Sunday, 23 March 2014

THE PROMISED LAND : MH 370 B 777-200 : PENCARIAN SECARA"ALTERNATIF" PERLU DI SEPADUKAN

MENYINGKAP GUNA PAKAI TEKNOLIGI  'DUNIA' SEBELAH
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Sudah sampai masanya bagi kerajaan untuk menggerakkan satu lagi cabang bentuk pencarian . Kalau selama ini kita hanya menumpukan pencarian melalui peralatan ciptaan manusia yang sehingga kini didapati gagal untuk menemukan 'bangkai' pesawat tersebut . Berbekalkan peralatan yang dianggap canggih serta termoden dialaf ini, namun, keberhasilan yang diharapkan amat mengecewakan.

 Walaupun agak kelewatan namun untuk menjejaki atau mengetahui kejadian sebenar atau motif disebalik kehilangan ini , inshaallah,ini bolih dilakukan.

Dari sebesar-besar negara sehingga ke negara yang menggunakan peralatan mereka juga sehingga hari  ke 15 ini juga membuktikan 'kehebatan' peralatan yang didakwa mampu 'mencerap' sehingga ke planet Marikh ternyata gagal sepenuhnya.

Dikabarkan segala asset serta sistem radar yang dijual peralatannya kepada negara pengguna yang berbillion dollar harganya dan yang dikata bolih mengesan 'sebatang' paku  yang tersembunyi didasar air mahupun dalam tanah juga tidak menghasilkan apa-apa.. Secara logiknya sistem yang diperkatakan 'hebat' ini hanyalah tipuan semata dan bolihlah kita simpulkan bahawa pembelian ini  hanya sekadar 'pembeli' ' besi buruk tarafnya.

Diharap ketika ini 'para ilmuan' yang berkepakaran 'diluar' imiganasi kotak pemikiran manusia harus tampil kehadapan untuk 'menjejak' pesawat ini melalui kepakaran yang berlandaskan 'spritual' .Diharap jabatan dibawah JAKIM digerakkan untuk memulakan 'pengumpulan' individu-individu istemewa ini dengan segera.

Saya berpandangan bahawa 'hanya' istillah' ini saja yang bolih merungkai 'kehilangan' yang 'diajendakan' olih pihak luar ini.

Sekiranya kesepaduan untuk 'menterjemahkan' 'keistemewaan individu-individu' ini dapat direalisasikan , inshaallah 'jawapan' kepada persoalan ini , bolih dirungkai dengan cepat dan tepat..

Hanya keikhlasan, jiwa yang tenang , jiwa yang tidak terjual, serta mereka yang bersendirian bermunajat dan berdzikir sesuci hati saja yang bolih menyahut 'permasaalah ini. Sedalam manapun lautan, seluas manapun daratan dan sedalam mana pun tanah yang menanamnya, inshaallah, jawapan nya pasti diberikan olih Yang Mengetahui.

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment