Friday, 11 April 2014

THE PROMISED LAND : MH 370 B777-200 : ANTARA IKHTIAR, DOA DAN "DISEMBUNYI" : MANA KEYAKINAN??

SYAITAN TAK SALAH YANG BERSALAH ADALAH
MEREKA YANG MENGIKUT KATA SYAITAN
SYAITAN BERI CADANGAN TETAPI KENAPA MANUSIA AKUR DENGAN
CADANGAN SYAITAN
                                                       Hakikatnya ini bukan salah Kerajaan
                                                  Tetapi ramai  terlena dengan belaian musuh
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sudah terlalu lama sehinggakan terlupa jumlah hari, mungkin 35 atau 36 hari sudah berlalu namun 'kelibat' pesawat  mahupun 'denyutan  ping' yang dikata bolih dikesan melalui 'peralatan pengesan' belum mendatangkan hasil namun segala usaha pencarian itu masih lagi diteruskan . Walaupun berbelas pesawat diserta berbelas kapal laut yang digerakkan olih 26 negara anggota  dikawasan yang didakwa berkemungkinan 'terdampar'nya bangkai pesawat tersebut, tetapi sehingga hari ini 'misteri' tersebut tetap menjadi misteri yang belum dapat dirungkai.

Penemuan demi  penemuan cebisan telah digembar gemburkan namun tiada satupun yang ditemui  dapat dipadankan dengan pesawat MH370 B777-200 ini. Bunyi demi bunyi yang dikata dapat dikesan dimerata kawasan namun 'bunyi' yang dikata sebagai 'ping' tersebut juga tidak diketahui kesahihannya. Begitulah nasib misi  pencarian pesawat MH 370 milik MAS ini.

Solat demi solat telah dilakukan, samada  solat hajat mahupun solat minta petunjuk dari Yang Maha Esa, namun usaha itu juga belum bertemu  jawapanya. Doa demi doa telah dipanjatkan kehadrat Allah SWT namun 'doa' itu juga masih belum dikabulkan. Apakah Allah SWT tidak memakbulkan 'doa'-doa' yang dipohonkan olih keluarga yang 'tertimpa' malapeta ini?

Benar kata manusia, semua usaha telah dilakukan tetapi 'pencarian' masih lagi buntu, apa benarkan Allah SWT menyembunyikan atau ini semua 'ketentuan' dan kehendak Allah SWT? Jawapan nya ini bukan  kehendak Allah dan juga bukan ketentuan Allah SWT Tetapi  semua ini adalah 'ajenda' yang dilakukan olih 'tangan-tangan' tersembunyi. Allah berfirman ' Yang baik itu datangnya dari sisi Allah SWT dan yang buruk itu dari tangan manusia sendiri'.

Jawapannya bukan kerana  Allah SWT tidak memakbulkan permintaan hamba-hambanya yang teraniya mahupun  Allah SWT tidak menunjukkan dimana  kawasan terdamparnya pesawat tersebut tetapi bagaimana Allah SWT  dapat  memberikan petunjuk dilaut sekiranya 'pesawat' tersebut bukan 'terjunam' kedalamnya   tetapi 'disembunyikan atau didaratkan' disuatu tempat' olih tangan-tangan manusia yang berkepentingan . Disinilah kita perlu 'berikhtiar' melepaskan diri dari cengkam 'kata' manusia yang sedia 'menyesatkan'.

Siapa diantaranya yang sanggup mengikut telunjuk As Samiri @ Dajjal :-
 Didalam al Quran Allah berfirman :

Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.
(Taha 20:97)

Benar kata hati semua manusia ikhtiar perlu digerakkan tetapi sekiranya usaha kita  hanya tertumpu kepada satu bahagian dan meninggalkan satu bahagian yang lain maka adakah kegagalan  ini salah Yang Maha Esa? Allah SWT membekalkan manusia dengan hati dan akal fikiran, olih itu gunakan segala yang dibekalkan untuk mencari kepastian ini Adalah 'mustahil' untuk mengatakan kehilangan ini tidak meninggalkan kesan dan bekas sekiranya pesawat ini 'terdampar' atau 'berkecai' dilautan mahupun daratan. Tetapi sekiranya 'pesawat' ini dilindungi atau ditutupi olih  batuan konkrit ciptaan manusia yang berada dibawah 'tanah' atau 'tempat rahsia' bolih kah kita "mengesannya'?.

PENYURAIAN TELAH DILAKUKAN
UNTUK MENUTUP BUKTI
Pendirian dan 'rasa' saya, tetap mengatakan bahawa pesawat ini didaratkan di Diego Gracia dan dileraikan bahagian-bahagiannya untuk di'nyahkan' bukti-bukti nyata pesawat tersebut. Ping yang dikata 'memberi isyarat' tersebut adalah 'drama' belaka yang pada akhirnya ketetapan bersekutu akan dibuat dengan menyimpulkan bahawa 'bangkai' tersebut terdampar dikawasan yang berkedalaman 19,000 meter didasar Lautan Hindi dan akan dikata tiada teknologi mahupun kemudahan terkini yang mampu untuk sampai kedasarnya. Itulah kesudahan 'drama' ini.

Kesudahan penceritaan ini samalah seperti kisahnya Samiri @ Ad Dajjal yang dinyakkah olih Nabi Musa yang pada akhir 'tangan-tangan' ini berlepas dari perbuatan mereka didunia tetapi tidak di'alam' pengadilan di hadapan Allah SWT. Tetapi yakinlah, kisah misteri ciptaan ini pasti 'terungkai' jua kesudahannya 'didunia' ,  hanya menunggu  masa dan keizinan Allah SWT juga yang kita nantikan.

Surah Al An'am :-
59. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). (QS. 6:59)
.
Hanya satu saja ikhtiar yang perlu digerakkan olih semua umat Islam, sepadukan 'solat-solat hajat' disertakan dunia . Malaysia perlu 'mengimamkan' maksudnya 'mendahulukan' dan lakukan pada setiap malam berturutan serta mohonkan kehadrat Illahi  agar negara-negara yang 'melakukan' pembunuhan jiwa tidak berdosa ini dihancurlumatkan seadanya. Pohonkan secara 'berkata terus' kepada Allah SWT tanpa kata-kata 'kias'. Hanya doa serta 'memulangkan' kepada Yang Maha Esa saja jalan yang kita ada, iaitu ' berikhtiar dan bertawakal'. Inshaallah, doa-doa ini akan termakbul.

                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Yaa Qahhar,Yaa Jabbar.
    Sesungguhnya setiap jiwa-jiwa kami ini milik engkau Ya Allah
    dan sesungguhnya,hanya engkau jualah sebaik-baik penjaga.
    Tiada upaya bagi kami Ya Allah.

    ReplyDelete