Tuesday, 29 October 2013

THE PROMISED LAND :- TAKKAN MELAYU SELAMANYA NAK KENA 'KELENTONG"?

AHLI KABINET NAJIB YANG 'MENGAKIBATKAN  RAKYAT 'TERKENA AKIBAT '
KEBODOHAN  SENDIRI  DAN MENGAKIBATKAN WANG RAKYAT
 DITIPU  WAJIB  LETAK JAWATAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Amat berat dakwaan yang dibuat olih Tony Pua (DAP) terhadap Ismail Sabri. Dengan tuduhan dan dakwaan ini wajib bagi  Ismail Sabri untuk menjawap 'tomahan' itu  dan sekiranya gagal berbuat demikian rakyat beranggapan bahawa Ismail Sabri sememangnya seorang yang tidak kompiten dan tidak layak menduduki kerusi sebagai Menteri..

Sekiranya benar apa yang didakwa olih Tony Pua, ini menunjukkan bahawa ahli Kabinet yang dipilih Najib sememangnya seorang yang 'bodoh ekonomi' atau 'berkelakukan ' aku yang betul' wajib dipertanggugjawap diatas 'kehilangan' wang rakyat.

Diatas sifat bodoh dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain, selayaknya di'nyahkan' dari kabinet dan Najib tidak seharusnya 'mengekalkan' menteri ini. Dan diharap Najib tidak 'berbalik hati' kerana Ismail Sabri berasal dari Pahang. Melebihkan 'kepentingan' ahli kabinet yang 'tidak faham senario ekonomi'  wajib diketepikan demi 'wang rakyat'.

Seseorang perlu bertanggung jawap diatas kerugian yang ditanggung Kerajaan dan memandangkan Ismail Sabri merupakan Menteri yang bertanggungjawap kepada Kementerian tersebut pada waktu itu  maka beliau 'wajib' bertanggung jawap sepenuhnya diatas kerugian ini Ismail Sabri ' wajib' melepaskan kedudukannya sebagai Menteri dan jangan mengharapkan Menteri yang lain pula untuk 'membasuh' najis yang ditinggalkan.

Zaman "biarlah" atau sifat  "tak apa." tidak terpakai lagi pada zaman ini kerana kini rakyat telah dibebankan dengan bermacam-macam pengcukaian bagi menampung 'kekurangan' yang diakibatkan dari 'keboorosan perbelanjaan' Kerajaan pimpinan Najib. Apa yang rakyat ingin lihat ialah sifat kebertanggungjawapan seseorang Menteri yang 'tersalah' pekiraaan dilucutkan jawatan, itu saja . Untuk mencerminkan bahawa Kerajaan yang sedia ada,  adalah tulus dan berwibawa maka Menteri tersebut wajib melepaskan jawatannya.

                                               Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
                                               INI DAKWAAN TONY PUA
Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42. 

“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi. 
“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 Sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu. 

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 

No comments:

Post a Comment