KEKAYAAN MELEBIHI PENDAPATAN MULA MENYIMPAN DUIT SEDARI LAHIR LAGI!!! |
Terima kasih Blog : House PK
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Beginilah keadaannya diantara dua darjat.
Kekayaan Pemimpin UMNO "yang terlampau" walaupun rakyat dibawah sedang 'tenat' ekonomi. Tidakah wajah dibawah ini 'menginsafkan' diri pemimpin UMNO!!!
Tidakkah wajah anak ini melambangkan perjuangan UMNO yang di kata berjaya selepas 60 tahun Melayu memegang tampuk kuasa??
Ini kisah nya !!!!
"Bayar Yuran Sekolah Pakai Duit Syiling]Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00.
Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00.
Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini.
Kisah benar diantara dua darjat: Inikah perjuangan dan kemegahan pemimpin UMNO yang
berjaya diketengahkan untuk tatapan rakyat. Salahkah Melayu kalau berkira-kira untuk menolak
pemimpin UMNO??
Tepuk dada tanya selera. Masihkah Melayu mahu bermimpi!!!
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment