dihari kalian semua ketika kalian melafaskan syahadah 'mengakui Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Al Masih atau Isa Putera Mariam adalah Rasul Allah dan bukan anak Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasullulah . Ingatlah aku akan dipanggil olih Allah SWT kerana menjadi saksi diatas 'pengislaman kamu semua '. '
Inshaallah, sekiranya kamu masih lagi memegang tali Allah dan beriman dengan Al Quran , yakinlah, anda akan bertemu dengan Tuhan Yang Maha Adil dan Saksama dihari 'Penghitungan" semua manusia..
Untuk renungan semua, melalui Surah ini, Allah SWT dengan terang dan nyata mengatakan kepada kita bahawa, hari yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu di Gua Hira adalah hari pertama turunya ayat Al Quran yang pertama yang diberinama 'Iqrak' dalam surah Al Alaq . Ayat ini diturunkan melalui Jibrail ketika Rasullulah 'mengasingkan diri' disebuah bukit yang diberinama Hira dan ketika itu baginda didatangi olih malaikat Jibrail untuk menyampaikan 'wahyu' yang diperintahkan keatas dirinya . Dan peristiwa ini diturunkan pada waktu malam yang diberinama Lailatul Qadar.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
(Al-Qadr 97:4) |
(Al-Qadr 97:4) |
Dibawah ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Rasullulah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-'Alaq 96:5) |IKHLAS DARI :- CAHAYA AL MAJID
No comments:
Post a Comment