Sunday, 9 February 2014

THE PROMISED LAND :MANA KIBLAT KAU NI USTAZ WAN JI???

ISLAM BENTUK INI YANG DIANUTI OLIH MESIR DAN PAKISTAN
ADAKAH ISLAM BEGINI MENJADI IDOLA USTAZ WAN JI???
PATUTLAH AHLI PAS SUKA 'BUAT 'DEMO' JALANAN!!!



Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata ustaz PAS
The Malaysian Insider. 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Berkiblatkan kepada Mesir dan Pakisan yang dikata mengikut ajaran sebenar Islam serta mendapat pendidikan dinegara tersebut telah 'merubah' pandanganya terhadap 'amalan' dinegara ini yang dikata 'bersalahan' dengan tuntutan Islam sebenar sekali gus menyalahkan agensi Islam terhadap berlakunya" murtad' dinegara ini.

Tanya kepada 'Ustaz PAS dari Mesir' tu, kalau benar Mesir dan Pakistan mengikut 'Islam' seperti yang didakwanya bertepatan dengan 'ajaran Nabi Muhammad s.,a.w, kenapa 'negara Mesir masih lagi belum reda dari 'pembunuhan' sesama Islam? dan 'kuasa' yang direbut 'mengakibatkan ribuan nyawa melayang. Adakan Islam Mesir yang diuarkan-uarkan itu bertepatan dengan 'sunnah' Rasullulah? Dan begitu juga dengan Pakistan, adalah negara itu 'seaman' dan 'seindah' seperti yang diperkatakan olih Ustaz Pas tu?

Adakah beliau 'mengagungkan' bahawa pengikut Islam di Mesir dan Pakistan yang dikatakan 'mengikut Islam sebenar telah sanggup menjadi 'pejuang yang berhati buta' yang sanggup 'meletupkan diri serta membunuh jiwa yang tidak berdosa, hanya kerana 'berbeza' pendapat?Inikah Islam yang dikata 'sebenar ajaran Rasullulah"? Adakah ini yang diagungkan olih Ustaz Wan Ji ni?

Jangan mendabik dada dan , menuduh apa yang cuba dilakukan demi kebaikan ini dipandang 'sinis' olih beliau? Sepatutnya beliau, yang mengaku hebat dan berkelulusan dari Mesir dan 'mengerti' serta 'arif' dalam hukum Al Quran' seperti yang didakwa sepatutnya 'menggunakan ilmu didada untuk membelai hati bukan Islam tentang 'keagungan' Islam? Bukan 'merosakkan'. Sekiranya 'jiwa telah digadai kepada sesuatu perkumpulan' maka, apa yang dipandang hanyalah satu arah. Jangan kita mengakui bahawa 'pendapat'. kita saja yang benar dan menafikan pandangan orang lain, itu bukan 'ahli agama' namanya.

Macammana nak jadi pemimpin sekira dirikita juga gagal sebagai 'hamba; kepada Allah SWT.
Kerana terlalu angkuh dengan kata-kata yang 'berkiblatkan' kepada PAS dan pernah menjadi 'ahli Majlis Syura Pas, yang diagungkan itu, saya nak bertanya. Sudah berapa ramaikah 'hati-hati bukan Islam' yang telah dipujuk dan berapa ramai pula hati bukan Islam 'menerima Allah SWT sebagai Tuhan dan mengaku Al Quran itu benar dan menerima Nabi Muihammd s.a.w sebagai Nabi dan Rasul terakhir yang berjaya diusahakan olih Ustaz Wan Ji??

Pengajaran Islam yang mana satu Ustaz Wan Ji ikut. Mesir atau Pakistan?? Sebab keduanya-duanya extrim.

KALAU WAN JI BERPEGANG KEPADA ANUTAN ISLAM PAKISTAN
DAN LAMA PAS BANGUN MENENTANG CINA DAN KAFIR YANG
MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Jangan mendabik dada menyalahkan orang lain. Murtad bukan kerana kelemahan ajensi atau sesiapa tetapi ilmu diri sendiri yang 'kurang' dan 'kurang keimanan', adalah puncanya, kerana 'tunjuk ajar dari ibu bapa serta kasih sayang didalam keluarga' yang 'berkecamuk' serta tidak mengikut aturan sebenar Al Quran serta Sunnah adalah punca segala nya. atau adakah Ustaz Wan Ji ingin menafikan 'kebenaran Firman ALlah ini??
       "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
        kepadamu (wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut ugama mereka
        yang telah terpesong itu)."


Seorang bekas ahli majlis syura PAS yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.

Saya tidak mahu mengulas panjang terhadap apa yang diperdebatkan cuma mengingatkan diri yang mengaku 'Ustaz Wan Ji' . Adakah Allah yang dikata Tuhan tiga dalam Satu itu adalah Allah SWT yang disembah dan yang diakui olih umat Islam??serta yang diangkat olih Nabi Muhammad s.a.w sebagai Yang Maha Esa? dan juga tuhan yang sama yang Ustaz Wan Ji 'kenal' akan sifat-sifatnya itu sama dengan Allah yang dituntut Gereja Katolik?

                                       
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Ustaz Wan Ji ada juga kehebatannya, sekurang2nya dia berani menukar cara2 berdakwah, membawa Islam yg lebih dynamik dan terbuka ... teruskan usaha murni ini Ustaz Wan Ji.

    ReplyDelete