Wednesday, 23 October 2013

THE PROMISED LAND : SIFAT KETIDAK PEDULIAN MASYARAKAT ISLAM SEMAKIN TERSERLAH

HASIL NEGARA BER "TRILLION" RINGGIT.
DUIT  PROJEK  RAKYAT KENA  SONGLAP  BERBILLION  RINGGIT
DUIT  BAYAR K-POP BERJUTA RINGGIT
DUIT RAKYAT MASUK  LONGKANAG BERJUTA RINGGIT
TETAPI
MASIH ADA RAKYAT HIDUP DALAM KEDAIFAN
MANA LEBIH  UTAMA  ?
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Blog THE FLYING KICK  yang memapartkan kedaifan salah sebuah sekeluarga Melayu yang ditemui ( mungkin banyak lagi) di negeri Kedah iaitu dikawasan yang akan diadakan PRK. Kemarahan  kekesalan  dan kekecewaan yang diluahkan dan ditujukan kepada Pusat Zakat  amat berasas dan tidak perlu dipertikai.

Didalam arus  kemodenan negara  yang serba canggih ini serta  kaya raya dan tergolong dari salah sebuah negara yang  mempunyai 'wang simpanan' yang tertinggi didunia, terselit juga bebarapa insan ataupun keluarga yang kurang bernasib baik dari kalangan orang Melayu. Walaupun telah difirmankan olih Allah SWT agar yang berada membantu yang kurang bernasib baik namun 'masih' lagi terdapat manusia yang kurang 'kesedaran' dengan tuntutan Al Quran ini.

Diatas dasar Islam negara ini ditegakkan dan diatas firman Al Quran jugalah  maka   umat Islam diwajibkan  untuk mengeluarkan zakat dan fitrah  mahupun sedekah. Melalui 'firman' ini juga Kerajaan mengambil tanggungjawap untuk menubuhkan Pusat Kutipan Zakat bagi  setiap negeri untuk memudahkan umat Islam bagi menyalurkan 'sumbangan wang ringgit"  samada untuk tujuan  zakat, fitrah mahupun sedekah atau apa saja untuk diagihkah kepada yang memerlukan terutama fakir miskin dan anak yatim.

Namun apa yang amat dikesali dengan kemudahan yang serba canggih serta  mempunyai kaki tangan yang  dibayar 'Gaji'  atau 'imbuihan'  bulanan secara 'tetap'  dengan harapan agar  'amanah' yang diberikan  dilaksanakan seperti sepatutnya tidak sempurnakan..Tahukah mereka bahawa 'amanah' yang diberikan olih umat Islam  adalah 'wajib' untuk mereka agih-agihkan. Kurang rasa kebertanggungjawapan  atau tidak peduli terhadap nasib orang lain memungkinkan mereka 'lepas tangan'  dan menyebabkan 'wang zakat' tertepu didalam bank.

                                 


Walaupun tujuan memaparkan gambar ini berkemungkinan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu didalam meraih 'populariti' namun  pada hakikat sebenarnya ia mengambarkan bahawa kegagalan Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat  mahupun Institusi Islam didalam mengagihkan 'keperluan' untuk rakyat miskin terutama orang Melayu Islam dimana 'wang kutipan zakat' yang diperolehi tidak disalurkan atau tidak sampai kepada golongan sasaran.

Sepatutnya institusi Mesjid atau surau dibawah Majlis Agama Islam memantau atau mengambil tahu masyarakat setempat  terhadap keluarga yang dilihat 'daif'' atau ' fakir'  untuk diberikan sumbangan samada dari 'tabung kutipan mesjid' mahupun 'wang zakat'. Setidak-tidaknya pihak Mesjid  'berusaha' menyalurkan 'informasi kedaifan sesebuah keluarga' kepada Pejabat Agama atau Pusat Zakat mahupun Pejabat Kebajikan untuk dipertimbangan 'bantuan'. Sifat ketidak pedulian masyarakat setempat amat dikesali.

Sepatutnya kedaifan  begini tidak berlaku dinegara ini sekiranya masyarakat keliling mempunyai sifat 'tanggungjawap'.

                                      "  WANG ZAKAT BUKAN UNTUK DISIMPAN"
              "TIDAK MAMPUKAH PUSAT ZAKAT MENGENAL PASTI  KELUARGA DAIF"
ALOR SETAR: Kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah pada tahun ini kekal RM7, kata Penolong Setiausaha Jabatan Zakat Kedah, Redzuan Ahmad. 

Redzuan berkata, penetapan kadar zakat fitrah dilakukan selepas mengambil kira harga semasa beras. 
Katanya, pihaknya melantik lebih 500 amil masjid bagi menjalankan urusan mengutip zakat fitrah di 552 masjid di negeri ini serta turut menyediakan kaedah pembayaran menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

"Tak ada alasan untuk orang Islam tidak membayar zakat fitrah. Kita dah sediakan kemudahan dan tempat untuk mereka berbuat demikian. Kalau tak sempat, bayar melalui SMS pun boleh dan kita tak kenakan sebarang cas tambahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan kutipan zakat fitrah RM7.1juta tahun ini berbanding RM6.9 juta tahun lalu. 

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. kalo raya bagi zakat terus kat orang susah boleh dak abg?
    tak soh pi bagi kat jabatan zakat@mesjid boleh kan?orang la ni tak reti jaga tanggungjawab suma dia nak telan, kerja nak main2 ja...

    ReplyDelete
  2. Salam. Mencari dan memberi terus kepada fakir miskin adalah yang dituntut agar kita dapat melihat sendiri kedaifan seseorang agar menimbulkan rasa tanggung jawap pada diri sendiri diatas nasib mereka-mereka yang kurang bernasib baik . Kesedaran diri diatas kesusahan orang lain akan menghilangkan perasaan riak dan sentiasa bersyukur diatas nikmat yang dilebihkan.

    ReplyDelete