Thursday, 30 January 2014

THE PROMISED LAND :- SENSITIVITI UMAT ISLAM BUKAN KEUTAMAAN NAJIB

NAJIB HANYA SUKA DIPUJI  WALAUPUN
KEPIMPINANNYA 'HAPRAK' DAN
MENJENGKELKAN




Najib meets Muslim groups to defuse tension over ‘Allah’ and other issues


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Hanya 40 minit diperuntukan oleh Najib untuk NGO Islam untuk meluahkan 'kekecewaan' serta ''rasa tidak kepuasan hati' terhadap 'penghinaan' demi penghinaan' yang diterima olih orang Islam yang telah dilakukan olih orang bukan Islam.

Nampaknya pendirian Najib sebagai Presiden UMNO yang selalu mendakwa dan melaungkan bahawa Islam akan dipertahankan dan Melayu adalah bangsanya, hanyalah, retorik semata. Tiada kenyataan tegas pernah dinyatakan oleh Najib mahupun pemimpin tertinggi UMNO kepada bukan Islam berhubung 'penghinaan terhadap orang Islam mahupun murid-murid Islam.

Kebisuan seribu bahasa Najib yang diakuinya bertujuan untuk tidak menambah 'bahang' menggambarkan sifat sebenar Najib yang ternyata takut dengan 'mainan' bukan Melayu. Dengan alasan yang dinyatakan yang saya copy paste dibawah ini amatlah memalukan umat Melayu serta Islam yang majoriti dalam Malaysia.

"He stressed that he was a leader for all Malaysians and not merely a single race. He (Najib) explained that he had kept silent about the 'Allah' issue because he did not want to worsen the situation.

Najib perlu lihat kebelakang, suara siapa yang memertabatkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan UMNO dipersada  kuasa Kerajaan? Adakah 'suara' bukan Melayu terjutama kaum Cina, yang 'mengangkat' beliau? Wahai Najib! berpijaklah dibumi nyata. Tidakkah PRU 13 lalu diri anda telah di'tsunami'kan olih Cina. Lupakah anda! Lupakah anda! Ingatlah! kaum Cina tidak akan sekali-kali 'menganggap' diri anda pemimpin mereka sebaliknya 'anda' adalah 'musuh' mereka.

Bertahun lamanya Najib melaungkan slogan 1 Malaysia. Siapa yang menerimanya? Sedarlah diri Najib, hanya Melayu UMNO saja yang 'berolok-olok' mengaku setuju dengan 1 Malaysia tetapi pada hakikatnya Cina dan India menolak anda pada PRU 13 yang anda kenali sebagai 'Tsunami Cina' semuanya menolak anda secara terangan. Bagaimana awak hendak menjadi Perdana Menteri untuk semua bangsa walhal kaum lain menolaknya. Anda bermimpikah Najib dipeluk Rosmah atau termimpi cerita lama?

Wahai Najib janganlah berangan lagi, orang Melayu dan Islam dah meluat dengan 'mainan' anda. Cukup-cukuplah!! kalau penakut tetap penakut.. Kalau seorang Perdana Menteri tidak berani 'bercakap' yang benar terhadap kebiadapan bangsa lain yang sengaja 'menghina' dan 'mencaci' bangsa sendiri, seeloknya, berundurlah, beri laluan kepada orang lain pula sebagai 'Jeneral'. Kalau dirumah pun setakat jadi 'Jeneral Pak Turut'  lantiklah 'bini' tu jadi 'Field Marshall' barulah sepadan.

Lihatlah bukalah mata anda, kemana lagi 'umat Melayu dan Islam' hendak mengadu? Najib secara terangan 'menepis' apa yang diharapkan olih pemimpin Melayu dan Islam. Siapa lagi yang bolih diharapkan lagi?

Bangunlah, nyahkanlah 'manusia' jenis ini dari persada kuasa. Semakin lama dia bertakhta dipersada kuasa semakin 'parah' Islam dan Melayu akan 'dihina dan dicaci'. Carilah pengganti. Diharap Muhyiddin berani untuk mendepani situasi 'genting' ini demi maruah Islam, Melayu dan UMNO sendiri. Sudah tiba masanya 'Melayu' bangkit 'mempertahankan' penghinaan ini.

Suara pemimpin sudah tidak berbunyi lagi.. Bayangkanlah.. Najib sanggup menghabiskan masa untuk hiburan berjam-jam lamanya tetapi untuk 'masaalah Islam dan Melayu' dihina hanya 40 minit diluangkan untuk 40 orang delegasi. Apa yang bolih capai dalam masa 40 minit? Macam sampahlah 40 orang Melayu yang datang itu kena 'kelentong'.

                              Nabib melayu semakin terhina dan malang dibawah era Najib.
                     
                                                   
                                                 ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

4 comments:

  1. RED ALERT....

    Blogger Kelab Greenboc.. menunjukkan Hal Sebenar Al-Kafiruuun...cubaan untuk meMURTADkan pembaca Islam...Adakah Ini Blogger Red Bean Army????

    http://greenboc.blogspot.com/2014/01/menjelaskan-kekeliruan-dalam-isu.html

    Rata-rata banyak penganut Islam di Malaysia terutama di Semenanjung Malaysia dan berbangsa Melayu tidak mengetahui bahawa perkataan “Allah” telah lama digunakan secara aman semenjak dari dulu lagi.

    Sebenarnya perkataan “Allah” terdapat di dalam Al Kitab Kristian sebelum isu itu di jadikan polemik. Malah ia digunakan sebelum kewujudan Islam lagi oleh umat Kristian Arab dan umat Arab Jahiliyah yang lain.

    Perlu diingatkan bahawa bukan mudah untuk sesorang itu menganut agama Kristian jika dia tidak melalui proses pembaptisan dan proses pengenalan. Lafaz doa iman sahaja itu tidak cukup untuk menjadikan sesorang itu Kristian.

    Antara alasannya, “Allah” itu esa dan “Allah” itu bukan dua atau tiga mahupun konsep trinitas. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan “Allah” itu oleh Kristian adalah menghina Islam dan harus dilarang.

    Jika diamati, ketiga-tiga agama besar seperti Yahudi, Kristian dan Islam merupakan agama wahyu. Mana mungkin wahyu itu diberikan oleh Tuhan yang berlainan antara satu sama lain.

    Tentu dalam ajaran Islam sendiri melalui Al-Quran dan hadis pun tidak melarang Sang Pencipta itu digelar “Allah”.

    Penulis sebenarnya terkilan, kerana Kristian merupakan agama monotheistik yang mengajar konsep ketuhanan yang esa. Konsep trinitas (Trinity) di salah anggap sebagai konsep poleistik.

    Bagi Kristian, untuk memahami konsep trinitas ini memang diperlukan keterbukaan hati untuk memandang Sang Pencipta dari sudut pandang yang mengatasi pola berpikir manusia. Ianya hanya mampu difahami atas dasar iman yang berlandaskan cinta kasih.

    Kasih tidak mungkin berdiri sendiri, namun melibatkan dua belah pihak seperti kasih suami istri, melibatkan kedua belah pihak, maka disebut sebagai “saling” mengasihi.

    Kalau Tuhan adalah kasih yang paling sempurna, maka tidak mungkin Tuhan tidak melibatkan pihak lain yang dapat menjadi saluran kasih-Nya dan juga dapat membalas kasih-Nya dengan darjat yang sama. Jadi Tuhan itu harus satu, namun bukan Tuhan betul-betul sendirian. Jika tidak, maka Tuhan tidak tentu dapat menyalurkan dan menerima kasih yang sejati.

    Alert @Gelombangkick, @FlyingKick, @Apa Nama, @A.K.Jasin, @ Dinturtle, @melayumaju, @Tranungkite, @Syed Outsidethebox, @helenang, @chedet, @cahaya la majid, @thekualalumpurchroniche, @

    Saya yakin penulisan asal ditulis oleh Paderi Kristian dr Indonesia.... Waspadalah Melayu Islam...

    ReplyDelete
  2. Salam. Allah SWT hanya mengakui bahawa Islam adalah nama pilihannya manakala Yahudi dan Nasrani Allah SWT firmankan sebagai 'bangsa' dan Allah SWT tidak pula menyebut agama Kristian didalam Al Quran. Oleh oitih itu bila pula Kristian 'mengagungkan' Allah SWT merujuk kepada Tuhannya. Apa yang ditulis didalam Taurat yang menjadi 'pegangan' kaum Yahudi dan Nasrani jauh bezanya. Tiada pula kitab Yahudi merujuk Allah SWT sebagai Tuhan melainkan 'Yaweh"'Elohim' dan sebagainya. Dan begitu juga dengan Injil yang didakwa olih Kristian menggunakan Allah SWT, dalam alih bahasapun Kristian menggantikan God atau son of God atau holy Spirit apabila merujuk kepada Tuhan mereka Bila pula Jesus atau Putera Mariam membawa agama baru? Apa yang dibawa Isa hanya merujuk untuk 'membenarkan' agama Musa dan bukan agama lain. Oleh itu ayat mana satu yang merujuk bahawa Kristian tergolong dalam agama wahyu?Jangan sekali-kali kita 'memfitnah' Isa Al Masih kerana beliau 'beriman' dengan Tuhan Musa dan beriman dengan 'Kitab Musa'. Kenapa Kristian beriya-iya mengatakan bahawa Isa @ Jesus disalib dan membenarkan 'kematiannya' ?. Kenapa Kristian masih meyakini bahawa Jesus @ Isa akan turun bagi menyelamatkan dunia? Belum ada sejarah dari zaman ADam hingga Muhammad sa.w bahawa manusia yang telah mati akan hidup manusia, belum ada? Olih itu anganan apa yang ditunggu olih 'agama ciptaan 'manusia yang mempersekutukan Allah ini? Jangan merujuk kepada bukan kebenaran, kerana penjelasan yang terang dan nyatalah maka 'terdapat' ramai umat Kristtian dengan rela hati 'merendahkan sayap' dan bersujud dan mengambila Allah SWT sebgai Tuhan Yang Esa dan bukan Jesus atau 'menganut Kristian. Pengalaman ini saya lalui apabila saya sendiri 'berjaya' memulihkan hati kelompok tegar' ini dari berkiblat ke Kristian menukar pegangan kepada Islam. Bukan seorang malahan lebih dari 20 orang dan kini mungkin telah berkembang. Hanya Allah SWT yang bisa memberi petunjuk jalan sebenar sekiranya Al Quran dan Sunnah diterjemahkan didalam kehidupan. Bukan mengikut apa yang orang lain percayai tanpa diri sendiri mengetahui 'kebenaran'Nya. Amin.

    ReplyDelete
  3. Macam mana pulak kalau masih ada setengah orang islam yang masih pertikai larangan dari menggunakan kalimah Allah? Alasan2 yang selalu diberi adalah puak bukan islam ni sudah mengunakan kalimah Allah sejak dari dulu lagi. Macam mana nak jawab dengan puak2 ni?

    ReplyDelete
  4. Hanya puak yang berkepentingan 'politik' yang sanggup menjual. Orang pesaorangan jarang mempertikaikan tetapi puak yang berkepentingan 'politik' dan 'kuasa' saja yang 'menghalalkan'. Manusia ini bermacam-macam .Suruh tunjukkan bukti dalam Kitab asal mereka, adakah,nama Allah SWT, dicatatkan didalamnya.. Hanya mereka yang luhur hatinya saja akan berpegang kepada Al Quran. Itu sebabnya saya selalu uar-uarkan bahawa rujukan sebenar umat ialah Al Quran dfan peraturan Sunnah .

    ReplyDelete