DUN KAJANG PERTARUHAN MARUAH ANTARA ANWAR IBRAHIM & NAJIB PERCATURAN SIAPA YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN? CINA JUGA YANG KAYA WALAUPUN TIDAK MENYOKONG |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Minggu yang amat mengungguli sifat sebenar Anwar Ibrahim sebagai 'pencatur' utama Pakatan yang tidak habis habis berpolitik setiap hari tanpa rasa jemu dikejutkan dengan 'percaturan' terbaru yang dikata 'menghangatkan' kedai-kedai kopi mahupun 'konglomerat' besar, yang masih tercari-cari 'pedoman' atau 'isi' sebenar permainan ini.
ADa yang mengatakan Anwar Ibrahim berstrategi untuk 'mengambil jawatan Menteri Besar', ada yang mengatakan tujuannya 'untuk memalukan Institusi Beraja Selangor', ada pula yang mengatakan bahawa tujuan ini untuk Anwar Ibrahim mendekatkan diri dengan Putrajaya dan bermacam-macam lagi terlahan. Walauapapun tujuan sebenar Anwar Ibrahim , pihak BN pasti 'terjerat' dengan permainan ini.
Dengan Pakatan Rakyat mengungguli 2/3 daripada kedudukan DUN negeri, tiada apa keputusan yang akan merubah kedudukan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya BN 'bertarung' di DUN Kajang ini. Apa yang pasti 'publisiti' Anwar Ibrahim yang tercalar sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak mencalar 'kredibiliti' beliau sebagai seorang 'tokoh politik'. Bersandarkan kepada 'status 'banduan' yang dilepaskan tetapi tetap berhadapan dengan satu lagi 'perundangan' yang sedang berjalan, memungkinkan Anwar terasa terdesak untuk membubarkan kerusi DUN Kajang
Demi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa 'beliau' adalah 'pemimpin politik terbaik' yang beliau sendiri rasakan, memungkinkan 'rakyat akan bersama berliau sekali lagi sekiranya 'beliau' didapati bersalah.' dan dihantar ke penjara' dengan harapan 'rakyat akan berguling guling lagi' dijalanan untuk 'membela' beliau. Inilah percaturan yang sedang dilakukan
Diwaktu yang sama, tujuannya hanyalah untuk 'membukti' kepada dunia, bahawa dalam kepimpinan Najib ketika ini hanya segelintir Melayu saja yang menyokong, manakala ahli ahli MCA dan Gerakan yang rata-rata berketurunan Cina sememangnya menolak Najib dan UMNO. Inilh yang ingin di'gambarkan' atau dipertontonkan olih Anwar Ibrahim kepada dunia luar. Tidak secara langsung, ini, merupakan satu 'percaturan' untuk 'melemahkan kredibiliiti lawannya iaitu Najib.
Najib yang sememangnya dilihat 'lemah' dan 'tidak berkedibiliti' olih musuh politiknya, terutama Pembangkang, inshaallah, didalam cermah politik nanti, berbagai 'kelemahan' UMNO dan aib BN akan dilondehkan olih mereka. Dengan keputusan bangsa Cina dan India akan 'menolak' kepimpinan BN melalui calon mereka dari MCA akan memburukkan lagi 'imej' Barisan Nasional.
Untuk itu Barisan Nasional dan UMNO perlu meniliti sedalam-dalamnya 'apakah' milage yang bakal diperolehi sekiranya BN tetap meneruskan untuk bertanding dan apakah implikasinya sekiranya 'tidak' menyertai 'pertandingan ini. Dengan permasaalah yang bertimpa-timpa yang dihadapi olih kepimpinan Najib, ketika ini, dengan 'kemarahan rakyat yang meluap-luap' terhadap Kerajaan pimpinan Najib , dijangkakan, BN akan 'tercarap' dengan lebih 'memalukan'.
Walaupun BN akan mempertaruhkan MCA didalam pertembungan ini untuk 'melawan' Melayu impot, kaum Cina sudah 'bulat hati' untuk menolak Najib dan UMNO, olih itu walaupun nama besar Cina MCA diketengahkan, keputusannya tetap sama, iaitu , Cina akan menolak BN, begitu juga akan terdapat ramai Melayu akan 'memboikot' pilihanraya ini kerena tiada apa apa menafaat yang berfeadah yang akan berubah pada pola kepimpinan Kerajaan Selangor. Nasib dan masa hadapan mereka tetap juga sama.
Untuk itu UMNO dan BN akan 'terjebak' dengan 'permainan' Anwar yang akan 'memalukan' seluruh keanggotaan Barisan Nasional.
Perdana Menteri yang lemah sering terjebak dengan permainan politik lawan. Atau Najib masih menunggu keputusan dari ''punai sihat'nya yang bernilai RM7.2 Billion itu?
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment