ISLAM SEMAKIN TIDAK TERJAMIN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Katanya suara Perdana Menteri adalah suara rakyat. Walaupun Kerajaan Barisan Nasional mengungguli persada kuasa tertinggi melalui UMNO, namun, didalam Kabinet yang dibentuk, jawatan Menteri diagihkan kepada beberapa anggota komponen parti . Namun apa yang mengembirakan , untuk Agama Islam, terdapat seorang Menteri yang dipertanggunajawap atau yang diamanahkan olih Perdana Menteri untuk diterajui bagi melindungi serta memperkasakan institusi keagamaan Islam dan pengikutnya.
Walaupun terdapat seorang Menteri yang mengetuai 'instutusi' ini,namun segala hala tuju dan perancangan semestinya direstui atau di'endorsed' olih Perdana Menteri untuk dilaksanakan. Dan kita dapati disetiap negeri pula terdapat 'ketua' atau sekurang-kurangnya seseorang yang bertaraf 'Mufti" ditugaskan untuk 'memantau' akan perjalanannya.
Mengimbau kembali masa lalu terutama selepas PRU 12 sewaktu Tun Abdullah sebagai PM, beliau secara berani dan membabi buta 'memperkenalkan Islam Hadhari' didalam pemerintahannya. Sana sini beliau melaungkan ' jenama ini", tetapi pada akhirnya beliau kecundang juga didalam menjenamakan fahaman Islam yang baru ini. Walaupun kemungkinan niatnya baik, tetapi konsep dan penjenamaan yang ingin dikenalkan tidak diperjelaskan secara detail dan khusus , dan ini mengakibatkan 'konsep' yang diperkenalkan kepada masyarakat Islam ditolak. Hanya kumpulan yang mengampu bodek dan yang sanggup melecurkan Islam saja yang mendewakannya terutama 'peraih UMNO" dan anggota kerajaan yang buta mata dan buta hati saja. Itulah Pal Lah dan kepimpinannya.
Kini apabila parti PAS, PKR dan DAP bergabung membentuk kumpulan pembangkang yang diberinama 'Pakatan", telah sekali lagi 'menjadi'kan Islam sebagai sasaran secara halus. Walaupun kita tahu PAS merupakan Parti yang didakwa mendaulahkan Islam mengikut 'aku janji' nya namun disegi perlaksanaan serta tindak tanduknya amat berlawanan dengan sifat serta 'kefahaman' Islam sebenar yang dipelajari olih orang Islam. Namun semua tindak tanduk PAS terhadap 'kerukunan Islam' sebenarnya tidak dapat atau gagal disanggah atau dikilas olih pemimpin Barisan Nasional terutama UMNO. Kemungkinan 'ketolol'an minda atau 'takut hilang undi' Melayu, membuatkan UMNO 'lemas' didalam menangani tomahan PAS. Sekali gus menampakan Parti pemerintah terlalu lemah dan tidak 'kredible".
Segala perlakuan 'biadap" Pas dan rakan kongsi mereka iaitu PKR, terhadap isu "Kalimah Allah" , sehingga ini gagal ditangani olih UMNO atau Kerajaan secara menyeluruh. Kegagalan UMNO dan Kerajaan pimpinan Perdana Menteri kini, seolah-olah membenarkan apa saja 'yang diluahkan atau 'diatur' pembangkang". Seolah-olah isu 'Kalimah Allah" ini bukan perkara keutamaan kepada Perdana Menteri untuk menanganinya, dan membiarkan kepada NGO serta Pertubuhan Islam , membentenginya. Secara terangan Islam terpahatkedudukannya didalam Perlembagaan tetapi apabila 'Islam' disentuh sesuka hati olih pemimpin, samada dari DAP , MCA, MIC ,PAS ataupun PKR, ianya menunjukkan seakan-akan pemimpin politik bolih menyentuh atau mengatakan apa saja 'isu' yang sensitif tanpa dikenakan tindakan. Adakah pemimpin politik berada diatas Perlembagaan Negara??Disini Islam sekali lagi gagal dipertahankan 'kesucian'nya olih Pemerintah, terutama dari pemimpin yang beragama Islam, samaada Perdana Menteri, Menteri Agama atau pemimpin Islam yang lain.
Berlanjutan dari isu kalimah Allah, kini, isu 'penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad s.a.w kedengaran sekali lagi dialam 'facebook' atau internet . Walaupun kita tahu bahawa 'kawal selia' terhadap internet bolih dibuat melalui SKMM didalam mengesan sipelaku, namun sehingga kini tiada apa apa tindakan dibuat terhadap mereka yang bertanggung jawap. Hanya NGO dan pertubuhn Islam sekali lagi menjadi 'Pak Lalak" didalam isu ini. Berjela-jela laporan Polis dibuat, namun sehingga ini ' kemungkinan' isu' ini akan berlalu begitu saja, tanpa dihadapkan kemahkamah akan sipelakunya. Terlepaslah lagi.... . Sekali lagi Pemimpin Islam selaku Menteri yang bertanggung jawap di Kementerian tersebut gagal 'membela " isu ini dan layakkah pemimpin Melayu Islam ini diberikan penghormatan?? Selayaknya mereka ini di'rejam' dengan telur busuk, menandakan 'perlakukan mereka' amat busuk apabila gagal membela Nabi Muhammad s.a.w apabila dihina.
Yang mendukacita lagi , PAS dan PKR langsung tidak ingin 'mencuit' atau memperkatakan isu ini. Berkemungkinan kerjasama yang terjalin diantara kaum Cina dengan Melayu PAS dan Melayu PKR, membuatkan mereka hilang minat untuk 'membela' Islam dan Nabi Muhammad s.a.w . Dari apa yang dilihat, kesemua parti politik samaada UMNO, PAS dan PKR walaupun kita ketahui pemimpin mereka 'beragama Islam' namun disebabkan 'politik' yang 'memerlukan sokongan kaum kafir ", membuatkan mereka ini takut untuk bersuara, waima Menteri yang menjaga Agama Islam juga tidak kedengaran 'tajwid"nya didalam isu ini. Kegagalan UMNO dan Pemimpin Islam UMNO , PAS dan PKR menangani isu ini amat ketara sekali dan sangat dikesalkan.
Kes LGBT atau transgender banyak kali diketengahkan dimedia-media, namun, disebabkan 'pejuang'nya adalah dibenteng olih bukan Islam dari kelompok pembangkang, nampaknya, sekali lagi kerajaan tidak berani bertindak. Walupun kita tahu kumpulan ini di'sokong' kononnya olih badan Hak Asasi Manusia, namun, ketegasan kerajaan terutama pemimpin yang beragama Islam didalam perkara ini tidak memadai. Ketakutan 'tegar' kepada NGO NGO yang berselindung ini, membuatkan isu ini 'tergantung' tidak bertali. Ini salah satu kegagalan kerajaan yang dikatakan Islam didalam pemerintahanya.
Disebabkan kertebukaan teramat luas dalam dasar kerajaan samaada Pusat atau pun negeri yang memerintah didalam memberikan lesen-lesen judi , arak serta premis hiburan, menjadikan negara ini seolah-olah syurga maksiat tanpa dibendung. Pengimpotan wanita -wanita yang didaftar diatas nama 'pelajar' telah melimpah ruahkan palacur muda di Malaysia tanpa sekatan. Atas dasar ' visa pelacur" bertaraf pelajar ' , berpuluh-puluh kes 'GRO" ditangkap dan dipaparkan dimedia. Disebabkan terlampau 'meriah'nya industri 'lacur' ini, membuatkan rakyat tempatan samada Melayu,Cina dan India atau apa bangsa sekalipun, ramai yang terjebak. Dengan rumah urut yang berkembang pesat, menjadikan anak-anak yang gagal didalam pelajaran, berjinak jinak mencari 'duit mudah' didalam industri ini. Sekali lagi, Kerajaan yang dikatakan berinterigritkan Islam, gagal "memeluk amanah "\dalam mendidik rakyatnya untuk melakukan kebaikan, kerana; perkara keburukan atau 'post "pelacur' berada disetiap sudut kediaman dan taman .
Kemeriahan industri CD cetak haram berunsur lucah,juga, menjuruskan ramai orang samaada budak sekolah, ibu bapa dan juga datuk datuk terlanjut usia, berupaya memiliki CD lucah ini secara mudah. Dan kebanyakan industri ini dibiayai olih kumpulan 'gangster' terutama kaum Cina dan kini terdapat segelintir Melayu dan India pula menjadi pengedarnya. Kegagalan Kerajaan pimpinan orang Islam didalam membenteras gegala tidak sihat ini, membuatkan masyarakat majmuk Malaysia tinggal didalam keresahan. Kecurigaan terhadap anak, adik mahupun orang tua yang agak "nakal', tentang memiliki 'CD lucah' agak sukar dibendung. Kecelaruan minda masyarakat nampaknya menjadi semakin rumit dan komplek kerana 'keterbukaan' berlebihan kerna siaran TV milik kerajaan mahupun TV berbayar 'juga' banyak menyiarkan adegan berunsur 'sex'walaupun tidak menjolok mata tetapi perlakuan serta pakaian mereka agak seksi dan mengiurkan. Disini sekli lagi kerajaan pimpinan Islam tetap gagal 'menjalankan' garis panduan yang disyaratkan mengikut norma Islam yang dijunjung.
Kepercayaan Islam hanya tertakluk kepada penganut Islam tetapi akhir-akhir ini kesucian agama Islam mula 'diliwat' olih bukan Islam melalui kebenaran orang Islam juga. Tetapi 'pas' kebenran ini diberikan olih Parti Pas sewaktu tibanya perlumbaan PRU 13. Kalau dahulu institusi mesjid, tidak dibenarkan sama sekali urusan politik 'diistanakan' didalam mesjid, tetapi apabila terdapat Melayu Islam yang 'tamakan' kuasa, maka, dibenarkan pula segelintir orang kafir memasuki ruang solat dan berceramah. Yang menyedihkan ' orang kafir'ini diizinkan pula 'menghina' orang Islam yang lain didalam mesjid dan 'jemaah'yang hadir pula 'seakan-akan' bersetuju dengan 'hinaan' itu , malahan, ,menyahut pula dengan laungan ' takbir' yang diucapkan olih sikafir itu. Melihatkan 'kehilangan jati Islam' dalam diri Melayu Islam, membuatkan kita merasakan bahawa 'islam' yang dipelajari atau yang diwarisi dari Nabi Muhammad s.a.w seolah-olah tidak bermakna lagi kepada manusia jenis ini. Disini sekali lagi Kerajaan yang diterajui pemimpin Islam, samaada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri gagal didalam memegang amanah rakyat yang dipegang..iaitu mendaulatkan Islam.
Tidak cukup dengan penghinaan itu, terdapat juga bukan Islam dengan sewenang-wenangnya membaca potongan ayat al quran mengikut lidah kafirnya dan kejadian ini juga diizinkan olih orang Islam terutama ustaz-ustaz yang memegang kuasa didalam mesjid,. terang-terngan 'orang kafir' sememangnya tidak akan beriman dengan Al Quran dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi Dan Rasul, dan orang Islam masih menyahut ' takbir' akan pembacaan olih 'kafir' ini. Tidakkah terlintas dihati 'penonton atau jemaah " yang rata-rata beragama Islam, membiarkan orang bukan Islam 'mempersendakan" ayat Al Quran yang di yakini suci' oleh orang Islam dengan memperlekehkan 'ayat tersebut' dengan tujuan 'menghina Islam". Tidak kan mereka berasa malu dengan perlakuan ini dan masih mengaku Islam?? Kegagalan pemerintah yang mengaku Islam yang berbangsa melayu dan yang mentabdir sesebuah negeri yang dikata mengikut Islam, sebenarnya 'pembohongan' semata.
Mereka hanya Islam pada nama dan memertabatkan Islam bukan lah keutamaann mereka, tetapi, melayu Islam yang menjadi pemimpin masa ini hanya berminat untuk mencari kekayaan dan bukan memertabatkan Islam mengikut sepatutnya. Disebabkan perkara ini sudah berlarutan sekian lama dan berakar-umbi , saya menyeru kepada orang Islam semua, agar satu pendekatan baru dibuat terhadap 'pemimpin yang lalai ini. Samaada kita tukarkan mereka atau kita turunkan mereka, kita pakat ramai-ramai..membikot program mereka, kita boikot..majlis mereka..apabila mereka didalam mesjid jangan duduk berhampiran, apabila terserempak jangan menegur mereka dan jangan sekali-kali berjabat tangan dengan mereka. Sekiranya mereka atau keluarga mereka didatangkan' musibah; seperti 'kematian' atau ' sakit' jangan hiraukan mereka..Kalau kita ingin memberi amaran dan mengingatkan 'amanah' yang mereka pegang..kita wajib melakukan 'transformasi' ini demi agama Islam dan Nabi yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w.
BERUBAH KERANA ALLAH TINGGALKAN MEREKA KERANA AGAMA
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
salam..
ReplyDeleteSetuju dengan apa yang admin tulis..ini lah dunia akhir zaman agama menjadi bahan mainan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Agama Islam yang kita anuti ini sedang diserang dari pelbagai penjuru oleh musuh-musuh samada orang Islam itu sendiri mahupun orang kafir. Tiada pun pihak-pihak yang ingin membela Islam dari dihina, dicaci dan dikeji samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, kalau ada pun pihak2 ngo yang suaranya tidak seberapa. Walaupun pihak bn yang menang pru tetapi jika dilihat seolah-olah pihak pembangkang yg lebih berkuasa.
Agama Islam akan terus terpelihara oleh Allah SWT. Cabaran yg sedang kita hadapi ini, adalah utk menguji kita, memberi ruang utk kita mempertingkatkn iman kita.
ReplyDelete