Wednesday 28 May 2014

THE PROMISED LAND : SEDARKAH KITA??

PENGHAWA DINGIN DAN JUGA PEMANAS SUHU
 JIWA JIWA YANG KETANDUSAN IMAN
DALAM MENCARI KEREDAAN ALLAH SWT
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sedarkah kita bahawa kehidupan kita sebagai seorang manusia itu amat rapuh keadaannya? Adakah kita sedar bahawa 'nyawa'  bukannya terletak dalam ketentuan kita? Sedarkah kita, bila-bila masa saja  'maut' bakal menjengah depan kita samadaada kita dalam keadaan sihat mahupun sebaliknya? Tubuh badan yang sihat mahupun yang terlantar dipembaringan tanpa dapat bergerak, namun, sekiranya 'waktu' yang dijanjikan belum lagi kesampaian, "malaikat maut',' juga tidak tidak bolih berbuat apa-apa, semuanya ketentuan dari Yang Maha Esa dan Yang Maha Penhasih.

Walau setinggi manapun darjat dan martabat seseorang manusia  dimata manusia lain , walau sekaya manapun kita harta yang kita miliki, tetapi apa yang pasti 'kematian' adalah penghujungnya kepada  setiap yang bernyawa dibumi Allah SWT.

Sedarlah wahai manusia, walau segunung  kekayaan intan yang kita miliki, walau seseluas lautan manusia yang 'berjaya' manusia  kuasai, namun apa yang pasti hanya tiga perkara yang bakal mengiringi 'kita' kealam berzakh iaitu amalan kita, amal jariah  serta , doa anak kita  yang solih.

Sekirannya tiga perkara ini menjadi tunjang kehidupan kita dibumi 'inshaallah' Allah SWT berjanji bahawa 'kelapangan, kesenangan serta ditempatkan 'bersama-sama orang yang solih' yang berada disyurgaNya adalah ganjaran yang menanti.

Kepada sahabat -sahabat yang masih lagi leka dengan 'perkara-perkara' remeh keduniaan, beringatlah, bahawa 'mati itu pasti dan kehidupan itu satu dugaan., barang siapa diantara kamu yang  tidak meninggalkan dunia serta gagal  membawa 'bekalan' untuk keakhirat, maka, 'celaka' lah diri..

Tiada apa yang lebih bererti dan berharga bagi setiap makhluk dibumi ini,melainkan keinginan untuk, melalui ;kehidupan yang  sempurna' selepas kematian serta 'bertemu' Allah SWT Tuhan Semesta Alam.


P/s : Admin memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar seluruh jiwa makhluk yang bernwaya dibumi ini agar diberikan kesempatan untuk 'merasai' 'kenikmatan" dalam 'Mengagungkan Allah SWT' serta 'diberikan kelimpahan 'nikmat' selagi 'nywa dikandung badan.

ALLAHYARHAM AZLAN BIN YUSOF
                                                 
Kepada 'roh yang membaluti tubuh badan' anak Adam yang bernama Azlan bin Yusof yang 'dianugerahkan' kerahmatan Allah SWT sebagai ' Pemerintah' di Perak,kami  mendoakan, semoga 'anda' ditempatkan, bersama orang orang yang solih dan yang beriman dan ditempatkan disyurga Allah SWT.

.

.



1 comment: