Tuesday 22 April 2014

THE PROMISED LAND : WATAK DAN SIFAT DAJJAL SEMAKIN MENYERLAH

ISLAM HANYA DILIHAT DARI LUARAN



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kehidupan ini tidak selalunya bahagia. Ada waktunya manusia itu gembira dan ada kalanya dukacita. Begitulah hakikatnya kehidupan ini ya yang telah direncanakan olih Allah SWT mengikut apa yang dipilih olih manusia.

Begitulah juga dengan perjalanan bumi 'bertuah' ini , Tanah Melayu. Walaupun sejarah bangsa Melayu telah berkurun lama Islam menjadikan Islam sebagai 'pegangan' umatnya, namun  kebelakangan ini 'keceriaan' Islam sebagai peganganya dilihat  semakin longgar dan mula dipertikaikan, bukan saja olih kaum bukan Islam tetapi dari kalangan orang Melayu yang 'mendakwa'  Islam juga.

Kalau datuk dan nenek moyang kita dahulu telah menerima agama Islam seadanya tanpa banyak soal dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehariannya tanpa rasa ragu dan curiga akan 'kebenaran'nya walaupun pada ketika itu ramai diantaranya yang buta huruf atau buta jawi, tetapi keikhlasan dan ketenangan yang dilaluinya menyebabkan mereka yakin akan Islam  yang diterima dan yang diamalkan. . Begitulah keluhuran sifat hati dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam..

Berbeza dengan masyarakat Islam masakini, walaupun majoritinya celik huruf samada rumi mahupun jawi dan berkeupayaan untuk mentelaah berbagai-bagai bahan bacaan samaada melalui buku mahupun kemudahan internet, tetapi kepercayaan atau pegangan mereka dilihat  semakin longgar dan terdapat pula pendapat dan pandangan yang bertentangan  . Walaupun 'perbezaan' pendapat dan berbeza  pandangan dibenarkan didalam Islam tetapi 'perpecahan' bukanlah tuntutanya. Inilah yang memuskilkan.

                          

Membaca tanpa beramal telah dijadikan trend masakini. Terdapat ramai diantara mereka ini 'hebat' berhujah. Dengan merujuk kepada beberapa bahan penulisan 'scolar' Islam terdahulu samaada yang ternama dan juga sebaliknya , bahan-bahan ini telah dijadikan rujukan didalam ceramah mahupun diskusi mereka. Tanpa segan dan malu 'mereka-mereka' ini melelongkan pandangan ini diserata pelosok dunia tanpa was-was. Ada diantaranya diberikan gelaran-gelaran tertentu diatas alasan kerana berjuang atau melebarkan pandangan-pandangan mahupun nas-nas penulis tersebut yang dikata 'berlandaskan dari s 'sabda Rasullah'.s.a.w.

Tetapi sedarkah kita kebanyakan dari mereka inilah yang 'banyak' mencetuskan ketidak selaraskan sesama ulama? Perbezaan pendapat dan pandangan sesama ulama telah 'memecah belahkan' masyarakat. Kalau  selepas kewafatan baginda Rasullulah terjadinya perbezaan diantara pengikut Syaidina  Abu Bakar dan Syadina Ali yang mengakibatkan perpecahan , yang semeta-mata berpunca dari pemimpinnya, namun 'penyatuan' yang terbina dizaman Baginda Rasullulah telerai juga akhirnya .

Memburukkan lagi keadaan pemimpin-pemimpin politik dari samaada dari parti utamaiaitu  parti  mahupun mahupun pembangkang ,' juga telah  menyumbang kearah  memburukka keadaan tentang 'perpecahan' yang berlaku ini dikalangan umat Islam.  Pandangan dan pendapat yang berbeza melalui 'pandangan' pemimpin-peminpin mereka telah 'memisahkan;' lagi kelompok ini. .Perasaan aku lebih 'alim' atau 'aku lebih hebat' atau 'aku adalah ulama' atau ' aku ustaz' ataupun ' aku hafiz' telah 'menjerumuskan' pengikut fanatik-fanatik agama kesatu lembah yang paling hina diantara manusia. Sifat riak golongan  pandai agama serta yang mengaku  'hebat' ini telah membelanggu diri-diri mereka dan gagal untuk 'keluar' dari 'kepompong'nya.

                           

Terdapat parti politik yang dikata 'berbatangkan' Islam tetapi dari segi tindak-tanduk serta perjalanan mereka serta kefahaman yang  ditanamkan terhadap pengikutnya dilihat amat 'celaru' dan 'bertentangan' pula dengan kefahaman yang sepatutnya diikuti . Tetapi disebabkan mereka-mereka ini berkuasa dan 'berada' dipersada 'utama' politik, maka, segala tindak tanduknya yang 'bersalahan' dengan perintah Allah SWT serta' sunnah 'dihalalkan' demi kepentingan politik kelompok mereka.

 Apa yang berlaku kini, seperti apa yang Allah SWT firmankan didalam Al Quran :-

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (QS. Al Kaafirun: 1-6)

Ayat-ayat dalam surah diatas telah dijadikan alasan olih 'penbeda' pendapat ini demi membenarkan apa yang mereka ikuti . Kerana  terlalu taksub terhadap 'watak' pemimpin mereka, ayat yang sepatutnya ditujukan kepada 'orang kafir' dijadikan 'balasan' pula terhadap sesama Islam. Alangkah sedihnya.

Wahai umat Islam yang mengambil Allah sebagai Tuhan dan bersahadah dua kalimah suci Allah SWT, yakinlah tiada siapa diantara mereka yang dapat menolong kamu  ketika kamu sesat dalam 'perjalanan' didunia ini melainkan  Allah SWT. Jangan kamu  mempercayai sesama kamu kecuali kamu bersetuju bahawa 'saksiNya' adalah Allah SWT. Ikuti jalan yang lurus iaitu jalan yang rdiredai Allah SWT.

 "Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin sebab mereka hanya layak menjadi ketua di atas sebahagian dari mereka. Barang siapa di antara kamu menjadikan mereka pemimpin, sesungguhnya ia jadi golongan mereka (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim"   ( Surah Al-Maidah, ayat51.

 "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin jika mereka memilih kafir dari iman. Barangsiapa mengangkatnya menjadi pemimpin dari kalangan kamu, maka mereka itu adalah zalim".  ( Surah At-Taubah, ayat 23)

 "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi alasan Allah untuk menyiksamu?"  ( Surah An-Nisa', Ayat 144)

 “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” ( Surah as- Syu’araa’,  Ayat 215-217)

                            

                                                 ikhlas dari :- Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. orang2 hat mengaku ulamak ni la orang-orang yg kebanyakan hat paling jahat sekali buat masa penutup ni...
    bukan saya kata nabi yg kata

    ReplyDelete
  2. Quran dan Sunnah / Hadis, Nabi saw dah pesan, kalau diikut, takkan sesat. Nak ikut, kena tahu, nak tahu kena belajar, at least asas asasnya, yg dlm dlm tu serah kat ulama' ulama'. Pd aku wajib kita belajar Quran dan Hadis ni. Bila dah ada asas, kot ada mana mana yg konon alim nak pusing, atau reka yg bukan bukan, kita dah boleh detect, then buat semakan, betul ke salah. Selain tu sentiasa merendah diri minta dr Allah swt agar terlindung dr kesesatan. Tp ari ni berapa ramai umat Islam yg belajar dan ambik tahu asas asas agama ni, tu la yg jadik mcm skrg ni, sesetghnya tu pd aku tak logik sesatnya.

    ReplyDelete