KELEMAHAN KEPIMPINAN KERAJAAN BAKAL DI PERSALAHKAN |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
1 hb Mei merupakan tarikh keramat untuk semua yang bergelar buruh. Tidak mengira apa status sekalipun semua yang berkerja dilebel sebagai 'buruh'. Ada buruh kaya dan ada juga buruh yang meskin dan ada buruh yang menggajikan buruh dan ada juga buruh yang sememangnya buruh. Olih itu tarikh 1 hb Mei adalah hari untuk mengiktiraf 'buruh' dan digesettekan sebagai cuti umum.
Kenapakah Anwar Ibrahim dan gerombolan pakatannya memilih 1 hb Mei sebagai hari untuk 'menundukkan' Kerajaan. Dengan alasan 'rakyat ditindas' dengan GST maka gerombolan ini telah memulakan kempennya diserata pelosok negara untuk rakyat sama-sama menghadirkan diri untuk sama-sama membantah kenaikan GST yang didakwa 'kejam' ini. Apakah objektifnya? Adakah benar bahawa 1hb Mei yang diwar-warkan ini benar-benar diadakan untuk 'memeras' Kerajaan agar GST digantung dahulu atau ada ajenda tersembunyi?
Pertama, semua telah maklum bahawa Mahkamah telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim didapati bersalah diatas tuduhan 'meliwat' Saiful Bukhari dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun namun diatas alasan keadilan maka kebenaran 'rayuan' masih lagi diberikan hak kepada Anwar Ibrahim sebagi 'pesalah' untuk membuat rayuan. Dalam masa sesingkat ini keputusan terhadap 'rayuan' tersebut hanya akan diputuskan apabila 'file rayuan' dikemuka' kepada Mahkamah dan hari ini merupakan hari terakhir untuk 'team peguam Anwar' memfilekannya.
Anwar sebenarnya sedar dan pasti bahawa kali ini 'beliau' tidak akan terlepas kerana segala pembelaan yang dilakukan olih 'team'nya dan percakapan yang dibuat olih Anwar Ibrahim di mahkamah didapati sebagai 'penafian' semata, olih itu 'peluang' untuk Anwar 'terlepas' amat tipis dan kemungkinan untuk 'dihantar' kepenjara adalah tinggi. Untuk 'menafikan' agar ''undang-undang' dinafikan untuk dikenakan keatas beliau maka satu perancangan untuk 'mengugurkan' pemerintahan sediaada perlu digerakkan. Olih itu 1hb Mei adalah 'kemuncak'nya.
Perlu diingat bahawa Presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama akan tiba dinegara ini minggu ini dan semua sedia maklum bahawa sebelum Obama menjejakkan kakinya dinegara ini keseluruhan kekuatan 'inteligen'nya telah pun sampai terlebih dahulu kemungkinan 2 bulan lebih awal dari 'tarikh' lawatan Presiden mereka. Jangan lupa , kes MH 370 masih lagi 'dalam' pencarian dan pusat sumber 'informasi' adalah di Kuala Lumpur dan kebanyakkan wakil -wakil media diseluruh dunia masih 'berada' dan berpusat disini. Tidak ketinggalan juga CIA mahupun FBI juga 'terlibat' sama dalam 'menyelesaikan' kes MH 370 ini. Tidakkah ini mengusarkan kalian??
Semua orang mengetahui bahawa hubungan Anwar dengan barat terutama US dan Yahudi amat rapat dan sebelum ini juga Anwar Ibrahim telah ke US untuk bertemu dengan sekutunya. Anwar telah dikata berjumpa dengan Al; Gore dan beberapa lagi nama besar dalam 'kelompok' White House, atas alasan apa kunjungan ini dilakukan hanya Anwar Ibrahim saja yang mengetahui niatnya.
Negara barat sebenarnya 'menyanjung' Anwar, kerana mereka berpendapat bahawa hanya Anwar saja yang bolih melengkapkan ajenda mereka namun untuk mereka secara terangan mencampuri' urusan negara ini adalah bukan cara mereka. Olih itu segala bentuk 'bantuan' yang diperlukan olih Anwar Ibrahim dan gerombolannya untuk 'menguggurkan' kerajaan sediaada, sememangnya impian mereka. Olih itu , satu perancangan teliti perlu digarap bagai 'merealisasikan' impian Anwar untuk 'bertakhta' di persada Malaysia.
Sehari dua ini amat galak laman sosial memainkan isu bahawa Presiden Amerika, tidak akan 'bertemu' dengan Anwar Ibrahim dan berbagai-bagai tohmahan dan sindiran dibuat terhadap Amerika yang dikata olih Rafizi bahawa PKR dan gerombolan mereka telah 'mengangkat' sistem yang diagungkan olih US iaitu kebebasan bersuara serta hak asasi manusia, olih itu tiada sebab Anwar diketepikan. . Dan dengan alasan ini 'mereka' mendakwa bahawa tiada sebab kenapa Anwar Ibrahim tidak patut bertemu Barrak Obama. (Ini hanyalah wayang semata)
Sebenarnya apa yang dirancang dan yang ingin dilakukan adalah ditahap 'berbahaya' .Apa yang diwarkan olih Rafizi ini merupakan satu sandiwara pilihan Anwar agar apabila sesuatu 'terjadi' atau berlaku pada 1 hb Mei nanti, US dan gerombolan inteligen nya tidak dipersalahkan dan mereka bolih mencuci tangan akan keterlibatan 'CIA dan FBI" bolih dinafikan. Yang akan dituduh ialah 'ajen UMNO' dan BN iaitu Polis kerana didakwa cuba mengagalkan himpunan raksasa rakyat yang dikata tidak berpuashati dengan GST.
Kekecohan dan pergaduhan pasti berlaku dan tidak mustahil akan ada 'perkara'lebih besar ' bakal berlaku dan ini yang diharapkan dapat meruntuhkan 'Kerajaan' sedia ada.
Suka atau tidak perancangan untuk 'menurunkan' Kerajaan sediaada sedang diatur .Yakinlah apabila Kerajaan sediaada 'gugur' maka 'Anwar Ibrahim yang mendapat 'sokongan' Barat terutama US dan Yahudii pasti menerajui Kerajaan Baru dan 'hukuman yang terpikul' dibahu Anwar akan dihalalkan.
Sabda Nabi sallallah alaih wasallam:
يُخَرِّبُ الْكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنَ الْحَبَشَةِ، فَيَسْلُبُهَا حُلِيَّهَا وَيُجَرِّدُهَا مِنْ كِسْوَتِهَا، كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ أُصَيْلِعَ أُفَيْدِعَ، يَضْرِبُ عَلَيْهَا بِمِسْحَاتِهِ وَمِعْوَلِهِ "
Maksudnya: Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berbetis kecil dari bangsa Habsyah. Dia akan merampas perhiasan Kaabah dan menanggalkan kelambunya. Seolah-olah aku melihatnya (hari ini) botak hadapan dan berjari bengkok memukulnya dengan kapak
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment