Monday, 5 May 2014

THE PROMISED LAND : APA LAGI MELAYU MAHU ???

SUNGAI NI PUN KALAU BOLIH DI JUAL DAH LAMA PEMIMPIN  JUAL
SEKIRANYA MELAYU MASIH LAGI LUPA
JANGAN NANTI ANAK CUCU BANGSA MELAYU
TERPAKSA BINA RUMAH DALAM SUNGAI PULAK
BAHAGIAN DUA


          TIDAK MUSTAHIL MELAYU AKAN DIASAK UNTUK TINGGAL DITEBING SUNGAI


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa lagi yang Melayu mahu ????. Sebenarnya persoalan ini bukan ditujukan kepada rakyat tetapi ditujukan kepada 'Pemimpin Melayu' semuanya., samaada UMNO, PAS, PKR mahupun kepimpinan tertinggi parti yang disebut.

Kalau diikutkan dari hitungan 'tahun', saya rasa manusia yang seusia dengan 'keujudan' parti politik dinegara ini semuanya tinggal 'rangka' saja di dalam kubur masing-masing dan kalau ada yang hidup pun mungkin dah kembali kepada sifat azalinya iaitu 'macam budak-budak'  yang terpaksa dipakaikan lampin olih pengasuh masing-masing', tetapi yang  mungkin yang hebat 'berkarya' sehingga hujung masa hanyalah 'syaitan' saja.

Dari Perikatan sehinggalah kepada Barisan Nasional tetapi apa yang pasti PAS dan DAP tetap 'berjenama' sedari dahulu sehingga kini dan perjuangan atau 'ideologi'nya tetap sama iatu 'menentang' apa saja yang pemimpin Melayu UMNO utarakan dan 'menyanggah' apa saja 'kebaikan' yang dikata dilakukan demi  rakyat.

MELAYU SEMAKIN RAMAI MEREMPAT DIBANDAR
SEBABNYA PEMIMPIN  MELAYU GILA KUASA DAN GILA PANGKAT
NASIB MELAYU..
                                       

Pemimpin datang dan pergi, ada yang 'meninggal' semasa memerintah ada yang digugurkan dan ada juga yang meninggalkan parti dan ini berlaku juga kepada kepimpinan parti Pembangkang. Mungkin tidak sehaluan atau merasakan kurangnya  ' sokongan' dari akar umbi mahupun dari pucuk pimpinan  atau tidak 'bersependapat'  mahupun mungkin merasakan 'hala tuju perjuangan' telah tersasar dari tujuan  asal telah  menyebabkan individu-individu  ini 'meninggalkan' parti masing-masing.

Tetapi apa yang pasti hanya parti PAS dilihat 'kurang'nya pergolakan didalam 'memilih' ' Ketua Umumnya. Jarang sekali kita dengar 'pemberontakan' terjadi didalam 'kepimpinan' utama Parti PAS. Mungkin diatas sifat 'sedarhana' yang dibawa atau yang diamalkan didalam PAS, memungkinkan 'pengikut' mereka merasakan 'perlu akur' atau ''sifat' mendahulukan Ulama yang membuatkan parti ini kurang 'bergeser' sesama sendiri, cuma, kebelakangan ini telah mula timbul bibit-bibit ' menonjol'kan diri dan berpuak mula 'berlaku'.

Kalau dahulu PAS berjuang atas nama 'Islam' tetapi hari ini perjuangan mereka agak 'tersasar' jauh dari misi penubuhan mereka. Kalau satu masa dahulu pemimpin PAS  agak 'berhemah' didalam melontarkan 'pendapat' terutama berhubung 'parti lawan', tetapi kini semua sudah berubah. Kalau dahulu kata-kata mereka  'berlapik' tetapi kini sindirin yang dilontarkan kepada lawan kebanyakannya 'menyakitkan hati' dan 'menguris'perasaan.

 Sifat menjaga hati 'sesama saudara seagama' bukan lagi 'amalan', begitulah drastiknya perubahan 'hati dan tingkah laku serta tutur kata' beberapa pemimpin PAS yang mengaku 'berjuang' kerana Islam ini. Untuk itu terpulanglah kepada rakyat untuk menilai  budi perkerti  pemimpin ini. Tetapi yang paling menakutkan adalah 'persengkokolan' PAS  dengan parti DAP dan PKR yang berkiblatkan kepada ' menghancurkan' Pemimpin Melayu UMNO yang didakwa 'tidak Islamik".

DAP yang sememangnya berhajat untuk tidak 'membenarkan' Islam diangkat sebagai agama Resmi negara ini serta menentang sepenuhnya 'hukum hudud' dari dilaksanakan , DAP secara, lantang menentang 'perlaksanaan'nya, walaupun 'hudud' ini didakwa merupakan  ajenda utama PAS tetapi sehingga hari ini ianya masih dipertikaikan olih sekutu PAS . Walaupun jelas penentangan yang dilakukan olih pemimpin tertinggi DAP terhadap 'hudud' namun, semua 'tohmahan' serta 'penentang ini' tidak pula PAS lihat sebagai 'halangan' kepda perjuangan PAS  malahan, PAS pula beriya-iya menyatakan bahawa 'persetujuan hudud' yang dicadang PAS seolah-olah telah dipersetujui olih Pakatan Rakyat.

Siapa  menipu atau siapa yang bercakap benar berhubung 'perbalahan' ini tidak pula diketahui. Kalau dahulu  PAS menuduh UMNO atau Mahathir menentang 'perlaksanaan' hudud ini, namun hari ini UMNO telah memberi lampu hijau kepada PAS untuk dilaksanakan. Samaada UMNO sebenar-benar ikhlas atau ada perancangan lain, terhadap 'permasaalah' ini, hanya masa yang akan membuktikannya.

Yang peliknya PAS dengan 'besar hati' telah menerima Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Kalau diikutkan senioriti dalam penubuhan Parti, PAS dan DAP adalah yang tertua berbanding PKR. Mungkin disebabkan tiada 'tokoh' hebat lain dalam Pakatan atau 'tiada' orang lain selain Anwar Ibrahim yang tahu akan 'salah laku' pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dan juga Kerajaan, serta pengalaman yang dimiliki Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri,memungkinkan jawatan 'Katua Pembangkang' itu diserahkan kepada Anwar.

INILAH KEHEBATAN ORANG MELAYU YANG DIPIMPIN OLIH PEMIMPIN MELAYU
YANG BERSUKARIA DAN TERGELAK BESAR
PEMIMPIN POLITIK MELAYU
BUKAN  ISLAM  'KEGEMBIRAAN' TUMPANG TUIE..
SEBAB MELAYU DI BODOHKAN OLIH MELAYU SENDIRI
                               

Sekiranya pertimbangan ini dijadikan ukuran, maka, sohihlah, bahawa tiada satupun tokoh samaada didalam PAS mahupun DAP  yang berkaliber yang bolih dipertaruhkan untuk meminpin negara ini sekiranya mereka berkuasa melainkan Anwar Ibrahim saja Tanpa memperdulikan 'salah laku' atau 'tabiat meliwat' Anwar, seperti yang dijatuhkan olih Mahkamah baru-baru ini, nyata sekali bahawa 'keperibadian' baik bukanlah ukuran lagi untuk DAP dan PAS didalam memilih calon pemimpin. Asalkan seseorang itu bolih membawa 'menafaat' kepada perjuangan dan ideologi PAS, maka, sesiapa saja boloih diangkat dan 'disucikan' semahunya olih mereka.

Begitulah kelompok pemimpin yang didakwa 'berpegang' kepada agama ini menjualkan 'agama'nya. Hanya kerana 'kuasa' serta 'kekayaan' maka semua perkara buruk bolih diketepikam tanpa syarat.

Begitu juga dengan pemimpin UMNO bukan semua baik dan berperkerti mulia. Ada juga dikalangan pemimpin  tertinggi mereka yang sebenar-benarnya menyalah guna kuasa dan rasuah demi 'perut' sendiri dan juga kroni , tetapi, disebabkan  Presiden UMNO   'takut' akan  hilang sokongan.dari kelompok akar umbinya maka 'perbuatan' ini 'dihalalkan' juga. Tiada apa yang lebih dan tiada apa yang kurang, pemimpin politik  ini semuanya sama saja.Kalau ada kesempatan, 'rembat', kalau tak bolih kunyah 'luahkan' itulah prinspi mereka kini.

Olih itu tidak hairanlah kalau sekiranya pemimpin politik itu kebanyakannya kaya raya dalam sekelip mata. Kalau diikutkan akal 'macammana' bolih meraih 'kehidupan 'senang lenang' dan duit berjuta dalam sekelip mata kalau tidak dengan cara 'rasuah' atau 'khianat' kepada rakyat. Ini bukan cerita dongeng tetapi ini adalah kenyataan yang perlu setiap rakyat 'lihat' dan fikir.

Itu sebabnya dari dahulu sehingga kini, hanya kelompok yang 'berjuang' dan 'menghambakan' diri didalam politik semuanya 'kaya raya' walaupun kita semua tahu bahawa 'mereka' ini bukanlah berkerja makan gaji mahupun 'ahli perniagaan' berjaya, tetapi taraf kehidupan macam 'filem star' Hollywood. Rumah bunglow berbuah-buah, kereta mewah berderet-derat, pergi sana 'hulur' pergi sini 'masyuuk', seolah-olah 'wang ringgit' ibarat kan seperti  perigi didalam rumah, begitulah 'mewah' nya kelompok ahli politik ini.

Tetapi didalam erti kata sebenar, slogan yang berbondong-bondong yang ditujukan kepada 'rakyat' semuanya 'silapmata' belaka.  Hidup untuk rakyatlah, bekerja untuk rakyatlah, Rakyatlah keutamaanlah dan bermacam-macam lagi slogan, tetapi semua itu adalah 'umpan' semata, tetapi pada hakikatnya 'mereka berkerja untuk 'perut' mereka saja.

                                           

                           "MELAYU BAKAL DI REMPATKAN DI BUMI SENDIRI"

                                              ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment