Sunday, 12 January 2014

THE PROMISED LAND : KRISTIAN DALAM KEGILAAN ATAU ISIM!!!

KALAU SENGAJA NAK  MENYAMAKAN ALLAH SWT
DENGAN"ALLAH"JESUS ANAK TUHAN ATAU JESUS CHRIST
ELOKLAH AZIZ BARI  DAN MUJADID YUSOF
 MENUTUP  MULUT !!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sejak bila pula  gereja Kristian di Selangor menggunakan 'Allah' sebagai gantinama tuhan mereka? 50 tahun dahulu, 100 tahun dahulu?? atau sejak azali??

Atau adakah Jesus Christ itu Allah? Maaf lah..kalau Kristian itu menganggap Jesus Christ itu Allah maka samalah 'standard'nya 'Tuhan' mereka dengan manusia.
Kalau Tuhan mereka atau 'Anak Tuhan'  tu makan, minum, kencing , berak apa beza dengan diri kita? dan memburukkan lagi ' Tuhan" yang mereka yakini  'menyalib' anaknya' sendiri  kerana kesalahan manusia atau terkena fitnah. Macam ni pun manusia nak mempertahankan dan hendak menyamatarafkan dengan ' Allah SWT"? Gila ke manusia ???

 Ini  satu lagi kegilaan .Sejak bila pulak Aziz Bari mula menjadi jurucakap Kristian. Adakah beliau mahu membenarkan Gereja seluruh Selangor dan juga sebahagian Kuala Lumpur untuk menggunakan 'Allah' untuk agama mereka?

Acap kali telah disuarakan olih pembicara-pembicara Islam membicarakan  bahawa  Gereja di Selangor tidak pernah menggunakan 'Allah' dari dulu tetapi kenapa kini dilihat amat teruja untuk menggunakan kalimah ini? Apakah yang tersirat disebalik 'keterujaan' Kristian ini.

Untuk pengetahuan Aziz Bari!! kalau setakat dirinya nak mencari 'publisiti' untuk menjadi 'calon Politik' seeloknya jangan mencampuri 'urusan' ini, kerana apa yang didakwanya ;memudaratkan'. Majorit orang Melayu dan Islam  tidakpun  merasa terancam dengan  agama  'Kristian' tetapi sebaliknya Gereja Kristian yang merasa terancam dengan perkembangan terkini dimana 'terdapat ramai umat Kristian' yang kebanyakanya adalah kaum India dan China yang meninggalkan agama nenek moyang mereka untuk menganut agama Kristian sudah mula goyah 'kepercayaan' mereka terhadap Kristian dan mengintai-intai Islam,  dan ini amat merungsingkan Gereja Kristian.

Olih itu disarankan kepada Aziz Bari jangan melakukan perkara yang bodoh yang akan  merusakkan atau cuba mengaggalkan  'ajenda' pendakwaan' ini.Berhentilah dari melontarkan 'perkataan' yang akan diputarbelit atau diambil kesempatan olih Gereja Kristian untuk membantutkan jalan kearah ini.

"We use the word ‘Allah’ because historically, it predates Islam. The English version of the Bible is actually a translation.
"The original scriptures were not in English but in Hebrew and Greek. Hence, when it was brought to Malaysia, God was translated as ‘Allah’," Yapp said.
(Terjemahan God kedalam bahasa Melayu atau Malaysia ialah 'TUHAN' - kenapa Kristian nak membelit lidah lagi . Tuhan dalam Islam menjurus kepada Allah .Atau adakah Kristian telah mula hilang kepercayaan  bahawa Tuhan mereka bukan lagi Jesus Christ?

Walaupun terdapat beberapa kerat bumiputra warga Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian namun bilangan mereka yang menghadiri kuliah digereja tidaklah seramai kaum Cina dan India olih itu tiada keperluan bagi 'Paderi' mereka untuk 'menggunakan 'kalimah' ini.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa Tuhan yang di'angkat' olih Kristian ialah Jesus Christ. Samaada mereka mengganggapnya Tuhan atau Jesus  anak Tuhan, sememangnya 'kalimah' Allah' itu tidak bertepatan dengan Islam. Olih itu tiada keperluan untuk 'kalimah Allah' dikongsikan dengan Kristian.

Disebabkan 'kebaculan' tindak tanduk Aziz Bari, kenyataannya mula ditaksirkan olih pihak berajenda untuk 'kepentingan' Kristian. Kini segala kata-kata Aziz Bari dan juga  Mujahid Yusof Rawa dijadikan 'senjata' untuk mereka mempertahankan tindakan Gereja  mereka.

Diharap kepada Aziz Bari dan Mujadid Yusof agar  tidak  terlalu 'taksub' dengan tindakan sendiri demi 'populariti' kerana 'populariti' itu yang akan menghancurkan diri anda sendiri.
Kalau menganggap diri itu sudah terlalu hebat dan melebihi orang lain, gunakan kepandaian yang dimiliki untuk menyampaikan 'kata-kata Allah" kepada mereka yang belum lagi mengambil Allah SWT sebagai Tuhan. Itulah perkerjaan yang paling terpuji disisi Allah SWT. Kalau seorang pun beliau  belum berjaya   'meyakinkan' hati orang bukan Islam  akan 'kebenaran' agama yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w ini
...seeloknya berhentilah dari membicarakan isu ini.
\
Tetapi kalau Aziz Bari dan Yusof Mujadid  menganggap bahawa 'Allah" yang disebut umat Kristian itu menjurus kepada Jesus Christ dan bukan Allah SWT Tuhan Yang Menjadikan , maka, tahap dan 'kancah' yang bakal dikecapi mereka berdua samalah tarafnya dengan manusia yang dalam kesesatan yang telah diseleweng hatinya olih Allah SWT.

                                                           ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment