UMAT MELAYU DI JADIKAN KALDAI OLIH PEMIMPIN MELAYU CINA DAN INDIA BERSANTAI KEGEMBIRAAN SAMBIL MELIHAT KEBODOHAN MELAYU |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Hari ini 1hb Mei berlangsungnya perhimpunan yang didakwa 'membantah GST' . Sama ada ianya sebenar-benar 'membantah GST' atau 'menghasut rakyat' untuk 'menggulingkan' Kerajaan, hanya akan kita ketahui apabila 'pemimpin' mereka mula 'membuka mulut' dihadapan 'pendemo' nanti.
Pada jam ini sedikit demi sedikit warganegara mula menunjukkan riaknya diibu negara.
BANGSA LAIN BERSANTAI KEGEMBIRAAN
BANGSA LAIN SIBUK BERSANTAI DI SHOPPING MALL TETAPI MELAYU PULAK SIBUK BERSESAK DAN BERPANAS KERANA BERDEMO UNTUK KEPENTINGAN SESEORANG |
Tetapi pada hemat saya tujuan sebenar diadakan 'perhimpunan' ini bukanlah untuk membantah GST tetapi lebih kepada memperjuangkan 'nasib Anwar Ibrahim' yang telah disabitkan kesalahan 'meliwat' dan telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan 'kes' beliau kini sedang dirujuk kemahkamah yang lebih tinggi bagi 'mengenepikan sabitan' kesalahannya.
Kemungkinan kefahaman rakyat yang menyokong 'ideologi' pembangkang tidak dijelaskan maksud dan ajenda sebenar perhimpunan ini diadakan. Menggunakan isu GST ini, pembangkang mengambil kesempatan untuk 'menunjuk perasaan' bagi mengugat kestabilan dan keharmonian warga kota serta peniaga-peniaga dan pemandu-pemandu teksi, dan ini pasti akan menjejas pendapatan mereka hari ini...
sumber foto-foto :- Utara News
Sudah berkali-kali 'perhimpunan' ini dilakukan olih 'Pakatan' serta 'NGO' yang berkiblat kepada Pembangkang namun apa yang pasti 'hala tuju' dan 'kehendak' mereka yang berdemo 'tetap' seperti dahulu tiada berubah iaitu ' mendakwa Kerajaan tidak berlaku adil'.
Apa yang pasti majoriti yang akan turun 'berdemo' ini adalah orang -orang Melayu. Orang Melayu yang dilihat terkebelakang dari segi ekonomi dan terkebelakang dalam pencapaian akedamiknya merupakan golongan 'sasaran' , kerana golongan ini amat mudah untuk dimanipulasi dan diperkudakan. Bersendikan 'kemiskinan' serta 'dituduh' kena tipu dengan Pemerintah, dijadikan 'bahan penuba' untuk mereka 'menjala' hati kelompok ini.
Yang akan berguling-guling kegembiraan diatas percaturan ini adalah 'Pemimpin' . Pemimpin yang sebenarnya hidup dalam kemewahan 'mengambarkan' bahawa mereka juga terkesan dengan keputusan yang diambil Kerajaan tetapi pada masa yang sama 'harta rampasan' melalui projek yang mereka cipta 'dilapun' seadanya tanpa memperdulikan nasib rakyat. Lihat saja di Pulau Pinang serta di Selangor tetapi kroni kerajaan Peersekutuan juga tida bezanya.
Maka tidak hairanlah bahawa mereka-mereka yang akan memenuhi segenap ruang dijalanan menuju ke dataran Merdeka adalah Melayu. Melayu yang didakwa akan 'terkesan' atau ' akan 'menjadi miskin' kerana GST sajalah yang akan bermandi peluh menahan kepanasan matahari. Tetapi sekiranya benar mereka ini berjuang untuk "membantah GST', maka, tiada suatu kuasa pun yang dapat menahan kehendak mereka tetapi sekiranya mereka ini bertindak diluar batasan yang dibenarkan olih undang-undang maka 'tindakan' perlu diambil olih Penguatkuasa atau Polis.
Tetapi kita harus tahu bahawa Anwar Ibrahim dan geng pakatanya serta NGO NGO mereka sebenarnya mahu 'menggulingkan Kerajaan' dan ajenda Perhimpunan GST ini adalah 'jalan mudah' untuk ke arah itu. Sekiranya ajenda 'mengguling Kerajaan' ini berjaya dilakukan dengan bantuan 'keldai-keldai' Melayu ini, maka, Anwar Ibrahim 'bakal' terlepas dari hukuman mahkamah. Itulah sebenarnya 'jalan cerita' yang ingin dipentaskan olih Pembangkang.
Selanjutnya kita tunggulah apa kesudahan 'cerita' yang direka Anwar Ibrahim dan Puak Pakatan ini.
Dalam setiap foto yang dirakam belum ternampak seorang pun kelibat bukan Melayu yang menyertainya, kenapa ????
Kerana, cukai GST akan dipungut dari kedai-kedai mahupun gedung-gedung perniagaan yang majoritinya adalah bukan Melayu. Melayu hanya sebagai pembeli ataupun pengguna saja. Olih itu hasil kutipan 'tetap' ditangan bukan Melayu.
Walau apa pun bukan Melayu tetap berkelebihan dalam isu GST ini, olih sebab itu mereka merasakan tiada keperluan untuk menyertai perhimpunan ini,melainkan hanya pemimpin bukan Melayu saja yang 'bakal' memanaskan 'hati'hati Melayu' ini supaya 'memerangi' ajenda pemimpin Melayu sendiri, itulah 'kehendak' mereka.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Melayu jadi keldai kesian aku tgk...
ReplyDeleteapalah malangnya nasib bangsaku..menjadi 'babi' tungangan di bumi sendiri.......
ReplyDeleteperlukah mengikut perilaku 'beruk lotong' bangsa2 lain diluar sana...
pantang tercuit,maka menjerit-pekik dan melompat sakanlah ia hingga akibatnya hancur luluh sebuah negara...
persoalannya..mengapa merelakannya???
bangsaku..gunakanlah hati dan akal masing2..
usah menjadi percuma 'bangsat picisan'.
la ada lagi puak2 yg suka berdemo igt dah pupus...
ReplyDelete