Tuesday 3 September 2013

UMNO : DULU , KINI DAN dot dot dot

BULAN DILANGIT MALAYSIA TIDAK BERUBAH
TETAPI
MANUSIA YANG DINAUNGI CAHAYA BULAN SELALU BERUBAH
KESIAN KEPADA AHLI  UMNO DAN ORANG MELAYU


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Malaysia baru saja menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 56. Bersandarkan dari angka tersebut ternyata kemerdekaan yang dikecapi sudah melangkaui 'prasa kematangan'. Walau bagaimana didalam kematangan itu masih lagi terdapat 'kesuraman' didalamnya yang tidak terbendung sehingga kini.

Selepas 31hb Ogos 1957 negara ini diterajui olih orang Melayu sebagai Perdana Menteri melalui Parti Perikatan iaitu Tunku Abd Rahman Putera Al Haj.  Tiga kementerian yang dikatakan amat penting untuk kesejahteraan rakyat telah diserahkan kepada  Kolonol  H.S Lee selaku Menteri Kewangan iaitu Jawatan yang dilantik sementara , Tan Siew Sin Menteri Perniagaan dan Perusahaan dan Ong Yoke Lin Menteri Buruh dan Kebajikan Masyarakat mewakili MCA.

Bukan untuk mengungkit atau 'mempertikai' tetapi diatas dasar  'kealpaan' Kerajaan Perikatan yang ditunjangi olih orang Melayu, maka, jawatan yang bersifat 'teramat' penting untuk kelangsungan kesejahteraan ekonomi yang sepatutnya mendahulukan Melayu telah terlepas ketangan bangsa lain. Samaada Tunku Abd Rahman  tersilap atau mengharapkan 'kejujuran' hanya Tuhan yang tahu .Itulah kesilapan 'teramat' besar yang dilakukan olih pemimpin Melayu terdahulu.

                               

Kemurungan kemajuan orang Melayu amat terasa. Rata-rata orang Melayu hanya bergantung hidup sebagai petani dengan bercucuk tanam ditanah sendiri  serta nelayan secara kecil-kecilan dan kemungkinan segelintir saja orang Melayu yang berkerja dengan kerajaan terutama bidang "perkeranian" tetapi selebihnya anak-anak Melayu telah diterima untuk menjadi Polis dan Tentera. Disebabkan ketiadaan pengalaman menyebabkan peluang perniagaan d untuk Melayu ketika itu agak terbatas , maka, keseluruhan kerja itu didemonasi olih kaum Cina dimana  bangsa ini sememangnya dilatih olih British seawal dari Tanah Besar Cina dan juga di Singapura.

Berpuluh tahun lamanya kaum ini mengaut keuntungan dari Kerajaan pimpinan Melayu bermula dari Perikatan sehinggalah ke era UMNO . Tetapi apabila dasar kerajaan mula berubah, iaitu memperkenalkan  dan membuka peluang perniagaan kepada orang Melayu, barulah kita lihat sedikit demi sedikit anak Melayu berjaya dan menepa nama dialam perniagaan. Namun begitu 'ketidakpuasan' hati kaum Cina terhadap kejayaan bangsa Melayu bermula apabila kerajaan mengutamakan anak tempatan  mula dicemburui. Tetapi yang menyedihkan kebanyakan kontrak atau tender yang diperolehi melalui 'jalan mudah' dari pemimpin sebenarnya telah di 'ali babakan' dan kebanyakan dari kumpulan 'bertuah' ini hanya sekadar menjadi 'broker maut' bagi pihak tertentu, tetapi pada hakikatnya 'projek yang dimiliki' kebanyakan di'total sub' kan kepada kaum Cina, maka bermulalah ketirisan. Projek yang sebenarnya bertujuan membantu Melayu sebaliknya 'dikaut keuntungan' sepenuhnya olih kaum Cina. Itulah kelemahan yang tidak terubat sampai kini.

Mengimbau kembali sejarah lama yang tidak bolih dilupakan . Ketidak puasan hati kaum Cina ini mula dipahat  melalui Pertubuhan Pertubuhan dan Persatuan mereka. Puak ini didalangi olih Parti DAP iaitu parti jelmaan  PAP pimpinan Lee Kuan Yew di Malaysia,  dan entiti  berfahaman 'politik'  ini sangat lantang  memperjuangkan 'ajenda kecinaan'nya..Disebabkan terlampau taksub dan kebenciannya terhadap  bangsa Melayu , apabila PRU 1969 DAP dan Gerakan berjaya menawan kebanyakan bandar di Malaysia terutama Kuala Lumpur, maka, kaum ini 'sangat teruja' dan sifat kecinaan sebenarnya terserlah. DAP dan Gerakan berarak beramai-ramai disekitar Kuala Lumpur dan melaungkan kata-kata penghinaan kepada orang Melayu, maka, terjadilah 'pergaduhan', dan trajedi itu kekal sebagai sejarah hitam bagi negara ini yang dikenali sebagai "Trajedi 13 Mei".

Walaupun sejarah itu sudah lama berlalu namun 'sifat cina' di Malaysia masih tidak berubah malahan bertambah buruk. Kebanyakan mereka ini 'masih menyimpan' dendam kesumat terhadap kepimpinan orang Melayu. Walaupun terdapat Parti kaum Cina bergabung dengan UMNO untuk membentuk Barisan Nasional tetapi pada hakikatnya Parti ini tetap berjuang diatas sifat 'kecinaan' dan bukan diatas sifat 'perpaduan'. Apa yang dapat diperhatikan 'perpaduan' bagi mereka hanya 'berpaksikan'  kepada apa yang akan kaum mereka  perolehi dan demi kelangsungan budaya dan bangsa . Itulah sifatnya Cina yang 'bertakhta' didalam kepimpinan MCA.

Pada PRU 13 yang lalu, Barisan Nasional nyaris-nyaris terkangkang gara-gara kaum Cina dan sebahagian kaum India beralih undi kepada pembangkang.Disebabkan kejitiuan undi orang Melayu
yang dilihat tiada  tempat lain untuk bergantung harap, maka, kini majoriti Ahli Parlimen pihak kerajaan  yang memenangi pilihan raya terdiri dari calon UMNO dari Barisan Nasional dan hanya beberapa kerusi dimenangi MCA dan MIC itupun dimenangkan olih  undi orang Melayu. Sekiranya orang Melayu tidak mengundi calon MIC dan MCA tempohhari, nescaya, tiada wakil kelompok ini didalam Barisan Nasional . Itulah Melayu, sifatnya sangat pemaaf dan mudah melupakan sengketa. 

Kini Barisan Nasional diketuai olih Najib Tun Razak. 56 tahun berlalu, kita menjangkakan dengan tinggalan yang agak mantap telah diukir atau diatur olih kepimpinan terdahulu, terutama Tun Dr Mahathir, kini prasa kemeluapan ekonomi dibawah Najib seakan-akan malap ketika ini. Walaupun berbagai inisiatif dilancarkan untuk tujuan pecambahan ekonomi, namun, disebabkan keborosan beliau didalam perbelanjaan urus tabir kerajaan serta perbelanjaan luar jangka iaitu ' pelaburan membeli diri rakyat' yang berbillion ringgit" untuk PRU 13, perbelanjaan 'promosi diri', serta pelaburan pelaburan yang tidak bermenafaat kepada ' keuntungan ekonomi' negara, telah mengakibatkan situasi ekonomi Malaysia ketika ini berhadapan dengan 'situasi sukar' terutama apabila 'credit rating' Malaysia telah di'cap' sebagai 'tidak stabil'.

Ini mencerminkan kepimpinan dibawah Perdana Menteri ketika ini sangat tidak kompiten jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu. Kalau satu ketika dahulu semua penasihat-penasihat kewangan dan ekonomis Perdana Menteri adalah dari kalangan mereka yang berwibawa serta berkelayakan disegi pengalaman tetapi kini senario itu sudah berubah. Perdana Menteri kini menggunakan "agency berstatus keuntungan' sebagai penasihat.  Dibawah  bumbung Najib, penasihat kebanyakannya adalah dari kalangan yang dipanggil ' ampu bodek' atau ' nasihat 'menyedapkan hati'.

Sebuah agency untuk merancakkan kepelbagian ekonomi ditubuhkan dan diberinama PEMANDU. Yang amat mendukacita sehingga kini agancy yang dikatakan akan 'mencari punca ekonomi' baru nampaknya sudah 'berserabut' dan 'menyerlahkan' kegagalan bertimpa-timpa. Kini agancy tersebut telah menjadi 'liabiliti' kepada kepimpinan Najib apabila setiap yang dijalankan kebanyakanya 'mengantoikan'  usaha Najib. Disetiap sudut coffee house hotel , rakyat berbicara tentang kegagalan 'penasihat' Perdana Menteri, samaada Najib sedar atau 'tertidur' dalam jaga, hanya 'kemeruduman ekonomi' yang bakal melanda akan 'membuktikanya".


KERIS UMNO DAH HILANG YANG TINGGAL HANYA SARONG SAJA
INILAH YANG AKAN TERJADI APABILA MELAYU DIPINGGIR DAN
DIPIJAK  OLIH PEMIMPIN.
                                                

Sebagai jalan keluar diatas kegagalan kepimpinan UMNO ditempoh 56 tahun ini, iaitu Najib Tun Razak, seeloknya tunjukkanlah beliau jalan keluar agar kemimpinan  yang lebih matang dapat 'memandu' atau 'memacu; UMNO kesatu tingkat yang lebih tinggi. Kita ingatkan Najib akan berjaya 'merintis' jalan tersebut tetapi nampaknya 'tuah diri Najib sebagai anak bangsawan' tidak berjaya menyelami hati dan kehendak  rakyat . Dari apa yang kita lihat 'polulariti' Najib tidaklah dapat menandingi 'politik' ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Olih itu untuk mengimbangi situasi ini, UMNO perlukan seseorang yang 'licik berpolitik' yang berhati Melayu serta 'lancar lidahnya' membaca Al Quran untuk 'mencilok' Pembangkang.

Kegagalan UMNO 'mencorakan' perjalanan PAU kali ini akan mengakibatkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap  UMNO dan  kemungkinan PRU 14 bakal menjadi  'sejarah' .


                                                  Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


'








No comments:

Post a Comment