TANGAN-TANGAN GHAIB SEDANG MENGATUR |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Rakyat masih menagih janji- janji ANWAR IBRAHIM seperti apa yang diucapkan di Kajang dulu.
Saya isytihar RM1 bersamaan US$1 jika menang di Kajang, kata Anwar
"Menang sahaja saya, saya isytihar RM1 bersamaan US$1 di Kajang.
Tidak samakah kemenangan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim? Berbezakah? Bukankah mereka tidur dikatil yang sama dan rumah yang sama kan mereka tu suami isteri, jadi apa masaalahnya..apa yang nak ditangguh-tangguh lagi.
Kan PKR yang menang...habis tu apa Anwar Ibrahim tunggu lagi, saya rasa dah tiba masanya untuk Anwar Ibrahim menyamatarafkan nilai ringgit dengan Dolar Amerika.
Atau Anwar Ibrahim sememangnya menunggu selepas 1 Mei untuk menyamatarakan ringgit Malaysia dengan matawang Amerika. Manalah tahu...'perancangan' untuk 'menyahkan' Kerajaan yang sah ini akan berjaya dilakukan semasa 1 hb Mei..tambah-tambah lagi ..mungkin 'green light' pun dah dapat dari sekutunya di US untuk 'meleburkan' negara ini melalui revolusi jalanan.
Wahai rakyat negara 'Tanah Melayu !!! sedarlah bahawa ..'tengkok' negara ini didalam bahaya. Kalau dahulu sekutunya berada jauh ..nun..di Amerika..tetapi kini..yakinlah..mereka-meraka ini..iaitu CIA mahupun FBI sudah berada dinegara ini dan sedang mengatur rapi perancangan untuk 'meleburkan' apa yang kita bina.
Segala cerita buruk serta kelemahan Kerajaan mahupun kelemahan pemimpin sudahpun diketahui mereka tanpa mereka perlu 'mencari'. Segala keburukan dan salahlaku pemimpin sengaja digembar gemburkan dinegara luar agar 'tindak tanduk' Kerajaan yang bakal dilakukan nanti bakal dilihat olih sekutu mereka sebagai "tidak berperi kemanusiaan' atau melanggar 'hak asasi manusia' dan sekali gus mengharapkan kepimpinan negara akan dicemuh dan di 'label' sebagai negara yang 'berfahaman muslim yang extremis"..
1 hb Mei adalah 'tarikh' keramat bagi mereka untuk menghuruhara keamanan negara ini. Dan tarikh itu jugalah yang bakal dijadikan 'sejarah' untuk mereka INGATI sebagai 'tanda' berkuburnya, Najib, UMNO dan BN .
Kini dimerata ceramah yang dilakukan olih geng Pakatan , hemburan kata-kata "menghasut' serta 'menyeru' agar rakyat sama-sama turun kejalanan untuk bersama mereka atas alasan GST amat 'lantang' sekali.kedengaran..
bersama-sama turun kejalanan tanpa mandi kerana catuan air
ReplyDeletetinggal di negeri terkaya di malaysia tanpa mandi apatah lagi bab2 bersuci yang lain dengan sempurna....
what is gst bagai tanpa bekalan air yang cukup untuk keperluan asas rakyat....???
pelabur asing pun akan cabut lari kenegara yang lebih mesra air
ada dia kesah...???