APABILA KEBURUKAN DI PAKSA MENELANYA |
Segala tindak tanduk serta perancangan yang cuba dilakukan oleh Najib Razak semenjak memegang tampuk pemerintahan negara ini akan-akan semua tidak menjadi. Atau kemungkinan terkena 'sumpahan' Pak Lah atau sememangnya Najib semamangnya tiada keupayaan mental.
Salah strategi atau salah 'punasihat' yang 'tak berotak' atau 'kegagalan mental' atau hanya berminat dengan 'kemewahan' serta 'berhibur', telah menyebabkan keadaan ekonomi negara yang dipegangnya menjadi tunggang langgang. Akibat dari kegagalan mengurus serta mentadbir kewangan menyebabkan 'ekonomi' negara mengalami 'defisit' berterusan.
Keborosan, bermewah-mewah, berbelanja sesuka hati,'tanpa had' telah mengakibatkan 'kemeruduman' ekonomi dibawah beliau semakin 'nazak' walaupun 'Kerajaan pimpinannya cuba menafikan.
Tetapi bahang 'kemeruduman' ekonomi terbukti nyata apabila Kerajaan Najib menarik semula subsidi minyak, gula serta membenarkan kenaikan tariff elektrik dengan alasan yang 'menyakitkan' hati rakyat. Tindakan yang sebenarnya berpunca dari kegagalan Kerajaan beliau, telah mengheret 'kekurangan belanja' ini untuk di'tampung' olih rakyat jelata.
Satu demi satu 'bala' atau 'dugaan' terpaksa dihadap oleh Najib, namun kesemua kegelisahan rakyat tidak diberikan keutamaan. Dikala negara digasak dengan 'isu' kenaikan harga barang' yang menyebabkan kos sara hidup meningkat serta 'anutan' umat Islam, diganyang oleh Pemimpin Gereja Kristian serta 'gerakan' anak muda yang 'berdemo' sempena 'kenaikan' sara hidup iaitu TURUN dan Gerakan yang lain, yang mengakibatkan 'gangguan' sempena menyambut Tahun baru 2014, Najib dan gerombolan kebinetnya, semuanya bergumbira bercuti-cutian diluar negara dan membiarkan rakyat dalam 'gundah gulana'.
Dikala majoriti rakyat 'terikat' dengan 'kepayahan' dan tidak 'berupaya' untuk 'bercuti' gara-gara kekangan ekonomi keluarga, Najib dan keluarga dilihat bersenbang-senang diluar negara bersama rakan dan taulannya 'menikmati suasana' Tahun Baru. Adakah beliau perihatin dengan nasib majoriti rakyat Malaysia?
Kini orang Melayu atau umat Islam sekali terpaksa berdepan dengan karenah Gereja Kristian yang dengan sengaja 'ingin menggunakan 'kalimah Allah' dilihat sebagai satu lagi 'propa' olih Kristian . Walaupun sebelum ini kalimah Allah tidak pernah digunakan di Gereja di Semenanjung, tetapi disebabkan 'kelemahan Najib' yang dilihat kurang 'menyengat' serta Najib dilihat 'amat deperate untuk mendapatkan 'undi bukan Melayu' terutama Cina, maka, saranan beliau dilihat sebagai 'melepaskan batuk di tangga' saja dan tidak membawa impak keseluruhanya.
Satu lagi kelemahan Najib ialah membenarkan isteri beliau yang bukan Anggota Kerajaan mahupun Kabinet menggunakan 'harta Kerajaan' semahunya tanpa 'sekatan' malahan terdapat juga 'belaci' beliau yang mempertahankan 'tindakan' tersebut. Meloyakan lagi apabila Najib secara 'bangga'nya menghalalkan 'tindak tanduk' isterinya dengan memuji bahawa isterinya telah banyak ;membantu' rakyat diluar negara . Memburukkan lagi keadaan apabila ada pula suara ahli Kabinetnya yang mengatakan bahawa sekiranya Rosmah di'cemuh' akan membuatkan pelabur luar menjauhi negara ini. Tidak ke 'bangang' bunyinya?
Kalau Najib boleh berhibur diluar negara bersama-sama rakan karibnya menyambut ambang Tahun 2014, apa pula salahnya Zahid Hamidi yang menyambut Hari Jadinya di 5 Star Hotel . Tidakkah mereka ini semua nya dari specis yang sama? Berbelanja mewah selagi boleh!!
Kerajaan Najib berdegar-degar menyuruh rakyat berjimat berbelanja tetapi sebaliknya beliau dan anggota kabinetnya mewah berbelanja tanpa had. Rakyat disuruh 'mengikat perut' tetapi 'mereka menaikan' perut" Rakyat dikenakan dengan hukuman mandatori tiada tolak ansur. Segala salah laku pemimpin adalah 'mandatori' untuk rakyat 'menelan'nya.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment