Wednesday, 31 July 2013

INI SEMUA SALAH NAJIB : MALAYSIA DAH TIDAK SELAMAT : PENJENAYAH BERKELIARAN :DAH TERHANTUK BARU NAK INGAT -" BENGAP" KE APA NAJIB NI!!!

ZAHID HAMIDI MENEMPLAK NAJIB, NAK KATA NAJIB BANGANG  DIA TAKUT
TETAPI GUNAKAN ALASAN
KURANG ANGGOTA DAN PERALATAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nampaknya pembunuhan kejam dilihat sering berlaku dinegara kita. Setiap hari akan ada berita mengenainya samaada orang awam yang  ditembak mati olih pembunuhan upahan ataupun Polis ditembak mati olih penjenayah dan tidak kurang juga 'gangster' berbunuhan sesama mereka. Yang anehnya kebanyakan dari mereka ini mempunyai senjata api, . Kenapa mudah sangat penjenayah ini memiliki senjata api ? Mudah sangatkah senjata api untuk diseludup masuk kenegara ini? Apakah tahap keselamatan masa kini? Terkawal kah atau dan jadi " koboi'?

Persoalan ini wajib ditangani olih Kerajaan  yang diterajui olih Najib, yang beliau sendiri dengan rela hati dan suci hati 'menghapuskan Akta ISA dan Ordinan Darurat, tanpa berfikir panjang. Kesemua 'ini dipertanggungjawap keatas 'bahu Najib' diatas kegagalan beliau mentadbir negara ini.

Kata Zahid Hamidi :-

" antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam" atau dalam bahasa mudah kenapa "Najib menghapuskan ISA dan Ordinan darurat".

16 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Malaysia memansuhkan tiga proklamasi darurat sekaligus menghapuskan undang-undang ISA dan Ordinan Darurat. Kononnya pemansuhan ISA 1960 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengamal demokrasi terbaik di dunia. Malah ianya merupakan salah satu daripada perjalanan transformasi negara. 

Khamis 19 Julai, Kementerian Dalam Negeri membebaskan 1,473 orang banduan yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Antara banduan-banduan yang dibebaskan itu termasuklah mereka yang terlibat dalam jenayah pemalsuan wang, pemalsuan kad pengenalan, kongsi gelap dan maksiat, perjudian haram, serta dadah.

Ada suara-suara yang menyatakan kebimbangan berhubungan tindakan kerajaan yang disifatkan terlalu terdesak untuk mengambil hati para pengundi. Bagaimanapun, kerajaan memberikan alasan, terdapat undang-undang lain yang akan menggantikan kesemua undang-undang yang telah dimansuhkan itu. Pada masa yang sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa undang-undang yang telah dimansuhkan itu tidak akan dapat dipergunakan oleh para penjenayah untuk meningkatkan kadar jenayah di negara ini. 


PUTRAJAYA:  Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has instructed the police to use all existing laws to fight serious and organised crime.
Najib said the police would have to look under existing laws on what action must and could be taken to restore public confidence.
"I am very concerned with the latest incidents, where murders using firearms occurred in a very brazen manner.
"The police must take immediate action to restore public confidence and the Government will provide whatever is necessary for them to enhance their capacity to fight serious and organised crimes," he told newsmen here Tuesday.
Najib was asked about the recent shooting incidents, including on Monday when Arab Malaysian Bank founder Hussain Ahmad Najadi was shot dead in broad daylight in the heart of Kuala Lumpur.

                          Hare Krishnan Didakwa Sebabkan Kematian Dharmendran
                                                    hare
KUALA LUMPUR: Insp S.Hare Krishnan (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa kerana menyebabkan kematian N.Dharmendran pada 21 Mei di pejabat Siasatan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kesalahan adalah di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dhamendran telah ditangkap pada 11 Mei kerana disyaki cuba membunuh melibatkan senjata api dan ditahan reman dari 12 Mei sehingga kematiannya pada 21 Mei.
Dia menyerah diri kepada polis pada pukul 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin, selepas enam minggu bersembunyi.

Sebelum ini, tiga anggota polis, Sjn Jaffri Jaafar, Kpl Mohd Nahar Abd Rahman dan Kpl Haswadi Zamri Sahari didakwa kerana membunuh Dharmendran pada 15 Jun.

                  SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA 
DULU SEBELUM NAK MENGHAPUSKAN ISA DAN ORDINAN DARURAT
TAK NAK FIKIR PANJANG, KONON KONON
NAK JAGA HATI PEMBANGKANG DAN HAK ASASI MANUSIA
SEKARANG NI MACAMMANA??
DAH TAK BOLIH TIDUR MALAM KE???
TAKUT!!!!
    
                                      
PUTRAJAYA:  Kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja  yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, perdana menteri turut melahirkan kebimbangan berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini.

Beliau berkata kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara.


Sehubungan itu, Najib mahu pihak polis mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.

Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan dan tindakan segera dan serius perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan rakyat," katanya.
                                   
Semalam, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.
                                 
Ahad lalu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
                                 

Seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.


  Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu

  KUALA LUMPUR 30 Julai - Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.

"Kepada saya ini merupakan satu fenomena yang baharu, masa saya berkhidmat, perkara macam ini, ada juga tetapi bukan macam kekerapan yang berlaku (sekarang), malah semalam sahaja, dua orang ke tiga orang ditembak," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama TV di sini hari ini.

"Saya percaya perkara ini memang hitman itu, kerana cara-cara mereka menembak pun nak menentukan orang yang mereka tembak itu mati cepat," kata beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara dan sinonim dengan kes jenayah berprofil tinggi.

                                     GURU YANG DITEMBAK MATI
                                              

                                                 

                                              IKHLAS DARI :- CAHAYA AL MAJID

No comments:

Post a Comment