Thursday 17 April 2014

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : MELAYU MENGAKU ISLAM

SANGGUPKAH ANDA MENOLAK POLITIK HANYA
UNTUK ALLAH ???



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Syukur kehadrat Allah SWT yang masih lagi memberikan keberkatan kepada tubuh badan ini berserta  kesihatan yang baik yang dibekalkan dengan  akal fikiran yang waras serta sempurna yang dihijabkan dengan  ketelusan hati , keterbatasan lidah untuk menzahirkan  kata-kata yang diharamkan untuk diucap, keterujaan pancaindera yang dipegunkan apabila melihat keagungan ciptaan Allah SWT,serta  pendengaran yang dihalang dari mendengar bisekan syaitan berserta  tangan-tangan yang diharamkan untuik menyentuh segala kemungkaran yang digabungkan dengan  kaki kaki yang dihalalkan untuk berjalan menuju  kearah yang diredai.

Alhamdullilah, syukur kepada  Allah, Tuhan Maha Pencipta

Setiap hari dan setiap saat pasti akan ada kematian. Itulah lumrah dan ketentuan bagi setiap yang hidup. Samaada yang kita sayangi, yang dekat mahupun yang jauh, semua itu adalah dugaan yang perlu dilalui olih sesiapa  makhluk yang diberinama 'manusia'.  Yang kaya yang miskin, yang alim atau sebaliknya, yang sihat mahupun yang sakit ataupun yang sempurna mahupun yang cacat semuanya tidak terkecuali. Hanya cepat atau lambat saja yang membezakan. Itulah ketentuan Sang Pencipta.

Namun akhir-akhir ini makhluk  dunia 'kerap'  diberikan amaran olih Yang Maha Esa, sama ada kita sedar atau tidak itulah hakikat yang perlu kita 'lalui' dan tempuhi untuk  dimasa yang mendatang ini.. Berbagai-bagai ancaman Allah SWT telah bermula dan disetiap sudut dunia ini tidak terkecuali dan bahangnya  yang telah mula dirasai olih manusia.

Cuaca tidak menentu, pasak bumi telah beralih, kemarau berpanjangan, hujan berlebihan, laut semakin melebar dan bumi semakin mengecil, masa semakin pantas berlalu , siang dirasakan semakin pendek dan malam semakin mencerah.Apakah kita tidak merasakan perubahan tersebut?

Walauapapun sebagai manusia kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita.

Namun didalam keberadaan kita berserah itu, terdapat pula 'ancaman-ancaman hati' yang dilakukan olih tangan-tangan manusia yang tidak menyakini ketentuan  Allah SWT terutama golongan yang 'menidakkan' Allah SWT sebagai Tuhan Semesta Alam. Golongan ini menyakini 'kepercayaan' mereka terutama golongan-golongan yang menyembah berhala serta kelompok manusia yang mengangkat manusia sebagai Tuhan telah secara terangan 'menganggu gugat' keluhuran dan keharmonian agama Islam.bukan saja dinegara ini malahan perkara ini digerakkan secara global pula.

Puak-puak yang Allah SWT 'takrifkan' sebagai kafir ini mula menjadikan umat Islam sebagai musuh mereka. Walaupun usaha ini dilakukan secara diam-diam namun rahsia tersebut tidak lagi menjadi rahsia dan kini secara terangan kelompok kafir ini bersengkokol sesama mereka untuk 'menafikan' kebenaran Al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w... Ancaman demi ancaman dilakukan terhadap umat Islam didunia. Kini umat Islam yang di 'bin'kan telah ditakrif sebagai 'ancaman atau calon terrorist'.

Melalui tangan-tangan atau 'ajenda' yang disengajakan olih kaum kafir ini,  telah mengucar kacirkan kebanyakkan dari negara-negara Islam. Kebanyakkan dari negara dibumi Arab semuanya "terjebak' dengan 'pengajendaan' ini dan kebanyakkan darinya telah menjadi huru hara dan kehidupan menjadi satu kesengsaraan pula kepada rakyatnya. Inilah yang berlaku dan amat sedih untuk disingkap.

Dengan kehadiran 'negara haram' iaitu Yahudi dikalangan negara-negara Islam, telah menyukarkan lagi 'perjalanan' pembaikan bangsa Arab. Dengan 'permainan' halus Yahudi  yang dilakonkan olih Amerika telah menderitakan lagi kehidupan semua bangsa Arab dibumi tersebut. Dengan permainan 'bermuka-muka' serta tunjuk baik telah menjerat  pemimpin Islam yang buta mata dan buta hati  terhadap 'jebak' yang dipasang. Permainan 'melaga-laga' sesama pemimpin Arab Islam dengan menabur kata-kata hasutan dari Israel telah menyebabkan perasaan iri hati dan syak wasangka semakin menebal dalam diri bangsa Arab dan ini menyebabkan amat susah untuk disatukan selamanya. Itulah takdir pilihan bangsa Arab kini.

Kini perkara yang sama telah berlaku dikalangan bangsa Melayu Islam dinegara kita.. Melayu Islam dinegara ini sudah berpecah-pecah. Hanya kerana fahaman politik telah mengakibatkan kelompok Melayu berpecah kepada 3 bahagian iaitu Melayu Islam UMNO, Melayu Islam Pas dam Melayu Islam PKR. Walaupun semua kelompok ini berkiblat dan bersahadah yang sama tetapi kefahaman politik yang dianuti telah membezakan mereka. Alangkah 'dayus' nya kelompok yang mefaikan antara satu sama yang lain walaupun  dari aliran yang sama iaitu Sunnah.

Perpecahan ini sebenarnya telah memberikan peluang yang luas kepada musuh Islam atau kapir untuk mencatur Islam demi kepentingan mereka. Cuba kita lihat dalam isu hudud yang 'cuba' diutarakan olih PAS. Kini keseluruhan orang kafir samaada bangsa Cina mahpun India walaupun dari aliran yang berlainan  dalam politik , tetapi mereka tetap lantang serta bergabung sesama mereka untuk  menentang penggunaan hukum  hudud  ini. Alangkah sedihnya apabila hukum Allah yang ingin ditegakkan terdapat juga suara sumbang orang Islam sendiri yang cuba mengaggalkanya. Allahhuakbar.

Walauapupun perbezaaan ini sudah amat kronik dan kefahaman agama yang terdapat dikalangan umat Islam sendiri telah 'tersasar' jauh. Sehinggakan 'kapir ' mati pun  ada pendapat  baru yang dilontarkan olih orang Islam demi menghalalkan 'cara' mereka. Itulah Islam yang 'difahami'  olih golongan yang berkepentingan. Namum apa yang menyedihkan 'lontaran' pandangan baru ini duilafaskan olih pemimpin Islam sendiri. Tepuklah dada tanya lah iman. Islam bentuk apakah yang ingin diwariskan kepada generasi akan datang.

Islam tetap Islam tetapi Islam kah anda?
Islam sebenar adalah  Islam yang berpandukan kepada  Al Quran dan Sunnah.

                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. 4 golongan mrk mrk yg mengaku umat Islam.
    1. Muslim yg mukmin lg muttaqin.
    2. Muslim yg mukmin tp tak sampai derjat muttaqin.
    3. Muslim sahaja, yg tidak memenuhi kriteria mukmin apatah lg muttaqin.
    4. Munafiqin.
    Kriteria masing masing, sila buat rujukan sendiri.
    Kita yg mana satu ? Jgn sampai tergolong munafiqin.

    ReplyDelete
  2. kepada mereka yg memegang
    -tiada tuhan..yang wujud nyata hanyalah ALLAH..aku MUHAMMAD pesuruh ALLAH.

    ReplyDelete