ITULAH SIFAT NYA PEMIMPIN MELAYU BUKIT PUN DAH DIJUALKAN BAHAGIAN PERTAMA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Apakah nasib bangsa Melayu akan terus merudum. Apa yang dilihat sikap'hipokrit' pemimpin amat terserlah setiap hari. Samaada UMNO, PAS mahupun PKR semuanya sama. Yang membezakan mereka hanya 'jenama' parti yang mereka 'junjung'. Apa yang diperjuangkan olih ketiga kelompok ini hanyalah 'kuasa' semata..
UMNO dengan gelagatnya. Shok sendiri seakan-akan semua orang Melayu setuju dengan 'cara'nya. PAS pula sedari dulu sehingga kini hanya 'melaungkan ' Islam sebagai ajendanya tetapi pada hakikatnya 'Islam' anutan PAS dilihat 'bercelaru' . Tetapi berbeza dengan PKR, walau pun PKR ini dikata 'bermajoriti' Melayu tetapi 'ajenda' Islam bukanlah keutamaannya tetapi 'perjuangan peribadi Anwar Ibrahim' adalah 'hala tuju'nya.Walaupun Anwar Ibrahim didapati bersalah dimahkamah berhubung tuduhan 'liwat' yang dilakukan, namun, semua penyokong PKR tetap 'yakin' bahawa hukuman terhadap "Mursidul' nya adalah 'fitnah' Kerajaan atau UMNO.
Dari riak 'perjuangan' ketiga-tiga golongan politik ini semuanya 'pembohong' dan penipuan semata. Dan yang paling 'sengsara' adalah 'pengikut taksub' mereka iaitu 'rakyat' yang tidak mahu 'berfikir' atau 'mereka yang dikategorikan sebagai 'tolol'.
Kalau UMNO sedari dahulu dan selamanya hanya 'menipu' orang Melayu dengan 'memperkayakan 'kengkawan' serta 'kroni' begitu juga dengan PAS yang selamanya 'memecahbelahkan' Islam dengan 'fatwa-fatwa'nya yang menyimpang jauh dari Al Quran kini diburukkan lagi dengan kehadiran Anwar Ibrahim yang selamanya berjuang semata-mata untuk 'Jawatan Perdana Menteri' serta ''menghalalkan' perbuatan 'liwat' nya disamping 'mengagungkan 'LGBT" .
Olih itu apa bolih Melayu harapkan kepada tiga kelompok politik ini. Kalau nak diikut rentak yang dimainkan olih ketiga-tiga kelompok ini, maka, haru biru lah masyarakat dan yang paling terkesan kerana 'kebabrokan' pemimpin adalah 'rakyat'.
Disebabkan kerajaan boros belanja, rakyat susah. Kerana kerajaan lemah dan 'takut' dalam menentang serta 'mengimbangi ' fitnah yang didendang, maka rakyat yang menjadi masa 'spin'.
Kalau di zaman Mahathir, era perindustrian dan pembangunan amat rancak sehinggakan 22 tahun diterajuinya dilihat amat pendek tempohnya. Walaupun begitu, 'kesalahan' Mahathir tetap 'ada juga. Diwaktu beliau menjadi Perdana Menteri banyak 'projek besar' yang dicipta, tetapi banyak yang 'terlepas' ketangan bukan Melayu, bukan kerana apa, mungkin Melayu' tidak mempunyai 'modal' atau 'kepakaran'.
Disebabkan terlalu 'sibuk' 'mencipta' kejayaan untuk negara serta 'kurangnya' Mahathir melihat 'kebawah' maka, 'ketirisan' telah berlaku dengan 'berleluasa' sehinggakan 'terciptanya' ramai 'billionair' bukan Melayu muncul macam cendawan tumboh .Namun 'hal' ini juga 'dilihat' secara 'terangan' olih Mahathir namun untuk 'membetulkan' keadaan sudah agak terlambat dan olih itu beliau 'gagal' merapatkan jurang 'ekonomi' diantara rakyat majoriti dengan kaum minoriti. Ketidak seriusan Mahanthir 'membina' Melayu mengakibatkan jurang 'ekonomi' diantara bukan Melayu dan Melayu terus melebar dan pada akhirnya Mahathir 'mengulang' perkataan ' Melayu Mudah Lupa'.
Tetapi yang lebih menyedihkan, PAS yang dilihat hanya 'berkuasa' dinegeri Kelantan serta telah berjaya 'melebarkan' pengaruhnya dibeberapa bahagian di Semenanjung dilihat tidak dapat menandingi 'aura' Mahathir. Walaupun watak Nik Aziz yang 'berwajah' Islam 'mengikut' acuannya gagal 'untuk disetarakan dengan 'Mahathir' tetapi Nik Aziz telah 'berjaya' memisahkan 'kelompok' yang taksub dengan PAS serta melayu yang setia dengan UMNO.
Walaupun begitu Mahathir dilihat tidak terlalu 'menekan' Kelantan, malahan banyak 'buah tangan' telah Mahathir hantar ke Kelantan yang berupa 'projek' serta 'peruntukan' walaupun dibawah 'pembangkang'. Diwaktu itu PAS tidaklah 'segagah' mana cuma sekadar 'cukup makan' saja.
Tetapi yang paling banyak menerima menafaat dizaman Mahathir adalah 'anak-anak Kelantan'. Bermula dari Kementerian Kewangan sehinggalah ke kontraktor' projek, kebanyakannya diungguli olih anak anak Kelantan. Begitulah 'strategi'nya orang Kelantan terhadap 'kaum kerabat'nya yang 'berhijrah' ke Kuala Lumpur.
Dan sewaktu Tengku Razaligh menjadi Menteri Kewangan, ramai anak-anak Kelantan 'ditanam ' di MOF untuk kepentingan orang Kelantan dan hasil 'tuaian' ini maka ramailah 'juak dari PAS Kelantan yang mendapat menafaatnya( projek-projek) tetapi pada akhirnya parti Barisan Nasional tetap ditolak sehingga kini. Begitulah kefahaman atau iedologi yang PAS tanamkan kepada warganya.
Hanya bersandarkan kepada 'kefahaman' berimej yang dikata Islam', serta' 'ceramah' agama yang berulang-ulang' dengan menuduh UMNO sesat atau UMNO kafir serta Kerajaan Pimpinan UMNO tidak Islam, maka, 'hati dan naluri' penyokong PAS dilihat amat 'taksub' sehinggakan terdapat kejadian 'sembahyang dua iman', memboikot majlis kematian 'orang UMNO' , memboikot majlis perkahwinan orang UMNO, suami isteri 'tertalak' kerana berlainan fahaman politik serta bermacam-macam lagi telah memecah belahkan lagi 'umat Islam' di Kelantan dan 'ketaksuban' ini juga telah mula menular ke Perlis dan juga di Kedah serta beberapa 'negeri' lagi..
Kini ketaksuban PAS menjadi -jadi. Kalau dahulu Islam adalah 'perjuangan' yang dijaja tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Dengan 'tercipta'nya Gagasan Rakyat yang diilhamkan olih 'Anwar Ibrahim', maka , gabungan dengan parti yang sememangnya 'anti Melayu dan Islam' iaitu DAP telah bergabung dengan PKR serta PAS. Gabungan ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Melalui Pakatan maka 'bertambah' garang lah kelompok ini.
Barisan Nasional yang dibarisi olih beberapa parti lain seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan serta beberapa Parti Negeri di Sabah dan Sarawak, mula, menggoncang 'keimanan' mereka terhadap BN. Melalui strategi 'memburukkan 'pemerintah' dengan isu rasuah, kroni serta menyalahkan guna kuasa serta 'menganak tirikan' Sabah dan Sarawak, sedikit sebanyak telah 'mengubah' scenario politik masa kini. Walaupun terdapat kebenaran dalam 'isu' yang diketengahkan olih Pakatan namun usaha Barisan Nasional dalam mencuba menangkis 'serangan' ini nampaknya 'tidak menyakin'kan penduduk tempatan dan hal ini amat menggusarkan.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
.
Salam Wagheh...kihkihhh...heheee
ReplyDeleteakudtgdrpantek @ ADDP : Den sangat setuju dongan ekau kali ni tambahan den ni oghang JOLOBU. Tapi den lihat pemikiran dan perasaan oghang nogori sekarang ni "MALU" nak membela dan mengangkat oghang nogori dio dlm semuo bidang kehidupan sesamo sendiri, wal hal dia berado di "kedudukan strategik" utk berbuat demikian! Samado dlm kerajaan atau pun swasta! Tak seperti oghang kelantan dan kedah! Lihat bagaimano maso mahathir jadi perdano montoghi dulu, dio membela dan mengangkat oghang kedah dlm semuo bidang, terutamo ea "EKONOMI" dan politik! Malah boleh dikatokan semuo oghang melayu "ternamo" yg kayo adalah oghang kedah, spt mahathir sekeluarga, daim dan syed mokhtar!!!! Yg lobeh mengecewakan den yolah "ANAK NOGORI SEMBILAN" yg lahir dan bosar kek nogori sembilan sendiri "MALU" nak ngaku oghang nogori dan "MALU" nak bercakap nogori, lobeh lobeh laie dopan oghang nogori lain!!!...Den ni ha yg BUKAN lahir, bosar, sekolah dan kojo kek nogori sembilan sendiri pun malah tak ado tanah dan ghumah sendiri kek sano pon, BANGGA MENGAKU sebagai ANAK NOGORI SEMBILAN dan cubo bercakap oghang nogori sembilan walau pun tergeliat lidah ni ha! Lobeh lobeh laie di dopan oghang nogori lain. Den banggo!!!!...sekian dan tak lupo...heheee
Pemimpin sekarang tak macam dulu...tak memperjuangkan agama bangsa dan negara...Pr dgn Bn dua2 sama2 ja...
ReplyDelete