ADAKAH MAHKAMAH AKAN TUNDUK DENGAN DESAKAN KUASA ASING DEMI KELANGSUNGAN POLITIK |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Setiap rakyat walau dari mana negara sekalipun didunia ini semua terangkum atau terikat dengan undang-undang negara masing-masing waima rakyat negara komunis , juga dinaungi olih undang-undang..Tiada seorang pun terkecuali dalam kanun yang dirangka dan yang dipakai.
Undang-undang diadakan bagi mengawal selia setiap perlakuan rakyat, samaada yang miskin mahupun yang kaya , yang normal mahupun yang cacat cuma mereka yang mempunyai 'masaalah mental' saja yang dikecualikan itupun golongan ini ditempatkan ditempat-tempat khas untuk golongan ini. Setiap kesalahan perlu mendepani hukuman.
Didunia ini bermacam-macam salah laku dilakukan olih manusia samaada kesalahan yang ringan sehinggalah kepada kesalahan yang berat. Sekiranya seseorang itu telah didapati bersalah olih mahkamah dan mahkamah berpuas hati dengan bukti-bukti yang dibentangkan sehinggakan 'tiada lagi keraguan' terhadap kesalahan yang dilakukan olih pesalah barulah seseorang itu dijatuhi hukuman. Olih itu sekiranya seseorang ditangkap kerana melakukan kesalahan olih pihak penguasa maka tertuduh perlu menjalani proses 'membela diri' di mahkamah bagi 'menafikan' kesalahan dan perbuatannya..
Apabila seseorang didapati bersalah dan dituduh dimahkamah atas kesalahnya maka seseorang itu dibenarkan untuk membuat rayuan kemahkamah yang paling tinggi . Kalau dinegara kita Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan merupakan dua tingkatan yang perlu dilalui bagi tujuan rayuan. Dan yang teristemewanya sekiranya seseorang pesalah itu diberikan pengampunan olih Yang Di Pertuan Agung maka, seseorang itu dijamin untuk dilepaskan dari menjalani hukuman tetapi kesalahan yang dilakukan tetap bersalah.
Yang menjadi persoalan kini, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah olih Mahkamah atas perbuatan liwat yang dilakukan terhadap mangsa iaitu Saiful dan kesalahan jenayah ini telah dibuktikan secara saintifik melalui beberapa dapatan kajian yang dilakukan olih pakar-pakar. Tiada sebarang keraguan didapati terhadap kes ini dan perbuatan ' liwat "ini disahkan telah berlaku.. Olih itu mahkamah telah menjatuhi Anwar Ibrahim 5 tahun penjara dan kini kes ini sedang melalui proses 'rayuan'.
Yang memyskilkan kita kini, parti yang ditubuhkan olih Anwar Ibrahim iaitu PKR beriya-iya cuba menafikan 'salah laku' Anwar dengan mendakwa bahawa semua ini merupakan satu usaha untuk mematikan karier politik Anwar. Atas alasan yang didakwa tidak munasabah dan menafikan perbuatan Anwar dan cubaan parti pembangkang untuk menghalang penguatkuasaan undang-undang dari dilaksanakan dinegara ini terhadap 'orang yang didapati bersalah', kini PKR melalui geng-geng pakatannya menggunakan kuasa politik kuasa luar untuk mencampuri urusan undang-undang negara dari ditegakkan
Sedarkah kita bahawa tindakan yang dilakukan olih PKR dan juak-juaknya ini merupakan satu pencabulan undang-undang terhadap 'kuasa ekesutif' negara ini. Tidakkah kita sedar bahawa sekiranya undang-undang tidak dapat ditegakkan mengikut lunas-lunas perlembagaan , maka bilamana yang menuduh atau mangsa dapat 'membela' atau 'terbela' diatas kelemahan dirinya sendiri? . Olih itu tidak wajar parti pembangkang mencuba 'menganggu gugat' perjalanan undang-undang dari dilaksanakan.
Sekiranya Kerajaan mahupun Mahkamah tunduk dengan gesaan atau mengikut telunjuk kuasa luar dari menegakkan undang-undang dan melepaskan 'pesalah' atas dasar 'poilitik' maka Mahkamah perlu bersedia untuk melepaskan semua tertuduh atau banduan yang didapati bersalah diatas kanun yang sama yang dikenakan terhadap mereka terutama kes-kes liwat, cabul, rogol dan sebagainya.dan mahkamah perlu menggariskan semula bahawa perlakuan liwat, cabul, rogol ataupun sumbang mahram bukan lagi kesalahan mengilkut kanun negara. Bersediakah kerajaan melupuskan 'fakta' kes begini??
KUALA LUMPUR, 23 APRIL : PKR dalam satu sidang media telah membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada 26 April ini.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung parti menegaskan bahawa PKR membantah sekeras-kerasnya lawatan itu selepas Obama enggan menemui Anwar ketika lawatannya .
Dalam sidang media tersebut, Saifuddin mengecam tindakan Obama yang enggan bertemu Anwar. Dakwa Saifuddin lagi, Amerika Syarikat selaku kuasa dunia yang menitik beratkan keamanan dan keadilan seharusnya bertemu Anwar yang kononya prinsip perjuangan sama dengan Amerika dalam membela pihak yang tertindas.
"Amerika yang sentiasa menyokong demokrasi harus hidup dalam prinsip yang sama dan ini seharusnya menjadi faktor motivasi untuk kedua-dua pemimpin untuk bertemu" ujar Saifuddin kepada wartawan.
Saifuddin turut berharap agar Obama dapat melihat ketidakadilan kerajaan pimpinan BN dan meneliti kes liwat Anwar yang didakwanya telah dianiaya oleh sistem kehakiman negara ini yang berat sebelah.
"Anwar yang kini berdepan dengan rayuan mahkamah terhadap satu kes liwat dianggapnya tidak adil dan berat sebelah". Ketidakadilan ini sepatutnya wajar diberi perhatian oleh pentadbiran Obama", tambah Saifuddin lagi.
Merujuk kepada lawatan Obama, beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Presiden Amerika syarikat itu akan mengadakan mesyuarat bersama pemimpin muda dari seluruh Asia Tenggara dan turut bertemu dengan wakil masyarakat di Kuala Lumpur.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment