Wednesday, 31 July 2013

KALAU TIDAK DIGANTI ,'ANUTAN' MELAYU PULA BAKAL DIHARAMJADAHKAN : KELEMAHAN KEPIMPINANYA SEMAKIN MENYERLAH TAPI UMNO CUBA MENAFIKAN

INGATKAN ERA NAJIB  AKAN  LEBIH BAIK DARI  ZAMAN PAK LAH
RUPA-RUPANYA
MELAYU DAN ISLAM LEBIH HAPRAK JADINYA
CINA MULA MENGHURU HARA KAN  MELAYU DAN ISLAM
RAKYAT PULA DALAM KEGUSARAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Untuk sekian kalinya disini ,saya penulis laman  ini menyarankan kepada Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia untuk berundur dari jawatan yang dipegang berlandaskan dari kelemahan-kelemahan beliau yang amat ketara dan didapati tidak 'kompiten' didalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan  olih orang Melayu untuk  kesejahteraan Malaysia , yang didapati beliau amat berat sebelah dan tidak mengutamakan kepentingan peribumi dan Melayu terutama yang beragama Islam. Melayu semakin terpinggir diera pemerintahannya.

Rata-rata rakyat terutama yang berbangsa Melayu kecewa terhadap 'kelembapan' Najib didalam menangani semua isu yang berbangkit dinegara ini. Kelemahan serta ketakutan  amat ketara apabila berhadapan dengan tekanan pembangkang. Permainan politik yang digembar gemburkan pembangkang dilihat gagal ditangani dan membiarkan isu-isu panas di'spin' olih pembangkang tanpa dapat dipatahkan atau  dinafikan.

Gerombolan pembangkang yang diketuai olih Anwar Ibrahim serta pemuja-pemuja pembangkang  telah  memainkan isu-isu panas terutama berhubung pembunuhan Alantuya yang dikaitkan dengan Najib, namun kes ini  tidak dipanjang olih Najib kemahkamah untuk memberishkan reputasinya sebagai Perdana Menteri dan UMNO . Membiarkan presepsi bermain difikiran rakyat tanpa mengambil tindakan undang-undang seakan-akan mengiyakan 'kes' itu. Rakyat melihat kes pembunuhan Alantuya sebagai satu konspirasi tertinggi yang 'dikata' terhubung dengan Rosman dan Najib. Penafian yang dibuat hanya sekadar 'penafian' yang tidak "bernoktah". Sedikit sebanyak 'kes' Alantuya ini memberi implikasi buruk kepada negara dimana seorang Perdana Menteri dan isterinya telah dikaitkan secara terangan .

Sebelum berlangsungnya PRU 13 Najib dilihat terlampau 'pro cina' dan disetiap tempat yang dilawatinya ketika bertemu dengan rakyat terutama komuniti Cina, berjuta-juta ringgit ditaburkan samaada untuk sekolah cina, tokong cina atau apa saja berkaitan dengan Cina semuanya diluluskan dan diberikan tanpa sempadan. Tujuannya hanya untuk memenangi 'hati cina' untuk mengaut undi . Apa saja program yang melibatkan kaum Cina Najib akan melakukanya  dengan senang sekali sehinggakan beliau sanggup 'menjadi pelakon iklan' untuk Perayaan Kong Hee Fat Choy' demi meraih undi yang dikatakan olih 'penasihat' nya akan berpihak kepada BN. Najib teramat konfiden dengan 'jelajahan'nya ditempat Cina .

Hari tidak selalu cerah, didalam kesibukan Najib menghadiri rumah  terbuka perayaan kaum Cina, negara kita digegarkan dengan Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu. Setalah hampir 3 minggu pengganas berjaya menguasai beberapa kampung di Lahad Datu, dan setelah ramai anggota Polis dan Tentera terkorban,( majoriti yang terkorban adalah anak Melayu), barulah Najib tergesa-gesa membuat keputusan untuk 'menyapu' besih kawasan tersebut. Najib hanya sekadar menerima input dari penasihatnya bilamasa untuk bertindak dan menghapuskan pengganas. Sepatutnya Najib bertindak lebih pantas didalam menangani hal keselamatan rakyat dan tidak berkompromi dengan musuh. Kelewatan 'lampu hijau' dari Najib telah mengakibatkan anggota Polis dan tentera gugur., Sekali lagi imej Najib dan UMNO tercalar dan kredabiliti sebagai Pemimpin negara dipertikaikan olih rakyat.

Selepas PRU 13, Kerajaan pimpinan Najib hanya memenangi 133 kerusi Parlimen dan majoriti kerusi itu dimenangi olih BN melalui calon UMNO. Kekalahan teruk rakan sebantal iaitu MCA. Gerakan dan beberapa komponen lain telah memberi tamparan hebat kepada Najib. Rupa-rupanya Najib ditolak sepenuhnya olih kaum Cina sewaktu PRU13. Segala apa yang diberikan atau yang dimomokan olih Najib kepada kaum Cina rupanya 'tuba juga menjadi balasan".Namun semua itu Najib masih lagi 'mengagungkan Cina'. Berjela-jela blogger mengkritik Najib dan pentadbirannya.

Hindraff yang pada satu ketika merupakan 'gangster pembela kaum India' yang secara terangan telah menghina Melayu, Islam dan Raja-raja, telah dengan 'senang hati' Najib melantik wakil mereka sebagai Timbalan Menteri. Tidakkah Najib memikirkan hati dan perasaan orang Melayu apabila 'ketua Hindraff' , yang ,melakukan 'provokasi' keatas orang Melayu diberikan tempat di kabinet nya. Provokasi yang dilakukan amat keterlaluan dan 'menghinakan maruah orang Melayu. Adakah Najib mementingkan perasaan orang Melayu atau takut dengan kaum India?? Beliau kena sedar bahawa  'kuasa' yang dimilikinya adalah diatas 'ikhsan' orang Melayu ?" dan bukan undi majoriti kaum Cina dan India.

Disebabkan kelemahan Najib  dan kabinetnya juga, kini kaum Cina teramat lantang menghina Melayu dan Islam. Namun diatas kelemahan Najib dan pemerintahanya juga, gejala ini tidak dapat dibendung dan kini lahirlah beberapa ramai pula kaum Cina yang menghina Islam dan yang terbaru 'menghina kesucian Ramadhan". Tidakkah Najib nampak atau sedar akan kelemahanya didalam menangani situasi ini. Sehinggakan baru-baru ini, ada kumpulan anak Melayu sudah mula menunjukkan sifat kurang ajar terhadap kaum Cina yang dilihat "terlampau" .Masihkah Najib mendiamkan diri atau sekadar memberi 'amaran'.

Kes kalimah Allah yang diperjuangkan olih Lim Guan Eng, sehingga kini, isu itu masih lagi belum selesai dan kini menjadi perdebatan ramai dan perhatian rakyat. Ketidak tegasan Najib didalam 'menterjemahkan' tindakan, membuatkan Melayu dan orang Islam amat marah dan hilang hormat kepada beliau.

Diatas desakan pembangkang dan NGO-NGO 'bertuan' , Najib dengan rela hati telah menghapuskan ISA dan Ordinan Darurat. Diatas penghapusan  akta ini, lebih kurang 2,000 orang penjenayah tegar dibebaskan dari Simpang Rengam. Kebanyakan penjenayah-penjenayah ini merupakan penjenayah tegar dan taiko-taiko gangster  . Namun diatas 'rasa kemungkinan' penjenayah ini tidak akan mengulangi perbuatan mereka, nampaknya sudah memudaratkan keselamatan dan kententeraman awam pula. Kini terdapat banyak 'kes' pembunuhan menggunakan 'senjata api'. Disebabkan ketiadaan akta yang bolih 'mengekang' perlakuan ini, dan kuasa Polis semakin menidakan kuasa mereka untuk 'melakukan', maka, kejadian ini sudah mula berleluasa sehinggakan Menteri Dalam Negeri juga mengakui akan 'keterbatasan' Polis untuk bertindak. Salah siapa kah ini??

Kalau dahulu rakyat marahkan Pak Lah yang dilihat amat lembut dan 'tiada kuku' didalam pemerintahannya dan dilihat banyak merosakkan dari kebaikan, tetapi akhirnya Pak Lah akur dengan kehendak pemimpin UMNO untuk beliau berundur. Dan rakyat mengharapkan agar Najib dapat membetulkan kerosakan yang dikata, tetapi, apabila Najib mengambil alih jawatan Pak Lah, , kelemahan kepimpinan Najib lagi bertambah lembik . Ketegasan yang diharapkan dari Najib untuk membawa  Melayu dan Islam  keera yang lebih tinggi nampaknya semakin hilang dari 'perjuangan Najib". Ketokohan Najib sebagai Perdana Menteri bertambah pudar dari hari  hari.

Rata-rata orang sudah melihat akan kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Kini orang Melayu tidak lagi menaruh harapan yang tinggi lagi kepada Najib, dan sekiranya dilakukan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini, nescaya  kali ini Melayu akan menolak UMNO, bukan kerana tidak sukakan UMNO tetapi kerana bencikan pemimpinnya yang 'dayus''. Kalau Najib tidak diganti dan terus berkuasa sehingga PRU 14, inshaallah, Najib dan UMNO akan membenarkan akan  kebenaran konsep RAHMAN  .

               Manusia dibekalkan akal fikiran olih Allah SWT. Olih itu firkankan lah sebelum
                                                    UMNO di talkin olih orang Melayu
                                            
                Orang Melayu hanya menjadi alat  bagi pemimpin UMNO untuk berkuasa                                                    Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment