2000 TAHUN DAHULU KRISTIAN MENAFIKAN 'TORAH' DAN AGAMA MUSA KINI DI MALAYSIA KRISTIAN INGIN MENYAMAKAN ALLAH 3 IN ONE DENGAN ALLAH SWT YANG ESA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Kristian merupakan agama yang dimulakan olih puak segelintir Yahudi dan segelintir Arab yang menolak kepercayaan agama Musa. Sewaktu kelahiran Al Masih putera Maryam rata-rata penduduk di bumi Palestin mengamalkan peraturan Musa yang berpandukan kepada Kitab Torah dan apabila lahirnya Isa Putera Mariam dan beliau sendiri berpendirian dengan mengatakan bahawa kedatangannya adalah untuk membenarkan agama Musa tetapi apabila Isa Al Masih didakwa mati disalib maka pegangan serta kepercayaan pihak-pihak yang bersimpati serta 'berajenda' telah melakarkan satu agama baru yang dikenali sebagai Kristian.
Kalau Torah menjadi ikutan atau anutan bangsa Yahudi tetapi bagi mereka-mereka yang 'terseleweng' dar ajaran mengikut Al Masih Putera Mariam atau Jesus pula memperkenalkan Kristian . Dengan mendakwa bahawa Jesus atau Putera Mariam sebagai ' Anak Tuhan' maka bermula ajenda 'pemuka-pemuka' agama ini lalu 'menafikan' Torah' lalu 'memgolah' kata'kata hikmah yang didakwa diucapkan Jesus sebagai bahan rujukan' untuk agama ini. Walau apapun 'ajaran' yang dibawakan kebanyakannya merujuk kepada pengajaran yang terdapat didalam 'kitab Torah' cuma beberapa bahagian telah diubah mengikut 'pengertian' dan kepentingan mereka. Begitulah adanya 'kitab' yang dipanggil 'Bible' sehingga kini.
Apa yang ingin diutarakan disini ialah tentang 'kepenggunaan kalimah Allah". Dari dahulu hingga kini, puak Kristian sedaya upaya mencuba untuk 'menafikan' kebenaran anutan agama lain selain Kristian. Memburukan lagi golongan ini secara terangan menolak agama Islam bawaan Nabi Muhammad s.a.w yang dikata 'menyeleweng' dari hakikat kepercayaan Torah namun percubaan mereka untuk 'mendoktrinkan' penganut agama lain selain penganut Islam dilihat amat berjaya. Kepercayaan agama Kristian berjaya disebar luas bermula dari Rom dan lama kelamaan kepercayaan ini berkembang kebenua Eropah serta kebenua lain.
Kalau dahulu dibumu India dan China, agama kepercayaan 'nenek moyang' adalah 'ikutan' maka selepas era perang dunia maka mubaligh-mubaligh Kristian melalui 'siri' pencerobohan' menakluki negara luar dan doktrin 'agama Kristian' ini dibawa bersama. Maka bermulalah penyebarean kepercayaan ini . Dan begitulah Kristian sampai dibumi Nusantara ini.
Berbalik kepada isu dalam negara yang sedang hangat 'mendidih ini Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak saja yang menggunakan perkataan 'Allah" sebagai ganti nama Tuhan. Namun satu pendekatan baru telah dicetuskan oleh strategis Kristian. Memandangkan terdapat ramai penganut Kristian telah mula berpaling diri kepada agama Islam dan telah mencetuskan satu fenomena baru dibumi 'orang putih' maka satu 'ketakutan' atau 'perasaan terancam' mula dirasai olih Gereja Kristian. Bagi mengekang gejala yang memburukkan 'imej kristian'ini maka satu 'percaturan' baru mula digerakkan bermula dengan 'mencipta' beberapa 'kerosakan' kepada imej Islam seperti 'pengganas',agama jumud' 'agama kemiskinan' , agama permusuhan' serta bermacam-macam lagi dengan tujuan untuk mencemar nama Islam.
Itulah frasa yang dilalui olih Islam.
Memandangkan didunia sebelah sini, rata-rata penganut Islam didapati amat 'berpegang kuat kepada Islam' maka 'perasaan terancam mula dirasai' olih pengikut Kristian, kerana takut pengikut mereka akan 'berpaling' tadah. Kalau dahulu kaum India yang menjadi majoriti pengikut Kristian dinegara ini, kini Kristian telah mula dianuti oleh sebahagian dari kaum Cina tetapi yang membimbangkan Gereja Kristian, terdapat ramai dari 'kalangan mereka yang telah mula berhijran dari Kristian tetapi menukar kepada Islam pula atas kerelaan diri sendiri dan scanerio ini tidak disukai olih pihak Gereja. Walaupun terdapat beberapa kerat orang Islam 'yang murtad' dari agama Islam namun bilangannya adalah sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang memeluk Islam.
Sebagai strategi jangkapanjang,'penggunaan' Kalimah Allah' ini dilihat dapat membantu Gereja Kristian didalam 'menanam' perasaan 'terkhilaf fahaman' kepada generasi akan datang untuk 'perbezaan' Inilah yang direncanakan demi kelangsungan' Kristian' dinegara ini. Strategi untuk menyamakan 'Allah SWT' dan Allah Kristian adalah 'keutamaan' puak Gereja dari membendung penganut Kristian dari bertukar agama.
Apa yang dapat ditaksfirkan, strategi jangka panjang ini sekiranya gagal dibendung diperingkat awal akan memudaratkan generasi akan datang serta akan membantutkan usaha-usaha 'pendakwaah' serta penyebaran agama kebenaran ini Untuk itu orang Islam disarankan untuk bersatu didalam 'mendepani' isu ini agar 'pembohongan pemuka-pemuka' agama yang menyesatkan sedari 2000 tahun dahulu dihentikan atau disekat penyebarannya di bumi Ta Meem ini.
Buka kita menafikan hak mereka untuk mengamalkan kepercayaan agfama mereka tetapi apa yang cuba kita pertahankan adalah 'hak kita' iaitu ' Kalimah Allah SWT" dari terus 'dilacurkan' dan dihina olih Gereja Kristian demi 'politik' mereka
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment