Wednesday, 8 January 2014

THE PROMISED LAND : MELAYU AKAN MATI TEGAK DIBAWAH NAJIB !!!

NAJIB PUNCAMELAYU  MATI BERAGAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Ingatkan paneh sampai kepetang rupa-rupanya hujan petir ditengahari.Sebelum PRU 13 berbagai janji dikalungkan dileher orang Melayu olih Najib. Bermacam-macam 'janji manis mu' atau 'gula-gula' diumpankan kepada Melayu sehinggakan kebanyakan Melayu tergoda dengan janjinya. Tetapi kemenangan ramai calon UMNO di Parlimen mahupun DUN bukanlah kerana BN atau UMNO ataupun Pemimpinnya 'boleh pakai' tetapi disebabkan faktor tidak mahu Cina berkuasa melalui proksi mereka iaitu PKR dan PAS menyebabkan undi Melayu disatukan kepada BN yang dibarisi olih pemimpin Melayu. Walaupun terdapat juga calon Melayu yang terkulai namun majoritinya tetap berpihak kepada UMNO.

UMNO yang dijaja dan yang akan 'memayung' nasib orang Melayu telah mula 'beralih kiblat' sedikit demi sedikit . Ingatkan  dengan menggantikan Pak Lah dengan Najib akan menambahkan keriangan tetapi apa yang berlaku 'keadaan'nya lebih buruk berbanding Pak Lah. Kalau Pak Lah memerintah rakyat hanya terfokus kepada KJ dan Kroni yang didakwa 'berkuasa' dan 'berleluasa' terutama 'Geng Tingkat 4. Tetapi apa yang terjadi kini lebih besar 'kemusnahan' berlaku .

Rakyuat  ingatkan Najib lebih besar dan 'gah' dari yang lain tetapi  rupa-rupanya Rosmah dan Konsultan pula lebih berkuasa dari Najib. Inilah yang menghantui 'kerajaan Najib' masa kini yang rakyat tidak digemari olih rakyat melihatnya. Watakj Rosmah yang 'jobo' kata orang Negeri Sembilan, dilihat amat 'berkuasa' berbanding Najib serta ahli kabinetnya selain dari Idris Jala dan Omar Ong.

Kegilaan Najib didalam memperkenalkan 'transformasi' yang dicadangkan olih PEMANDU yang memakan belanja berbillion ringgit untuk fee  'konsultant' telah 'memakan diri'. Memakan diri bukan kepada diri Najib tetapi 'malapetaka' yang sebenarnya yang dijebak adalah 'ekonomi Malaysia'. Disebabkan terlampau 'teruja' dengan 'cerita dongengan' PEMANDU yang menjanjikan 'nikmat' telah menyebabkan 'Fitch Rating' menurunkan 'taraf' ekonomi yang dilihat sudah semakin 'mencemaskan'.kewangan negara.

Najib diibaratkan seperti 'sudah terhantuk baru nak mengadah' mula , mencaturkan semua 'langkah'nya melalui PEMANDUdan memperkenalkan pula satu strategi bagi mengimbangi 'kecacatan kewangan'. Dengan alasan 'resionalise ekonomi' maka beberapa 'subsidi' ditarik bagi 'memenuhkan' kantung Kerajaan dengan 'menyolok' saku rakyat secara paksaan.

Sememangnya ekonomi atau golongan peniaga majoritinya adalah bukan Melayu. Majoriti pembekalnya adalah dari kaum mereka juga Olih itu orang Melayu tiada 'pilihan' kecuali terpaksa 'menghantar' kepada kaum mereka bagi 'mendapatkan bekalan , dari barang makanan sehinggalah keperluan lain. Semua nya Cina.

Kini perbelanjaan orang Melayu pertengahan dan bawahan semakin 'tersekat'. Adakah dengan pemberian BRIM itu akan meningkatkan pendapatan atau adakah pemberian yang diberikan yang tidak seberapa itu dapat menampung segala kenaikan?

Apa yang dilakukan oleh Najib sebenarnya adalah 'menjerut leher' orang Melayu. Atau adakah Najib hanya mahu Melayu hanya makan telor goreng setiap hari atau makan ayam dan ikan sebulan sekali dan bersayurkan 'kangkong' atau 'paku pakis' sebagi hidangan setiap hari?

Kalau beginilah nasibnya Melayu yang diinginkan Najib untuk dibawa keera negara Maju 2020, saya rasa 60% daripada orang Melayu akan tinggal didalam tahap 'kemiskinan' yang tiada rumah dan mungkin akan makan hanya sekali sehari dan akan terdapat juga makhluk yang bernama Melayu akan mati kebulur atau terpaksa 'berpuasa berhari-hari'.

Segala apa yang dirancang olej Najib hanya sekadar 'menyedapkan' telinga. Melayu hanya akan dengar cerita pemimpin bermewah-mewahan, memiliki kereta jenama mewah, bercuti-cutian diluar negara serta pernikahan taraf 'hollywood' bagi anak dan generasi mereka. 

 Apa yang orang Melayu dan Najib akan  saksikan ialah 'demonstrasi' berpanjangan .

                                                    ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

3 comments:

  1. Ku ingatkan bangkrap 2019,rupanya 2014.......

    ReplyDelete
  2. Duit sewa rumahpun dah naiklah bro.Naik sampai 40%. Bil elektrik penyewa yang bayar.Ini Teori ekonomi apa?.Ini semua spekulasi tanda harga yang melampau.Penangan dan tersampuk dengan rasionalisasi subsidi.Gaji cukup2 makan dah jadi gaji tak cukup makan.

    ReplyDelete
  3. Najib ingin menjadkan Melayu sebagai bangsa 'belasahan'. atau Kerbau dicucuk hidung!!

    ReplyDelete