BRIM PERLIHATKAN KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN DALAM 'MENGURUS' HAL EHWAL RAKYAT |
RM 3 BILLION CUKUP UNTUK MENSTABILKAN HARGA BARANGAN
RM1.6 BILLION MENGCUKUPI UNTUK MEMBANTU WARGA MISKIN
KERAJAAN BAGI FREE RM 4.6 BILLION APA FAEDAH UNTUK JANGKA
PANJANG?
BULAN INI MASAALAH DIKATA SELESAI TETAPI BULAN DEPAN??
MASAALAH TETAP SAMA JUGA!!!!
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Dari utara hingga keselatan lalu menyeberangi Laut Cina Selatan untuk sampai di Sabah dan Sarawak maka setiap individu yang mendakwa berpendapatan kurang dari RM3,000 samaada yang bujang ataupun yang sudah berkeluarga telah diberikan 'suntikan ' 1BRIM olih Kerajaan Samaada pemberian ini dapat mencapai 'objektif' untuk meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup atau sebaliknya, bukanlah satu jaminan.
Melalui dana rakyat yang diambil dari 'subsidi minyak' serta beberapa 'kenaikan lain' yang dikata untuk melestarikan 'ekonomi negara serta 'memampankan' kewangan Kerajaan yang sedang melalui arus 'defisit' , sekali lagi Kerajaan mengeluarkan dana sebanyak RM4.6 billion untuk tujuan ini bagi melaksanakan 'apa yang dijanji' seperti yang diwar-warkan.
Apa yang dipersoalkan disini adakah perlu generasi yang berumur dibawah ketegori 30 tahun layak menerima 'pemberian' ini?
Pengagihan yang dikata Kerajaan untuk membantu golongan yang 'susah' ini dilihat satu 'pembohongan'. Sepatutnya pemberian ini dikhaskan untuk mereka-mereka yang benar-benar susah saja dan bukan kepada mereka-mereka yang sengaja 'berlakon susah'. Tanpa 'melihat' gender mahupun bangsa, maka, sewajibnya '1BRIM ini diagihkan kepada mereka.
Tetapi apa yang berlaku, mereka-mereka yang mempunyai 'kederat' untuk berusaha dan masih segar bugar disegi tenaga, tetap juga diberikan 'bantuan ini. Sekali gus 'usaha yang didakwa' sedekah' olih Najib ini bertentangan dengan 'sifat bantuan itu sendiri'. Sepatutnya 'pemberian' ini diagihkan kepada mereka yang benar-benar 'susah' atau setara dengan 'maksud daif'' agar golongan ini dapat berusaha untuk meningkatkan diri mereka. Maka pemberian itu adalah satu 'keberkatan' untuk sipenerima.
Apa yang dibuat Kerajaan yang memberikan 'pertolongan' secara sama rata dengan tidak melihat 'kesusahan' penerima itu sendiri dilihat sebagai 'pembeli jiwa'. Kemungkinan implikasi yang lebih buruk terhadap kewangan negara sekiranya 'skim' ini diteruskan diliht sebagai 'menggantung diri'. Maka , pemberian itu bukanlah sesuatu yang wajib malah memudaratkan untuk jangkamasa panjang pula.
Sepatutnya dana yang sediaada digunakan untuk perkara yang lebih bermenafaat agar hasilnya dapat kongsikan bersama-sama rakyat. . Menggunakan 'dana' untuk menstabilkan harga atau menggunakan dana untuk kesejahteraan rakyat atau mendapatkan bahan bahan makanan yang jauh lebih murah dan berkualiti untuk pasaran rakyat tempatan adalah jauh lebih baik dari apa yang diberikan.
Dan sekiranya Kerajaan membelanjakan setengah dari RM4.6 Billion itu yang bersamaan RM2.3 Billion untuk membantu secara terus terhadap golongan yang benar-benar 'kesusahan' atau 'daif' inshaallah, orang ramai atau rakyat akan faham dan sebahagian lagi iaitu RM 2.4 Billion digunakan pula seperti yang diutarakan, barulah nampak 'keseriusan' Kerajaan didalam 'meringankan bebanan rakyat'.
Kerajaan sebenarnya tidak membuat kajian menyeluruh terhadap tahap kesusahan rakyat yang sebenar-benar susah dan daif. Apa yang terjadi kini, ramai yang mengambil kesempatan dari 'duit free' ini tanpa rasa bersalah. Itulah yang terjadi. Golongan yang mengambil kesempatan ini sebenarnya ibarat 'lintah darat'. Sifat hidup bermaruah bukan menjadi ukuran, olih sebab itu ramai yang mendaftar untuk duit 'free' ini. Disini silapnya.
Sebenarnya ramai rakyat yang berusaha untuk menambah pendapatan samaada melalui berniaga kecil-kecilan atau apa saja cara bagi menampung kos kehidupan keluarga tetapi apabila kos barangan dipasaran naik mendadak, kos utiliti dinaikkan Kerjaaan maka, akan terkuranglah isi poket rakyat, ini yang rakyat marah dan bantah. Bukan hendak 'merendahkan RM650 atau RM300 itu, tetapi apakah nilainya jika dibandingkan untuk perbelanjaan untuk setahun??? Adakah mencukupi untuk perbelanjaan seorang anak disekolah? Kalau sebuah keluarga mempunyai 4 orang anak, macammana??? Bolihkah RM650 bolih menyelesaikan masaalah kewangan sepanjang tahun??
Untuk itu Kerajaan perlu 'menilai' semula 'bantuan duit free' ini, Meringankan beban rakyat untuk jangkamasa panjang adalah tuntutan. Untuk itu seeloknya Kerajaan memikirkan semula bagaimana cara terbaik untuk meringankan 'poket' rakyat agar 'keharmonian kekeluargaan' dapat di nikmati secara berterusan.
Rakyat tidak lagi termakan dengan cara lama, nak undi bagi duit, nak pikat pengundi 'buat projek', kalau semuanya hanya berkait dengan 'duit' untuk mendapat kepercayaan, inshaallah, dengan duit itu sendiri anda akan diturunkan. Rakyat dan menyampah !!!!
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment