Thursday, 9 January 2014

THE PROMISED LAND :- DAP MENGUASAI ISLAM DISELANGOR

APA SAJA YANG MENGHALANG AKAN DIROMBAK
MELALUI  KUASA EXCO WALAUPUN RAJA/SULTAN  MENGHALANGNYA!!


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Negeri Selangor yang dipanggil Selangor Darul Ehsan, bakal diubah namanya. Kalau dahulu negeri ini 'bertunjangkan' kepada  Islam sebagai tunggak pemerintahannya tetapi kini semua itu bakal berakhir dengan 'trajisnya'.

Walaupun beberapa kerat Melayu mewakili  PKR dan PAS sebagai  anggota exco Kerajaan negeri Selangor namun kaum Cina dari DAP merupakan tonggak utama atau penghulunya nya walaupun jawatan Menteri Besarnya disandang olih bangsa Melayu . Perumpamaan 'Boneka'  adalah perkataan yang wajar dan  yang amat tepat sekali diberikan kepada Khalid.

Kini di Selangor semuanya dibolehkan. Apa saja yang tidak dibolehkan didalam Islam,akan menjadi bolih apabila 'barisan exco yang terdiri dari 'pak pak pacak' PAS dan PKR meluluskannay atas dasar 'keintiman' dengan DAP . Bermula dengan penahanan JAIS terhadap puak Kristian berhubung Al Kitab yang didakwa DAP menyalahi 'undang-undang' , kini 'isu' tersebut telah di'tonjolkan' sebagai satu ancaman terhadap 'kebebasan beragama' dan DAP berserta PKR dan PAS dijangk akan membuat satu rang-undang-undang baru bagi 'menghalalkan' tindakan mereka. Dan sekali gus penguasa Islam akan dilihat  sebagai 'penguat kuasa  propa' .

Dengan ketegasan yang dibuat olih DAP memungkinkan Kerajaan Selangor yang dipimpin Khalid memulangkan 'rampasan' yang ditahan olih penguasa JAIS. Atas desakan DAP terhadap Khalid maka, Kerajaan Selangor dengan 'muka tak tahu malu' mengiktiraf 'kelantangan' atau 'kuasa DAP' didalam hal-hal pentadbiran terutama yang bersangkutan dengan ;penguatkuasaan agama Islam.

Tindakan ini secara langsung telah mencemar nama baik dan intregriti JAIS sebagai badan yang menguatkuasakan undang -undang Islam dan  kesejanteraan agama  Islam. Memandangkan Kerajaan Selangor dilihat amat 'takut' terhadap 'abang besarnya' iaitu DAP, semua penguatkuasaan undang-undang berhubung Islam dibolihkan untuk dipertikai olih mana-mana pihak.

Dengan keberanian DAP serta ketakutan PKR dan PAS untuk hilang kuasa maka segala 'kemahuan' DAP pasti dituruti selepas ini. Olih itu berkemungkinan undang unadang terhadap judi, zina, rogol, cabul, liwat dan seangkatan dengannya akan di'halal'kan dibumi Selangor dan berkemungkinan agama Islam tidak lagi menjadi agama 'resmi' dibumi tersebut.

Nampaknya Selangor akan ,menjadi negeri pertama yang akan men'yah'kan nama Darul Ehsan dan Islam dari 'perlembagaan negeri' yang akan diubahnyanya. Dan berkemungkinan jawatan ketua agamanya juga akan disandang olih ketiga-tiga wakil parti iaitu  Cina, Melayu dan India dan kemungkinan Sultan Selangor hanya akan bertindak sebagai peresmi Persidangan  saja dan tidak lebih dari itu.

Memandangkan DAP sudah berkuasa penuh diSelangor maka segala kemungkinan pasti akan  berlaku dan akan berlaku selagi PAS dan PKR bertindak sebagai 'boneka' kepada DAP atau Cina. Memandangkan DAP  mempunyai 'kerusi' lebih dalam negeri Selangor maka berbagai 'perubahan' akan dibuat bagi menjamin kelangsungan politik kaum Cina dan DAP

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Menteri Besar Khalid kerana 'membenarkan' segala yang' ditentang olih umat melayu untuk menjadi kenyataan dan kemegahan untuk  bukan Melayu dibumi Selangor..

                                                     Tergadai! Tergadai! Tergadai!

                                                      Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Ye pun jadi pak pacak pegang tombak masa angkat sumpah jawatan MB. Ingatkan tombak tu untuk menikam atau membela IMR tapi untuk jaga DAP.

    ReplyDelete