Saturday 15 February 2014

THE PROMISED LAND : PERCATURAN DAN GANJARAN YANG MEMISAHKAN




Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Jaja sana jaja sini, itulah yang dilontarkan olih Najib iaitu penyatuan untuk menjadikan satu bangsa Malaysia atau yang Najib 'slogankan' sebagai 1 Malaysia.

Bagaimana nak menyatukan semua bangsa sebagai 1 Malaysia sedangkan diawal penbemtukan jati diri sesebuah bangsa itu telah dipisahkan melalui sistem pendidikan. Anak India akan kesekolah Tamil, anak Cina akan ke sekolah China dan tinggallah Melayu didalam persekolahan yang ditaja Kerajaan iaitu campuran sedikit Cina dan sedikit India.

Untuk itu semangat untuk bangsa Melayu berkongsi cara penghidupan seharian dengan bangsa selain Melayu bukanlah masaalah . Tetapi apa yang membimbangkan kaum India dan kaum Cina dibenarkan untuk membuat pilihan samaada untuk berada dikelompok sendiri atau bercampur dengan kaum majoriti Melayu bukanlah paksaan.

Dengan kebenaran yang dibenarkan didalam sistem pendidikan mengikut kaum sebenarnya tidak baik untuk perpaduan kaum serta masa hadapan negara. Namun semua itu tidak dipedulikan olih Kerajaan. Perbezaan pendapat, perbezaan ideologi, perbezaan agama menjadi 'satu' halangan untuk penyatuan rakyat dinegara ini.

Sepatutnya selepas 50 tahun mengecapi kemerdekaan, rakyat negara ini terutamanya Cina dan India sepatutnya bolih menerima Melayu dan Islam sebagai pegangan utama kaum majoriti ini. Namun disebebkan 'terlalu' 'berkelompok' didalam bangsa sendiri, maka, sifat curiga terhadap kebaikan yang ingin dicaturkan untuk rakyat negara ini selalu dicurigai .

Itulah yang membelangu masa depan negara ini. Atas alasan untuk tidak mahu 'menyatukan' masyarakat serta ingin meneruskan agar masyarakat dinegara ini sentiasa 'berada; dalam situasi 'curiga-mencurigai' sesama sendiri dan menginginkan agar masyarakat di Malaysia tetap 'terpecah' maka dengan bangganya Najib menghulurkan lagi dana sebanyak RM100 juta untuk SRJK(T).

Nampaknya apa yang didendang parti pemerintah untuk menyatukan perpaduan kaum dinegara ini hanyalah retorik semata dan apabila Najib bertindak 'memileh' 'jaguh Hindraff' sebagai Menteri untuk 'menyejukan masyarakat India yang miskin "konon'nya' telah meletak jawatan. Tujuan Hindraff untuk 'bersama-sama' kerajaan didalam 'perjalanan untuk perpaduan' tidak dilayan Najib, mengakibatkan Wythyamoorty Timbalan Menteri yang dilantik Najib meletak jawatan tanpa merujuk kepada Najib.

Dengan tambahan dana RM100 juta yang diberikan olih Najib, akan, membuatkan lagi masyarakat Malaysia dinegara ini semakin 'terbahagi' mengikut bangsa. Olih itu apa yang cuba digerakkan Najib untuk penyatuan rakyat hanyalah cerita dongeng semata.

Semakin banyak sekolah berlainan aliran dikembangkan, semakin jauh 'kesefahaman' sesama rakyat akan terjadi. India dengan kaumnya, CIna dengan caranya dan Melayu dengan jalannya. Pada akhirnya 'kemusnahan' dan 'persengketaan' sesama kaum pasti berlaku. Dan 'wajah-wajah' untuk 'pertembungan' itu sudah ,mula 'berlaku' hanya menunggu detik untuk meletup berskala besar saja.

                                            ikhlas dari : Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment