BERBILLION DILABUR PEMIMPIN TETAPI SEMUANYA LEBURRRR . TIADA SESIAPA BERSALAH YANG SALAH SYAITAN!!! RAKYAT PERLU MENYALAHKAN SYAITAN BUKAN PEMIMPIN |
KANGKUNG & NAJIB ATAU NAJIB NI SUKA LENGGANG KANGKUNG DALAM PENTADBIRAN |
Gara gara Najib menobatkan hanya 'kangkung' yang turun harga, maka, komoditi ini amat bernilai dan berharga masa kini. Kepada sesiapa yang ingin mencontohi Najib maka wajiblah mereka menyimpan 'stok kangkung' kerana pasaran hadapan 'kangkung' akan melambung naik kerana Perdana Menteri Malaysia ' serta seluruh PMO makan kangkung' setiap hari. Sesiapa yang nak ikut sunah Najib atau 'pembodek Najib' wajiblah menyimpan stok kangkung.
Hari ini rakyat kalah lagi gara-gara Pejabat Peguam Negara menarik pertuduhan terhadap Chan Kong Choy. Segala wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek PKFZ yang memakan belanja lebih RM10 billion hilang begitu saja. Duit yang dibelanjakan hilang begitu saja tanpa dapat dipersalahkan kepada pemimpin politik samada Pak Lah, Ling Liong Sik mahupun Chan Kong Choy ataupun mereka yang bersubahat dengannya..
Kini wang milik rakyat dirompak secara sistematik tanpa dapat mengesan siapa dalangnya tetapi yang terlibat kesemuanya ahli politik samaada dari UMNO mahupun MCA.Dri yang mencadangkan sehinggalah kepada yang meluluskanya, semuanya terlepas dan cuci tangan \Yang pasti wang ini 'hangus' begitu saja dan kaum yang paling banyak menerima menafaatnya adalah 'kaum Cina' yang bersekutu dengan MCA mahupun DAP.
Kini seluruh kepimpinan UMNO dan BN semuanya senyap sunyi, seolah-olah RM 10 billion itu tiada makna kepada 'kantung kerajaan'.Atau kemungkinan pemimpin UMNO pun ramai yang menumpang 'tui' dengan projek ini.
Nampaknya tiada siapa yang bolih dipersalahkan atau dipertanggungjawapkan.Kini kerajaan terpaksalah meletakkan kesalahan ini dibahu 'syaitan' untuk memikulnya kerana manusia dalam saf kepimpinannya semuanya bersih dari rasuah dan beramanah.
Atau kerajaan sengaja menyuruh Pejabat Pendakwaan menarikbalik tuduhan dengan alasan takut 'undi cina' akan terlepas atau 'takut' Cina akan menutup perniagaan diMalaysia dan melarikan diri keluar negara, sebab Najib Kangkung pernah berkata tanpa Cina mungkin Malaysia tidak akan berdaya maju. Najib hanya nampak hanya kaum Cina saja yang merancakkan ekonomi negara ini bermula dari kuli sehingga taukeh besar, semuanya Cina, Melayu tak bekerja dan tidak berduit untuk merancakkan pengekonomian.
Perlukah rakyat mendiamkan diri dan membenarkan 'manusia' ini terlepas dengan penipuan yang berbillion ringgit itu?
rakyat perlu berfikir!!!! tetapi yang pasti Najib 'kangkung' kena jalan dulu
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment