Wednesday, 7 May 2014

THE PROMISED LAND :- MUHYIDDIN YASSIN MULA 'SOUND'; SEPUPU NAJIB

MUNGKIN ADA JUGA CADANGAN DARI CONSULTANT NAJIB
BAHAWA KESELAMATAN DI SABAH PERLU   DISWASTAKAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

"Sekilas  ikan diair , tahu mana jantan betinanya", begitulah paparan wajah Muhyiddin Yassin yang dapat 'direnung' apabila wajahnya disiarkan melalui kaca TV malam tadi sewaktu  mengulas isu 'penculikan'.  Dari raut wajahnya , 'terbayang akan kekesalan' yang terserlah diwajahnya  sewaktu menjawap persoalan 'penculikan'  yang diajukan kepada beliau.

Nada dan tona suara beliau seolah-olah  menunjukkan beliau benar-benar 'kecewa' terhadap 'kelopongan' yang berlaku diperairan Sabah. Mungkin  secara tidak  langsung beliau ingin menyampaikan 'warning' atau amaran kepada Najib bahawa sepupu yang Najib kasihi itu sebenarnya 'gagal' didalam menjaga 'amanah' rakyat Malaysia dan juga rakyat Sabah kerana 'gagal' bertindak sebagai  'Menteri Pertahanan'.

Isu penculikan yang berulang-ulang dan semakin menjadi-jadi  diperairan Sabah  ini  seolah-olah tiada 'pemantauan' dan mudah dibolosi dan   kini berada ditahap meruncing.

Mungkin kerana kebebalan Najib yang dengan sengaja 'menyuruh' Hishamuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan' telah menyebabkan 'perhatian' Hishamuddin  terhadap isu keselamatan terpaksa diremehkan. Akibat 'kegagalan' Hishamuddin untuk mengimbangi Kementerian Pertahanan secara serius telah mengakibatkan 'dua rakyat negara  China' di culik.

Apa yang dapat disimpulkan dari kenyataan Muhyiddin dibawah ini, ternyata beliau 'kecewa' dengan Menteri pilihan Najib.

SUDAH BANYAK  NYAWA MELAYANG DAN BERATUS JUTA DI LABURKAN
TETAPI.....PENCEROBOH TETAP JUGA BERLAKU..
APA MASAALAH NYA????
                                                                    Muhyiddin Yassin -

"Memang saya rasa agak kecewa (kerana) selepas beberapa isu sebelum ini maka tertubuhlah Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan Esszone (Zon Selamat Timur Sabah) bagi lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan keselamatan.
"Tetapi nampak (langkah itu) masih lagi belum berupaya mengekang peristiwa seperti itu berulang," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi empat hari beliau ke Uzbekistan di sini pada Rabu.

"Ini bidang keselamatan yang diurus di bawah Esscom. Sebab itu bagi saya, lebih segera tindakan diambil untuk menangani perkara itu (isu keselamatan) lebih baik. Kalau tidak nanti akan banyak pihak yang menempelak," katanya.
"Ia antara yang terpanjang, lautanpun terbuka dengan kawasan Filipina dan pulau-pulau tidak jauh daripada sempadan kita.

"Tapi kita tak boleh jadikannya sebagai satu helah (untuk memandang mudah isu keselamatan)," kata Muhyiddin.

P/s :-Najib sedar ke tidak bahawa beliau sememangnya 'lemah' dan 'tidak berkemampuan' dalam mentadbir negara. Ramai diluar sana yang sependapat bahawa Najib adalah seorang Perdana Menteri yang lemah dan  pentadbiranya hanya bergantung kepada 'konsultan'.

                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. nota kaki yang "Bingo"

    ReplyDelete
  2. Ah jib gor pondan! Serius aku rasa marah dan geram!

    ReplyDelete