ADAKAH KITA MENGIKUT SUNNAH RASULLULAH S.A.W? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Limpahkahlah kerahmatan keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w sepertimana Kau berikan kerahmatan kepada Nabi Ibrahim dan berikanlaH serta limpahkanlah kepada keduanya kesejahteraan."
Hari ini merupakan hari ulang tahun Keputeraan junjungan umat Islam Nabi Muhammad s.a.w. Didalam ratusan juta umat Arab, Allah SWT memileh Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul Allah SWT yang terakhir untuk manusia. Walaupun berpuluh-puluh suku kaum yang terdapat dibumi Arab,namun Allah SWT telah memileh kaum dari Bani Hashim untuk mewarisi apa yang dijanjikan Allah SWT kepada Baginda Nabi Ibrahim.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
(Ibrahim 14:35) |
Merujuk kepada Firman Allah SWT ini,Nabi Ibrahim memohon atau berdoa kepada Allah SWT agar negeri Mekah berada dalam keamanan serta menjauhkan segala penyembahan berhala dilakukan .Nampaknya Allah SWT memakbulkan sebahagian dari doa Nabi Ibrahim iaitu memohon keamanan untuk Mekah dan alhamdullilah sehingga kini Mekah aman sejahtera kecuali sewaktu peperangan Badar iaiitu diawal Tahun Hijrah. Begitu juga dengan doanya memohon agar anak-anaknya dijauhkan dari menyembah berhala. Alhamdullilah, doa ini termakbul ketas anak-anaknya tetapi bukan kepada keseluruhan cucu-cicitnya.
Memandangkan legasi Nabi Ibrahim disambung olih Nabi Muhammad s.a.w, maka, kesinambungan sifat merendah diri dan menghambakan diri Nabi Ibrahim terhadap Allah SWT tercurah keatas diri Rasullulah s.a.w. Begitulah ketentuan Allah SWT terhadap diri Muhammad s.a.w sehingga keakhir hayatnya.
Sifat baginda yang mengasihi mereka mereka yang dipimpinnya tidak dapat dinafikan sehinggakan terdapat juga golongan yang terlalu taksub sehinggakan ramai yang terkhilaf pendirian sebab mendengar cerita dari mulut-kemulut sehinggakan ramai yang mempertikaikan kebenaranya.. Walaupun kitab Al Quran yang disampaikannya telah dijanjikan Allah SWT kebenaranya, namun terdapat juga puak yang mempertikaikanya tetapi sejak akhir-akhir ini satu persatu kebenaran Al Quran yang diturunkan olih Allah SWT kepada Nabi Muhammad disahkan 'bukan coretan Muhammad s.a.w' . Puak puak ini sekarang sedang mengkaji satu persatu mengikut 'kajian sains' namun kebenaran tetap terserlah..
Tetapi yang menyedihkan bangsa Arab yang pada suatu ketika dahulu dipandang tinggi olih masyarakat dunia kerana jati diri, kekayaan dan gaya hidup mereka, kini,mereka berada didalam keadaan yang amat mendukacitakan. Boleh dikatakan keseluruhan bumi Arab dirundung 'malapetaka' disebabkan oleh tangan mereka sendiri hanya Mekah dan Madinah atau bumi Arab Saudi saja yang dilihat tiada pergolakan serius selainnya semuanya bergolak. Begitulah nasibnya bangsa Arab kini.
Kalau suatu ketika dahulu apa saja 'fatwa' yang dikeluarkan olih Ulama Ulama Arab semunya ditelah bulat-bulat tetapi kini suara Ulama-Ulama berbangsa Arab seakan-akan diketepikan dan segelintir pula 'bernafsu' menyintai dunia. Kalau dizaman Nabi Muhammad s.a.w wanita diletakkan ditempat yang tinggi namun selepas era Rasullulah s.a.w kejadian sebaliknya berlaku. Wanita dilayan seperti manusia yang tidak berharga atau bermaruah dan perlakukan itu berlarutan sehingga kini. Sifat kejahilan sesetengah dari mereka tetap seperti dahulu bergenarasi tiada perubahan.
Kini setelah 1435 tahun membezakan, kehidupan bangsa-bangsa Arab tiada jauh bezanya dengan masyarakat luar tetapi kalau diberikan perincian hanya bangsa Melayu saja yang masih mengekalkan apa yang disunnahkan olih Rasullulah serta yang benar-benar mengikuti ajaran Al Quran. Walaupun tidak 100% tepat seperti yang disunnahkan namun menghampiri 95% ketepatan sudah dikira memadai dan dikira bertepatan. Dari segi kehidupan, peribadi, tingkahlaku serta akhlak dan peradapan hanya bangsa Melayu saja yang mengekalkannya sehingga kini.
Dipohonkan agar kasih Rasullulah sa.w akan tertumpah lebih kepada bangsa Melayu berbanding bangsa lain. Bukan kerana saya Melayu tetapi kerana ' sifat keperibadian' yang tertanam didalam diri Melayu amat bertepatan dengan 'keinginan' Rasullulah s.a.w terhadap ajaran yang dibawanya.Walaupun berjubah bukan identiti Melayu namun 'cara berpakaian Arab' juga ingin diterapkan dalam diri Melayu, itulah bangsa Melayu, suka mengikut-ikut apa yang diwarnai olih bangsa Arab.Tetapi itu bukan kesalahan.
Kepada semua pelayar blog ini, marilah kita sama-sama mempertahankan apa yang disunnahkan olih Baginda Rasullulah s.a.w serta mengikut Al Quran seperti yang diwajibkan keatas diri kita. Walaupun dizaman ini terdapat berbagai 'onar' yng melingkari perjalanan kehidupan kita dan agama Islam , menyerahkan diri kepada Allah SWT serta berikhtiar adalah tuntutan, sepertimana, Nabi Muhammad sa.w berikhtiar dan mencari jalan untuk 'berstrateji' untuk memenangi peperangan.Begitu jugalah diharapkan kepada umat akhir zaman ini agar berikhtiar kerana kita sedang 'berperang' .
Akhir kata marilah kita bermuhasabah diri dan membetulkan diri agar menjadi contoh kepada generasi kita dimasa akan datang.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
'
No comments:
Post a Comment