Monday 2 September 2013

KESILAPAN MENGURUS RAKYAT TERIMA BAHANA : MASIH LAGI NAK KEKALKAN NAJIB??? : KERAJAAN NAJIB ''REMBAT 20 SEN SELITER :

TANDA TANDA EKONOMI MALAYSIA DIAMBANG KEJATUHAN.
KALAU UMNO GAGAL MENGEKANG  PERANGAI  NAJIB
INSHAALLAH PRU 14 UMNO  AKAN JADI SEJARAH
INFLASI BAKAL MENJENGUK SEBELUM P.A.U 2013.
               
                 STRATEGI NAJIB MENGAYAKAN CINA : NAIK MINYAK NAIK BARANG
                YANG UNTUNG CINABENG YANG TERKANGKANG ORANG MELAYU
         
                                                   Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Belumpun sampai pertengahan tahun Najib diberikan mandat olih orang Melayu dan ahli UMNO untuk 'menerajui kerajaan yang diungguli Barisan Nasional, hari ini, Najib telah menghadiah satu lagi kejutan  kepada seluruh pengundi yang mengundi Barisan Nasional terutama orang Melayu dengan kenaikan harga minyak.

Sebenarnya, apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak Lah semua peninggalan urusan Kerajaan Pak Lah tidaklah seburuk selepas Najib mengambil alih. Bagaikan kaduk naik junjung begitulah perumpamaan yang selayaknya diberikan kepada Najib. Dengan kuasa yang tidak terbatas Najib melantik  beberapa 'con-sultan' untuk memberi 'input atau idea ' untuk perkembangan ekonomi. 

Berbagai kerangka ekonomi dicadangkan namun semua itu hanya jadi sebutan Sebuah 'istilah' telah dirangka olih Najib dan diberikan nama 'TRANSFORMASI' , katanya untuk memandu atau memacu beberapa 'idea' yang di'momokan' kepada rakyat dengan 'harapan' ini akan memberikan impak ekonomi  serta pulangan baik jangka masa panjang terhadap ekonomi negara kita. Puluhan billion ringgit telah diumumkan dan  perlaksaanya  dikata akan dipacu olih pelabur luar mahupun syarikat swasta tetapi.... .( Sila rujuk post saya sebelum ini).

Apa yang dirancang tidak berhasil dan perkara sebaliknya telah berlaku  . Walaupun perbelanjaan awal yang berjumlah ratusan juta telah dikeluarkan atau digunakan, nampaknya semua itu adalah 'kerugian' semata dipihak kerajaan.

Apa yang dapat disimpulkan Najib serta semua 'punasihat' yang dilantik nampaknya telah membawa satu malapetaka kepada rakyat Malaysia. Kegagalan Najib didalam mengimbangi 'soal ekonomi' telah membuka satu jalur yang amat berbahaya terhadap nasib dan masa hadapan Malaysia. Dengan perancangan GSTnya yang bakal dikenakan kepada rakyat, namun, sebelum semua itu berjaya dilakukan, hari ini, Najib dengan 'senang hati' mengekau 20 sen seliter daripada 'poket rakyat' dengan alasan 'mengurangkan subsidi'.

Najib sebenarnya telah membelanjakan  berbillion ringgit yang kononya   untuk berkongsi kekayaan dengan rakyat tetapi pada hakikatnya semua itu adalah untuk meraih undi rakyat , walaupun dia tahu bahawa kerajaan tidak berkemampuan  untuk melaksanakannya. Walaupun beliau tahu bahawa kedudukan ekonomi  kita sememangnya sedang  nazak  tetapi disebabkan untuk menjadi popular , kebimbangan itu diketepikan. Ini menunjukkan bertapa "kejinya' sikap  beliau dan ketidak pedulian Najib terhadap nasib dan masa depan negara asalkan beliau 'kekal berkuasa'.. 

Walau apapun alasan yang diberikan Najib untuk menutup kelemahan pentadbiranya ,nasib  rakyat dan masa hadapan negara bukanlah keutamaannya lagi . Kini wajah dan permainan sebenar Najib sudah terserlah dan kini rakyatlah yang akan menanggung bahananya dan akibatnya.

Kepada seluruh orang Melayu yang menyokong UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang berpeluang menentukan kepimpinan UMNO pada PAU kali ini, diharap Najib dapat digantikan dengan orang nombor 2 masakini, iaitu Muhyiddin Yassin, sekurang-kurangnya 'anak bangsawan' yang tidak tahu akan kesusahan orang lain dapat dinyahkan dari UMNO.

Yang susah tetap rakyat yang dibawah sebab pemimpin UMNO semuanya kaya raya  bak kata Tun Mahathir, "mereka masuk UMNO sebab hendakkan kekayaan"  dan bukan membela nasib rakyat.
Nampaknya masa hadapan UMNO semakin malap selagi Najib tidak digantikan.

                      Nota :- Yang akan mengeluh adalah orang Melayu sendiri.Keborosan Najib
                                   menyebabkan rakayat dan negara akan menanggung hutang berbillion
                                   ringgit.

                         NYAHKAN NAJIB DARI JAWATAN PERDANA MENTERI !!!!


                                           Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



Harga RON95, diesel naik 20 sen mulai tengah malam ini

PUTRAJAYA, 02 Sept : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini.
Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.
Ini adalah salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

                                                 apa penjelasan najib??

DAP hari ini meminta penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan dalam KDNK sehingga mencapai 70 peratus.

“Fitch mempersoalkan hutang yang tidak disenarai rasmi melalui  jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion, yang meningkatkan jumlah hutang rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung 2012.

No comments:

Post a Comment