Wednesday, 29 January 2014

THE PROMISED LAND : PAS DIASUH UNTUK JADI KELDAI SAJA

WALAU APA PUN DAP DAN PKR TETAP
SATU TAPAK DIHADAPAN PAS.
KALAU DI PULAU PINANG ADA KETUA MENTERI 2
KENAPA SELANGOR TAK DA TIMBALAN MENTERI BESAR
KAN PAS LAYAK UNTUK JAWATAN ITU!!
                                            MARUAH PAS SENGAJA DI PERMAINKAN 
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

DAP dan PAS setara didalam kerusi DUN yang dimiliki diSelangor  sementara PKR hanya kekurangan 1 kerusi berbanding rakan mereka.Namun begitu walaupun kurang kerusi Dun, PKR tetap diutamakan untuk menerajui jawatan Menteri Besar. Kenapa? Sebabnya PKR mendapat mandat penuh dari DAP berbanding PAS , kerana wakil rakyat didalam PAS semua adalah Melayu yang beragama Islam sementara wakill rakyat PKR yang memenangi PRU 13  diSelangor bukan semua Melayu. Demi untuk menafikan 'kuasa' Melayu maka, DAP hanya bersetuju untuk jawatan Menteri Besar diagihkan kepada PKR.

Untuk mengimbangi kuasa DAP  dari dipicit olih PAS  maka 'percaturan dibuat' demi keutamaan kaum mereka. Untuk itu kaum Cina bolih 'bertindak laju' didalam pemerintahan Kerajaan Selangor demi 'kelangsungan' atau 'peluang depan mata', maka pemilihan terhadap PKR adalah  tepat demi untuk 'mengurangkan' suara Melayu didalam pemerinthan. Itulah yang sebenarnya yang diimpikan olih DAP selama ini.

PAS yang tergamang dengan 'kuasa' yang tidak disangka-sangka dimiliki, seolah-olah bermimpi, maka tanpa berfikir panjang maka PAS bersetuju untuk diberikan jawatan Menteri Besar kepada PKR atas desakan DAP yang dengan sengaja 'mengangkat martabat dan  pengalaman Khalid Ibrahim' sebagai ;professional yang berjaya ' berbanding calon PAS yang dilihat hanya berkebolehan sebagai Tok Guru atau Ulama saja  untuk mengisi jawatan Menteri Besar. Terkhilaf dengan tektik 'mainan' DAP maka PAS 'dikantoi' juga olih PKR yang juga mainan Anwar Ibrahim

Kini PKR melalui tangan Anwar Ibrahim sekali lagi memperbodohkan PAS sekali lagi. PKR yang sememangnya minoriti didalm Pakatan sekali lagi 'menguda'kan PAS dengan membenarkan piliahraya kecil diadakan untuk memberi laluan mudah kepada Anwar Ibrahim untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar. Bukan untuk 'menjatuhkan' sesiapa tetapi 'percaturan' Anwar Ibrahim ini seolah-olah ingin menafikan 'kekuatan PAS'  yang sememangnya setara dengan DAP tetapi 'dinafikan' hak suara olih DAP. Bodoh sungguh  pemimpin PAS Selangor ni.

Sepatutnya apabila PKR dirundung masaalah yang 'merosakkan' atau 'menjejaskan' kepimpinan Pakatan apabila mendapati Menteri Besarnya 'hilang' fokus atau 'tiada kemampuan mentadbir' ataupun hilang kepercayaan dari rakan PKR' sendiri, maka, sewajibnya jawatan Menteri Besar itu diserahkan kepada PAS  untuk mentadbir bagi  untuk memberi lalulan kepada PKR 'membetulkan ketidak seimbangan' dalaman politiknya dan bukan 'membenarkan' pilihanraya diadakan. Ini kerja mengarut.

Yang menjadi persoalannya kenapa PAS yang berkuasa di Selangor tetapi memerlukan orang luar iaitu dari Pulau Pinang untuk menjadi Menteri Besar. Tidakkah ini akan mengundang ketidalpuasan hati orang Melayu PAS Selangor ? Kenapa PKR pula ynng 'menentukan' hala tuju' pemerintahan Selangor ini sedangkan PAS amat dominan jika dibandingkan dengan Kerusi yang  dimiliki PAS ?Apa yang ditonjolkan kini, seolah-olah PAS Selangor tiada suara langsung didalam menentukan 'perjalanan' pemerintahan Kerajaan Selanogor.

Apa yang dapat diterjemahkan hanyalah satu iaitu ' PAS Selangor' sememangnya diperbodohkan olih DAP melalui PKR serta PAS hanyalah 'keldai  atau 'baghal' tunggangan yang 'bodoh' yang sememangnya bodoh tak bolih diajar.

Apa yang sepatutnya dilakukan olih ahli-ahli PAS diakar umbi ialah 'memboikot' Pilihanraya Kecil Kajang ini dan tentukan Anwar Ibrahim kalah . Dengan kekalahan ini PAS bolih 'mendesak' agar jawatan Menteri Besar diserahkan kepada pemimpin PAS demi menjaga kepentingan Pakatan dan sekiranya ditentang PKR mahupun DAP maka PAS wajib keluar dari Pakatan.

                                                  "Bodoh Yang Tak Bolih Di Ajar"

                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

3 comments:

  1. Haha kene setepek taik keldai!

    ReplyDelete
  2. Ya, itulah hakikatnya. Ahli PAS (Melayu dan Islam) perlu disedarkan kealpaan dan kesilapan mereka dalam memahami mainan politik DAP. Kita tidak pernah terpikir pengundi Islam sebegini naif. Sebab yang nyata ialah mereka (PAS) telah lemas dalam dendam mereka terhadap UMNO (saudara mereka juga). mereka rela bumi ini diperentah oleh kapir (dalam selimut). Sayang sungguh niat kita ingin mengangkat agama (Islam) ke martabat yang lebih tinggi,telah diputar belit oleh manusia bernama Anwar dan rakan2 mereka dari DAP. Ia menjadikan usaha selama ini hanya jadi semagai "menang sorak". Maaf kalau ada yang terasa. Itulah sebenarnya yang terjadi.

    ReplyDelete
  3. Wala' katanya, tp hanya kpd ahli, pengikut dan penyokong. Pimpinan pulak sesuka hatinya, walau pun menyalahi wala' kpd Allah swt, Rasullullah saw dan org beriman. Bahkan boleh pulak berwala' kpd kafirin dan fasikin, tahaluf siyasi katanya.

    ReplyDelete