Tuesday 3 September 2013

KEBIMBANGAN MENJADI KENYATAAN : EKONOMI MALAYSIA MERUDUM DIBAWAH NAJIB !!

SEMUA RANCANGAN  'PEREKONOMIAN " KEPIMPINAN NAJIB  'LINGKUP'.
KINI RAKYAT AKAN MENGHADAPI 'INFLASI TAHAP BERBAYAYA'
WAWASAN 2020 TUN MAHATHIR TINGGAL  'ANGANAN'
ORANG MELAYU KEGELISAHAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Semua ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan kepimpinan Najib tidak 'boros' didalam perbelanjaan. Kegagalan Najib  'mengukur baju mengikut dibadan sendiri' menyebabkan ekonomi negara ini diambang ke 'merudum'nan. Segala apa yang dirancang semuanya tidak menjadi ibarat 'mencurah garam ke laut", itulah perumpamaan yang paling tepat yang seharusnya ditabalkan kepada Najib dan kepimpinan atau Kabinetnya.

Tiada apa yang dapat dibuat lagi olih Najib, melainkan menggunakan aalasan 'mengurangkan subsidi' bagi menghalalkan kesalahanya.

Kini rakyat terpaksa berhadapan dengan inflasi. Inflasi kali ini bukanlah 'inflasi' seperti sepuluh tahun dahulu, tetapi  inflasi yang disebabkan  "permasaalahan  ekonomi' yang salah urus, akan menyebabkan negara ini berada diambang malapetaka yang sangat besar. Kalau dahulu Petronas menyumbang puluhan billion ringgit ke'kantung' kerajaan, tetapi kini angka yang dikembalikan bertambah kecil. Kenapa?? Salah urus takbir!! Penyangak dan masuk merompak secara terangan.

Untuk menyedapkan hati rakyat atau 'umpan' atau pun gula-gula, bagi melegakan 'situasi agar ahli UMNO' tidak menolak kepimpinan beliau, Najib menjanjikan bahawa BR1M akan dinaikan. Perlu diingat bukan semua lapisan rakyat akan menerimanya? Berbaloi kah?  Diatas sifat kenaikan petrol sebanyak 20 sen ini, akan mengakibatkan 'kenaikan harga barang' dipasaran. Itu adalah pasti!!.

 Yang akan terkesan dengan kenaikan ini hanyalah rakyat biasa . Tetapi bagi pemimpin atau pun golongan berada samada Melayu, Cina ataupun India, semua ini tidak menjadi masaalah tetapi rakyat yang dibawah adalah yang paling 'terkesan' dengan impaknya.
          
                           INILAH YANG AKAN TERJADI APABILA INFLASI
                                  Inflasi


Inflasi dijangka 2.3 peratus selepas harga minyak naik, kata Putrajaya
Kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak berkuatkuasa hari ini, kata pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar  hari ini.
Ramanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan beberapa kajian kewangan yang menyatakan kadar semasa inflasi Malaysia pada 2 peratus akan meningkat berikutan harga bahan bakar lebih mahal.

Cakap-cakap mengenai perancangan kerajaan untuk memperkenalkan GST menyebabkan kebimbangan rakyat mengenai kenaikan harga barangan, dan ketakutan mereka bertambah selepas pengumuman kenaikan harga minyak semalam.
Menteri itu bagaimanapun mengulaingi bahawa GST adalah `untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan’ sedia ada dan kerajaan akan `memastikan bahawa kesan kepada rakyat boleh dikendalikan’.

Belanjawan negara defisit, jumlah yang kerajaan belanjakan lebih daripada jumlah yang diperolehi, iaitu 4.5 peratus daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lalu. Sementara itu, hutangnya kepada KDNK ialah pada 53.1 peratus, hampir mencecah set siling kerajaan iaitu 55 peratus.

Defisit  akaun semasa Malaysia jatuh kepada RM2.6 bilion ada suku kedua daripada RM8.7 bilion awal tahun ini ketika eksport jatuh selepas berita mengenai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengurangkan dolar.

Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global. Kerajaan disedarkan mengenai reality kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk.

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment