Thursday 24 April 2014

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : MH 370 B 777-200 ANTARA REDA DAN KETERPAKSAAN

TIADA SIAPA DAPAT MELARIKAN DIRI DARI
KEMATIAN.
MATI   ITU  PASTI..



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Angka 50 hari sudah menghampiri akan 'kehilangan' pesawat gergasi iaitu MH370 B777-200 milik MAS  dan setiap denyut nadi rakyat Malaysia mungkin juga rakyat seluruh dunia sudah pun berpatah harap dan menjangkakan bahawa peluang untuk 'menjumpai' bangkai mahupun serpihan ataupun cebisan dari 'tubuh badan MH370' adalah tipis atau pun 'kosong'.

Walaupun berbagai-bagai kaedah mahupun peralatan canggih digunakan dan banyak tenaga manusia digembeling mahupun dikerah untuk tujuan ini namun hasilnya tetap sama dan menghampakan. Walaupun setiap negara yang terlibat dalam misi pencarian ini menggunakan 'dana' sendiri dalam misi yang dinama atas 'ikhsan kemanusiaan' atau sifat  'tanggung jawap' terhadap[ setiap jiwa, namun kita mesti reda dan pasrah dan  untuk berapa lamakah pencarian ini  bolih bertahan hanya masa saja yang menentukan.

Tidak perlu mengulangi apa yang telah saya  dituliskan sebelum ini, memadai untuk kali ini saya menyarankan kepada yang terlibat mahupun keluarga yang 'tertimpa' musibah ini, redalah dengan 'ketentuan' ini, bahawa apa yang dicari dan apa yang diharapkan untuk 'miracle' berlaku atau 'keajaipan' terjadi untuk kes ini dengan kembalinya 'yang tersayang', ke pangkuan keluarga adalah pengharapan yang menghampakan.

Terimalah hakikat bahawa 'kesemua nyawa' yang terkandung didalam pesawat MH 370 B777-200 telah 'diputuskan' hubungannya dengan alam ini. Kesemuanya telah 'kembali' kepada Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.

Walaupun pengejandaan ini 'diizin'kan olih Yang Maha Kuasa, namun, sebagai makhluk yang diciptakan Nya, kita wajib meredai 'pemergian' mereka secara 'terpaksa'. Kekadang kita merasakan kita mempunyai pilihan tetapi pada hakikatnya 'pilihan' itu adalah 'gerak' Allah SWT yang 'tidak' terbaca olih 'hati' dan pandangan  mata manusia.

Walau bagaimana perit sekali serta  dalamnya kesedihan yang dirasa dan  dialami olih setiap jiwa yang 'terkesan' terhadap 'peristiwa' ini, hanya kepada Allah SWT jua lah kita pohonkan kerahmatan agar 'jiwa dan hati' kita ditenangkan dan jangan sekali-kali 'menyalahkan' ketentuan dan 'takdir'  Allah SWT, ' hidup dan mati' manusia adalah ketentuan Nya namun 'pilihan tangan-tangan ghaib' yang dengan sengaja 'merengut nyawa' manusia lain tiada daya dan upaya kita menghalangnya 'melainkan' Allah SWT jua.

Tiasa apa lagi yang perlu dinanti mahupun yang  dicari kerana 'pemergian' mereka adalah dirancang dan kehilangan 'pesawat' adalah disengajakan. Bukan Kerajaan kita yang bertanggung jawap tetapi 'musuh' kita yang 'mengajendakan'. Tiada apa yang bolih Kerajaan kita lakukan demi 'menggagalkan' ajenda ini, kerana 'kuasa luar' lebih 'besar dan hebat' berbanding teknologi yang dimiliki.

Apa yang dikesali hanyalah Kerajaan kita terlalu alpa dan lemah didalam isu keselamatan. Bukan saja nyawa rakyat tempatan tetapi nyawa orang lain juga perlu diberikan 'perlindungan' sewajarnya apabila berada dibumbung kita. Keterlewatan Kerajaan mahupun ajensi keselamatan yang lewat bertindak  apabila sesuatu  berlaku dinegara ini amat dikesali. Kelonggaran serta sikap ketidak bertanggungjawapan sesetengah ajensi Kerajaan terutama yang berhadapan dengan 'kemasukan' warga asing, pencerobohan terhadap kedaulatan negara, serta beberapa lagi insiden yang besar yang melibatkan keselamatan negara'.tidak dijadikan 'iktibar' untuk lebih berhati-hati mahupun 'beringat', kerana 'kelalaian' tersebut maka 'negara' dikejutkan dengan 'Trajedi MH370.

Kelonggaran serta sikap ambil mudah anggota Kerajaan terutama yang diberi 'amanah' untuk 'memantau pergerakan kemasukan' warga luar terutama Jabatan  Imigresen serta Polis dan Tentera yang dikata berkawal 24 jam dipintu masuk negara serta perairan negara , juga 'gagal' untuk mengesan kemasukan 'pendatang' yang berbondong-bondong ramainya. Begitu juga dengan kemasukkan 'dadah' secara besar-besaran kenegara ini, bagaimana perkara ini bolih 'lantas' sekiranya pengawasan dibuat dengan 'teliti' yang dibantu dengan berbagai peralatan canggih?

Inilah diantara kelemahan-kelemahan yang amat ketara dan yang membimbangkan rakyat. Kalau dikira dengan peruntukan yang disediakan dan yang telah dibelanjakan yang berjumlah berbillion ringgit untuk tujuan ini, tetapi hasilnya amat menyedihkan, itulah yang menyakitkan hati.

Walau apa pun dinasihatkan kepada semua agar sentiasa persiapkan diri untuk perkara yang lebih besar yang bakal 'mengunjungi" , kalau setiap jiwa mampu mempersiapkan diri dengan ' Al Fatihah' sebanyak 30,000 bacaan dalam masa 3 bulan serta diselang selikan dengan ' la ilaha ailallah' sebanyak 100,000 dalam yang sama, inshaallah, 'miracle besar' bakal 'mengungungi anda'. Inshaallah, segala 'kemungkinan penyakit' yang berisiko tinggi untuk 'menghamiri' diri kita bakal terhindar.

                  Lakukan kerana Allah SWT dan bukan kerana mengharapkan balasan
                                     
Yakinlah...Allah SWT akan berserta kamu!!!!

                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment