Wednesday, 29 January 2014

THE PROMISED LAND :-PERCATURAN YANG MEMERANGKAP

KUDA CINA DAH MAKAN MELAYU,
APA PUNYA NASIB MELAYU PAS




Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Pertembungan ideologi diantara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang berlarutan sehingga hari ini yang gagal diperbaiki . Walaupun Khalid Ibrahim berjawatan Menteri Besar, namun kedudukan beliau tidaklah sehebat Azmin Ali dalam heraiki kepimpinan PKR. Pemikiran yang berkiblatkan kepada 'kepercayaan' Anwar Ibrahim seorang 'politikal genius' telah membutakan hati-hati mereka.

Melalui omongan omongan kosong serta 'putar belit' percakapan Anwar Ibrahim telah memerangkap ramai hati orang Melayu, terutama mereka yang 'tercedera' hati  terhadap kepimpinan UMNO serta 'malaun' UMNO yang rakus kuasa dan kekayaan , berpaling tadah. Sokongan bukan Melayu terhadap Anwar Ibrahim pula bukanlah 'sepenuh hati' atau 'mengkagumi' kepimpinannya, tetapi lebih menjurus kepada 'kejayaan serta 'kebolihan Anwar' dalam memecahkan 'undi' bersepadu Melayu kepada UMNO dan juga PAS

Bersandarkan kepada 'kebolehan' ini, maka berduyun-duyun India mahupun Cina serta segelintir Melayu menyokong 'perjuangan' yang dikata Anwar 'berjuang untuk semua bangsa' tanpa batasan waima 'agama Islam'. Melihatkan keterbukaan Anwar yang tidak terbatas membuatkan parti politik seperti PAS juga terpengarruh. Tepengaruhnya PAS bukan kerana Anwar 'memperjuangkan' Islam tetapi kerana 'berjaya' memecahkan Melayu kepada 3 kelompok, itulah yang sebenarnya mereka.

Keterujaan Anwar Ibrahim  serta PAS ini sebenarnya merupakan satu kelebihan kepada DAP. Pucuk dicita ulam mendatang atau orang mengantuk disorongkan batal, itulah papatah yang tepat diberikan terhadap DAP. Menyedari akan perpecahan Melayu ini, DAP atau Cina sudah mula berkira-kira untuk jangkamasa panjang. Berstrategi dengan majoriti bangsa mereka yang 30% itu, Cina berjaya 'mengukuhkan' kedudukan politik mereka. Percampuran diantara majoriti India serta 15% Melayu telah mengukuhkan kedudukan kedudukan DAP atau Cina didalam PRU 13. Itulah kejayaan DAP paling besar yang pernah dinikmati melalui 'kebodohon' Melayu diatas 'kepercayaan' kata-kata Anwar Ibrahim.

Kegagalan PKR untuk mengungguli kerusi DUN mahupun Parlimen telah menyentapkan lagi hati Anwar Ibrahim. Kejayaan besar yang diharap akan berpihak kepada PKR nampaknya 'tidak seperti dijangkakan. Mengharap agar PKR akan mendahului DAP dan PAS di Selangor tidak menjadi kenyataan maka 'percaturan lain' perlu dirombak olih Anwar demi 'menutup' malu. Apa yang terjadi bukan orang Melayu yang menang di Selangor tetapi DAP dilihat semakin 'berkuasa' dan mengcengkam pula dan parti pimpinan Anwar Ibrahim hanya mendapat 14 kerusi saja berbanding 15 kepada DAP dan 15 kepada PAS

Walaupun tahu akan 'minoriti'nya PKR dalam kepimpinan kerajaan Selangor, namun jawatan Menteri Besar sengaja diberikan laluan olih DAP kepada PKR tanpa bantahan kerana melihatkan 'scenario' yang lebih besar serta mengikut perancangan DAP dan Cina pasti tercapai dan dalam 'pembikinan'. Inilah 'strategi DAP' yang tersembunyi yang PAS tidak ketahui. Tetapi bagi Anwar Ibrahim, itu bukanlah keutamaannya tetapi jawatan Perdana Menteri adalah 'idamannya'. Bagi merealisasikan impian untuk jawatan Perdana Menteri atau ke Putrajaya, berbagai perancangan diatur olih Anwar Ibrahim sehinggalah PKR telah menasihatkan wakil rakyat Kajang untuk melepaskan 'jawatan' semata-mata untuk memberi laluan 'kepada 'perancangan DAP' yang lebih besar berbanding ajenda untuk menabalkan Anwar Ibrahim.

Keutuhan serta kekuatan DAP di Selangor sebenarnya 'bergantung' kepada PKR kerena sekiranya DAP tidak sealiran dengan PKR maka 'ajenda'nya untuk 'menakluki Selangor' serta 'menundukkan Sultan Selangor' pasti tidak berjaya. Kerana PAS dilihat setara dengan DAP. Untuk tidak 'menganggu gugat' kelicinan 'perancangan DAP dan Cina' maka, segala permintaan PAS selalunya dilayan tetapi 'bersyarat' dan DAP atau Cina akan menyerahkan kepada PKR untuk menentukannya kerana tidak mahu dilihat sebagai 'boss', itulah hakikatnya kini.

Keributan yang terjadi kini bukanlah diatas kehendak Anwar Ibrahim tetapi berlaku kerana percaturan DAP dan Cina yang 'sembunyi tangan',melagakan 'kepimpinan PKR' tanpa disedari PKR Selangor, namun, kejayaan 'perlagaan' ini lebih 'menjurus kepada 'kepentingan Cina' untuk masa depan dengan menggunakan 'Melayu' terutama ahli PAS dan Melayu PKR, untuk kepentingan anak cucu mereka. Olih itu tiada suara DAP didalam 'menyelesaikan' masaalah  dalaman PKR",kerana ini semuanya adalah perancangan mereka.  Semua tahu bangsa Cina sememangnya 'licik' dan kuat menipu, begitu jugalah yang terjadi kepada Najib dan UMNO, hari-hari kena tipu Cuba lihat kes PKFZ, semua yang didakwa menipu Kerajaan atau 'wang rakyat' semuanya Cina, yang kena tipu majoritinya Melayu yang duduk dalam kabinet. Siapa pandai siapa bodoh??

Begitulah perancangan DAP atau Cina...olih itu sedarlah diri..cina menggunakan Melayu untuk melingkupkan Melayu..

                      Melayu tergadai kerana digadai olih  Melayu...kesudahannya Cina pemunyanya
                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment