TANGGUNG JAWAP TERHADAP TANAH MELAYU SEMAKIN TIDAK TERURUS |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Semakin hari semakin berserabut dan semakin lama semakin tidak terurus. Bukan saja untuk mengurus nasib bangsa Melayu tetapi 'masa depan Islam' juga dilihat terancam. Ancaman yang dilakukan olih bangsa lain dan juga dari anak bangsa sendiri terhadap bangsa Melayu dan adat budayanya dilihat amat membimbangkan sekali.
Walaupun anak bangsa Melayu telah diasah dan dilatih seawal bayi namun semua itu tidak menjaminkan 'kesempurnaan' diri anak-anak yang dibesarkan. Kalau 500 tahun dahulu anak bangsa hanya bergaul sesama bangsa sendiri dan mengamalkan budaya sendiri tetapi apabila kedatangan beramai-ramai bukan Melayu yang diimpot olih British secara 'pukal' yang tidak diketahui latarbelakangnya telah menjadikan 'budaya anak tempatan' terancam. Bukan saja dari segi ekonominya malahan dari segi 'kemaksiatan' serta 'gansterism' dikalangan bukan Melayu semakin terserlah.
Budaya 'kongsi gelap' yang dikenali sebagai Hai San dan Gee Hin dijadikan budaya olih kaum Cina sehinggalah mereka menubuhkan beberapa Persatuan untuk kaum Cina yang berasaskan kepada 'perkumpulan atau puak', semata-mata untuk menjaga kepentingan bangsa dan puak mereka dinegara ini.
Kini negara Malaysia semakin moden dan sofisikated dan setara dengan negara-negara maju. Tetapi yang membimbangkan ialah 'kegagalan' pihak Kerajaan 'mengurus' dan 'mengelola' negara ini secara terbaik.
Pintu negara ini dibuka seluas-luasnya kepada bangsa asing untuk didiami, samada secara halal mahupun mendiami secara haram. Kerancakan pertumbuhan ekonomi yang dikatakan memuncak mengakibatkan keperluan untuk 'mengimpot' warga negara asing untuk berkerja dibumi ini dijadikan alasan. Tanpa memikirkan 'untung nasib bangsa' dan masa hadapan 'anak tempatan' yang dilabelkan olih bangsa asing sebagai 'pemalas' Kerajaan dengan suci hati membenarkan kemasukkan berjuta-juta pendatang tanpa sekatan Kesempatan ini digunakan sepenuhnya olih 'kumpulan' yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan terhadap 'kepala-kepala' yang diimpot mahupun diseludup ini.
Kini bumi Malaysia bukan saja didiami olih Melayu sebagai kaum majoriti tetapi bangsa Cina, India juga semakin berkembang biak. Kini bumi Malaysia telah dihuni olih segenap bangsa didunia ini. Dari sekecil-kecil negara hingalah rakayt dari negara maju sudah 'bertapak' dinegara ini.
Apa yang mengecewakan 'pembukaan pintu' secara tidak berhemah' olih pemimpin negara ini telah mengundang bermacam-macam gejala negative Budaya 'asing' mula menular dibumi ini. Yang menyedihkan 'jati diri' anak bangsa sudah mula 'hilang corak'. Cara hidup serdahana serta hormat-menghormati sudah semakin 'hilang' dari diri. Sifat 'mengggayakan' kekayaan sudah mula menular dikalangan rakyat. Sifat membeza beza serta berpilih-pilih terhadap 'status' seseorang sudah dijadikan penilaian untuk berkawan.
Ritual agama bangsa Melayu yang beragama Islam sejak turun-temurun sudah mula dipertikai. Bangsa Cina dan India yang sememangnya 'kaum minoriti' dibumi ini sudah menampakan 'belang;nya. Segala rutin Islam seharian dijadikan bahan 'bantahan' olih puak ini. Sifat kurang ajar dua bangsa ini semakin menjadi-jadi dan ada diantara sudah berani 'menghina junjungan umat Islam serta Agama Islam' serta amalan umat Islam dibumi ini.
Menambah burukkan lagi kini negara ini mula dibanjiri dengan kegiatan haram, seperti dadah, pelacur, judi serta memperdagang manusia dan terbaru ialah 'penyeludupan senjata api'. Kini rakyat tempatan terutama bangsa Melayu sudah semakin rimas dengan perkembangan 'negatif' ini. Keselamatan rakyat sudah semakin 'longgar" dan rakyat menyedari bahawa 'keselamatan diri' dan 'keluarga' sudah tidak terjamin lagi. Peningkatan kes jenayah yang dilakukan olih 'pendatang asing;' semakin meningkat dari hari-kehari dan begitu juga dengan pemilikan senjata api olih penjenayah mengusarkan rakyat tempatan. Siapa kah yang perlu kita pertanggungjawapkan?
Kini satu lagi ancaman baru muncul dipermukaan. Walaupun dahulunya ianya bukan tentangan namun kini ulama memfatwakan bahawa 'Syiah' telah menjadi satu ancaman terhadap umat Islam di Malaysia. Kedangkalan didalam memahami 'ilmu Al-Quran' serta lemahnya 'mentaksir' Sunnah menyebabkan seluruh umat Islam menjadi gundah gulana. Begitu juga dengan pegangan serta kefahaman Ulama dinegara ini, sering kali, perbezaan pendapat berlaku dan ini memecah serta memisahkan lagi kelompok bangsa Melayu kebeberapa bahagian dan puak dan semua ini amat menyedihkan. Parti Pemerintah dengan ulamanya dan Parti Pembangkang dengan 'fahaman'nya. Namun sebutan 'sahadah' dan 'kiblat' yang dihala tidak dapat menyatukan dua kelompok 'pemimpin' ini. Dimana silapnya?
Kehanyutan para-para pemimpin samada dari pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang semakin terserlah. Kekayaan, harta pemilikan, isteri-isteri serta anak cucu dijadikan keutamaan untuk 'memperoleh' atau 'memiliki' hasil bumi atau 'hak rakyat' tanpa rasa bersalah. Kesalahan serta salah laku tidak lagi menjadi 'kesalahan' malahan dijadi ukuran 'kejayaan'.
Begitulah sifat dan sikapnya nasib masa bangsa Melayu yang dipimpin olih Melayu Islam yang kurang 'beriman' dengan Al Quran serta yang gagal 'menghayati' 'As-Sunnah".
SIAPA BERKUASA ,SIAPA MEMIMPIN DAN SIAPA DIPIMPIN
SUDAH HILANG ARAH
ikhlas dari : Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment