Saturday, 4 January 2014

THE PROMISED LAND :- GURUH JE BERDEGAR-DEGAR :

PEMIMPIN  BACUL
ISLAM BUKAN LAGI KEUTAMAAN
DEMI KUASA SEMUA PUN BOLIH DIGADAIKAN

Selangor Umno drops protest plans, but warns of ‘mega demonstration’ ahead

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Berpuluh atau mungkin beratus 'report polis' dibuat olih Pergerakan UMNO serta NGO Melayu dan Islam diatas kenyataan Padri Kristian Lawrence berhubung kenyataan beliau untuk menggunakan 'kalimah Allah' walaupun Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor iaitu Sultan Selangor melarangnya. Diatas sifat tidak menghormati Agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia serta agama resmi majoriti rakyat negara ini, kenyataan yang dibuat oleh Paderi Lawrence dilihat 'sengaja' mahu 'menyakitkan hati umat Islam atau sengaja mahu mencucuk bagi memarakkan lagi kemarahan orang Melayu dan Islam. Tujuannya seolah-olah mahu 'mencetuskan' perbalahan kaum dinegara ini.

Berpaksikan kepada kenyataan Paderi Lawrence itu, laporan polis telah dibuat namun diatas sifatnya yang 'tidak menghormati' umat Islam, saranan itu tidak dipedulikan samasekali. Malahan kini beberapa pihak tampil kehadapan terutama kaum Cina dan segelintir India yang murtad daripada agama nenek moyang mereka untuk bersama-sama Paderi Lawrence untuk 'membenteng' kepenggunaan 'kalimah' tersebut.

UMNO seperti biasa dan diikuti beberapa NGO Islam dan Melayu serta PERKASA dengan lantang membantah 'kenyataan' Paderi Lawrence. Dengan perasaan gah dan berkobar-kobar beberapa pendirian telah dibuat diantara cubaan untuk 'berdemo' dihadapan Gereja Katolik untuk menunjukkan 'keperihatinan mereka terhadap isu ini. 

Tetapi malang teramat malang, 'terjehan' yang cuba dilakukan terhadap 'isu Lawrence' ini hanya ibarat 'ayam' yang hanya pandai 'berkokok' tetapi apabila 'dedak' ditaburkan 'semuanya masuk reban'. Begitulah yang berlaku terhadap kumpulan yang mengaku 'mempertahankan Islam' ini, Samaada UMNO, PAS mahupun PKR semua  'pemimpin' mereka 'menyorokan diri' dari 'berdepan' dengan 'situasi' ini.

Para pemimpin yang 'melulung' mengaku memperjuangkan Islam, semuanya 'bisu' seolah-olah 'isu kalimah Allah" ini bukan keutamaan mereka lagi.

Dengan pendekatan kelompok UMNO yang terkini, yang dibarisi oleh NOH Omar pula, hanya berani menguggut'. Ugutan yang dibuat beberapa hari lalu telah ditarikbalik seolah-olah orang Melayu terpaksa akur dengan 'kehendak' bukan Islam agar tidak meneruskan 'apa yang dipersetujui' iaitu 'membantah dihadapan Gereja'. Atas alasan apa 'penarikan balik cadangan ini' diputuskan menunjukkan bertapa 'bacul'nya pendirian pemimpin Melayu didalam 'mempertahankan' 'kalimah Allah' 

Kalau baginilah sifat keberanian Pemimpin politik yang hanya pandai berkata-kata dan tidak berani 'mempertahankan' kesucian Islam , eloklah..direhatkan saja..Parti ini. Kini telah tiba masanya untuk masyarakat Melayu untuk bangun bertindak dan membantah 'penghinaan' ini. Untuk kita mengharapkan kepada pimimpin menjadi 'panglima perang' didalam memperjuangkan Islam, saya rasa 'penghinaan demi penghinaan' bakal dihadapai oleh umat Islam dimasa hadapan.

Tiada apa lagi yang bolih orang Melayu harapkan daripada Pemimpin politik. kerana semuanya 'takut' atau 'pengecut'. Takut kerana kuasa dan kekayaan akan terhakis dan 'pengecut' kerana 'tiada keimanan' dalam diri. Itu lah diri pemimpin masakini.

                                            Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
.

1 comment:

  1. KJ diam je dlm isu ini. Adakah sama dgn org umno yg lain. Sekadar "polition"
    -
    MR-

    ReplyDelete