Friday, 25 October 2013

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : INIKAH DIRI KITA?

KERAHMATAN JUGA DIPOHONKAN UNTUK   SEMUA PEMBACA
                                                     Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Kerahmatan juga dipohonkan kehadrat Allah SWT kerana kita diberikan kesempatan untuk berjumaah pada hari ini. Pada kesempatan yang kita miliki ini sebaiknya kita merenung kembali segala kesalahan yang kita lakukan samaada secara sengaja mahupun tidak kita sengajakan . Menyesali perbuatan atau bertaubat terhadap kesalahan yang dilakukan amatlah dituntut dalam agama , disamping itu kita perlu  berusaha untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

Sepanjang minggu ini bermacam-macam kejadian berlaku didalam negara kita. Samaada kita mengambil tahu atau tidak mahu tahu namun semua kejadian itu telah berlaku seadanya. Ada diantara kita telah kehilangan orang yang disayang ada juga diantaranya didapati menghidapi penyakit dan ada juga yang kegembiraan kerana dilebihkan rezeki olih Allah SWT, tetapi adakah kita mengambil iktibar ?  

Sebenarnya apa yang berlaku disekeliling kita  merupakan  cubaan dari Allah SWT  bagi menguji dan menduga keimanan  hambaNya.  Menguji sejauh mana kita 'beriman'  serta 'redo'  dengan ketentuan Nya  hanya kita saja yang tahu. dan tidak perlu dibuktikan kepada orang lain.

Didalam kepayahan  ada kesenangan, dalam kesenangan ada kekalutan dalam kekalutan terdapat kesesatan dan dalam kesesatan diberikan jalan untuk pilihan. Semuanya ini adalah ketentuan dari Allah SWT kepada hambanya. Samaada kita memilih jalan sukar atau jalan berliku-liku , itu terserah kepada diri kita. Kita menentukan jalan kita sendiri.

Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah 'ujian' Allah SWT mendepani kita. Tiada seorang pun manusia terlepas dari ujian., baik yang sihat mahupun yang  sakit,  samaada  yang miskin mahupun yang kaya, semua bentuk ujian datang berlainan 'rupa' tetapi yang pasti tiada siapa yang terlepas dari pengujian ini. Itulah 'nikmat' Allah SWT yang  wajib kita lalui selagi nyawa dikandung badan.

Sebagai manusia kita mengharapkan sesuatu yang baik datang kepada diri kita . Yang miskin berusaha  untuk menjadi kaya, yang kaya berusaha untuk memiliki  kuasa dan yang  berkuasa  pula berusaha untuk menjadi 'raja'. Iaitu 'raja' kepada" nafsu" dirinya sendiri.  Itulah sifatnya manusia yang tidak pernah merasa cukup diatas apa yang ada.  Diatas kerahmatan yang Allah SWT limpahkan  berapa ramaikah  yang benar-benar  'mensyukuri' nikmat yang diberi Allah SWT ?Namun semua jawapan itu terletak pada diri individu itu sendiri.

Tetapi didalam mengejar apa yang diinginkan pernahkah kita mengingati bekalan 'diri' kita ? Bagi mereka yang berkemampuan dan yang dilebihkan rezeki, ingatkan diri , "Sudah berapa ramaikah  anak-anak yatim yang telah  kita gembirakan? Sudah berapa ratus ringgitkah  sudah dihasbiskan untuk di salurkan kepada fakir-fakir miskin?  atau sudah berapa ramaikah  orang yang dalam kesusahan yang kita  ringankan bebannya?" Setidak-tidaknya sudah berapa ratuskah bacaan  Al Fatiha telah kita sedekahkan kepada umat manusia mahupun diri sendiri? Semua ini hanya kita  saja yang bolih menentukannya.

Sebagai kata-kata mengakhiri Jumaat  hari ini, sekali lagi diperingatkan , sudahkah kita memfidyahkan Al Fatihah untuk ahli keluarga kita samaada yang hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah?

Untuk itu marilah kita sama-sama  memanjatkan berdoa serta berselawat semoga  kerahmatan tertumpah keatas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, para-para Nabi, para-para Rasul, sahabat-sahabat Nabi dan Rasul serta seluruh keluarga mereka dan juga kepada seluruh keluarga kita serta umat islam, dengan harapan agar hidup ini dipermudahkan dan diberikan umur panjang agar kita dapat bertemu lagi pada Jumaat yang akan datang. Amin. 

                                         ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment