Monday 26 May 2014

THE PROMISED LAND : TANDA KEMATIAN SEMAKIN JELAS TETAPI ..MASIH TAK MAHU 'TOBAT'????

DAH BERPULUH TAHUN TETAPI MASIH LAGI
TAK MAHU BELAJAR..
 RAKAN SENDIRI  DAH TUNJUK JALAN  MENUJU KEMATIAN
TETAPI  PEMIMPIN UMNO  SEMAKIN BEBAL
SYOK SENDIRI!!!!
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Dari Kajang ke Bukit Gelugor dan terbaru di Teluk Intan, apakah signifikannya terhadap halatuju BN serta kepercayaan bukan Melayu terhadap 'parti pemerintah' dan apakah perancangan  UMNO dalam menghadapi 'kehancuran' BN ini?

Dari pola pengundian serta 'cakap-cakap' dimedia sosial mahupun dalam dunia realiti, sememangnya bukan Melayu samaada Cina mahupun India sememangnya telah menolak Barisan Nasional. Bukan Melayu sedang merasakan bahawa nyawa BN telah sampai dipenghujungnya ataupun BN seharusnya dikuburkan menjelang PRU 14.

Sana sini bukan Melayu telah menolak gagasan Barisan Nasional, cuma, BN dan UMNO saja yang 'teperasan ' bahawa gagasan mereka masih lagi diterima olih dua kaum terbesar ini . Kebencian mahupun penolakan bukan Melayu terhadap BN adalah kerana UMNO. Mereka amat 'benci' terhadap parti UMNO dan juga pemimpin UMNO namun 'disebabkan' 'peruntukan masih banyak' dibawah BN, maka. mereka ini berpura-pura demi kelangsungan 'parti' dan 'bangsa mereka' sehingga PRU 14.

Wajah 'talam' dua muka kaum Cina MCA dan Gerakan  dan India MIC mahupun IPF  yang bernaung dibawah BN  dapat disaksikan dimana-mana, samaada, melalui 'sindiran' mahupun ' press statement' yang dibuat olih  pemimpin mereka , semuanya 'menghentam' UMNO dan Barisan dengan tidak secara langsung mahupun secara langsung. Namun kepimpinan tertinggi BN terutama dari parti UMNO 'hanya' memandang kes ini dengan sebelah mata.

Samaada UMNO sedar atau sengaja tidak mahu sedar, tidaklah dapat disahkan tetapi akhir-akhir ini 'kebaculan' pemimpin tertinggi UMNO dilihat semakin menyerlah. Sedikit demi sedikit 'bukan Melayu' mencemar 'maruah' UMNO namun tiada tindakan 'balas' yang 'berjaya' dipatahkan dan ini sedikit sebanyak membuatkan orang Melayu samaada yang menyokong BN mahupun UMNO merasakan 'UMNO' telah hilang identiti perjuangan yang dicanang iaiatu ' memperkasakan Melayu'.

Slogan yang digunakan  hanya 'terukir dalam perkataan' mahupun yang diungkapkan dalam pertuturan tetapi tidak diterjemahkan dalam tindakan dan ini 'menyakitkan' hati orang Melayu. Sifat yang terlalu lembut atau bertolak-ansur menyebabkan  UMNO akan  'tergelunsor'dan ini   membuatkan Melayu untuk berfikir dua kali, samada untuk  terus 'menyokong' BN dan UMNO atau 'mencari alternatif lain.

Pemimpin yang disangka dapat 'mempertahankan' Melayu dari dicaci dan dicerca olih musuh UMNO dan juga musuh BN, dilihat tidak 'bermaya' dan 'kecundang' didalam bebarapa 'isu' dan ini telah membuka ruang yang besar untuk 'orang Melayu' samaada dalam UMNO mahupun diluar UMNO 'melebel' pemimpin UMNO sebagai 'bacul' atau ;"pondan'. Sebenar tiada istilah lain  yang  lebih tepat untuk menggambarkan kekecewaan Melayu melainkan dua perkataan tadilah yang dilihat 'sinonim' dengan perjuangan pemimpin UMNO.

Kerana sikap pemimpin UMNO yang terlalu bertolakansur selama 68 tahun inilah yang 'telah; merosakkan masa depan bangsa Melayu sendiri . Kepercayaan mahpuun untuk merngharapkan 'pembaharuan' yang dujanjikan untuk anak-anak Melayu dilihat sekadar 'indah khabar dari rupa' dan kebanyakkannya adalah 'retorik'. Depan cakap lain belakang cakap lain 'merupakan' ''sifat yang mula tertanam dalam diri pemimpin Melayu dalam BN mahupun UMNO '. Dan isu ini telah  mula 'beranak-pinak' dalam pertubuhan UMNO dan juga BN dan  tidak ketinggalan juga  parti yang bernaung dibawah bendera BN pun mempunyai sikap yang serupa.

Sikap yang diutunjukkan ini semakin-hari semakin 'menjauhkan' hati-hati orang Melayu.terhadap kegagalan urus tabir 'bangsa manusia' dalam politik BN dan  juga UMNO. Dan bebarapa 'isu' hangat yang 'mencalarkan' maruah bangsa Melayu dan agama Islam juga telah  dilihat gagal  untuk ditangani mahupun dibentes olih pemimpin UMNO. Ketetapan  kenyataan yang berbeza beza  diantara pemimpin BN dan juga UMNO amat ketara dan ini membuktikan bahawa 'kesatuan' dalam BN juga semakin 'goyah' dan 'rapuh'.

UMNO perlu sedar bahawa mereka tiada mempunyai pilihan  lain lagi untuk kekal memerintah atau menjadi parti tunggal unggul dalam politik Malaysia sekarang . Jalannya hanya satu iaitu .memenangi kembali hati-hati' bangsa Melayu. Sama ada UMNO suka atau tidak, inilah merupakan 'jalan terakhir' yang mereka miliki. Sekiranya UMNO masih lagi mengharapkan untuk ber kelebihan sementara  kaum Cina dan India diutamakan, nantikan, harinya  dimana, BN akan  ditalkinkan olih bukan Melayu dan UMNO bakal  menjadi pembangkang.

Sekiranya tiada usaha diambil untuk 'memperkukuhkan bangsa Melayu' maka, pengakhiran UMNO sebagai tunjang pemerintah bakal berakhir..

Sementara kesempatan itu masih lagi ada, 'jaga lah maruah dan hati bangsa  Melayu' tetapi sekiranya pemimpin Melayu masih  lagi mengharapkan sokongan bukan Melayu untuk menang  pada  PRU 14, maka siapkanlah , 'kubur' kerana bukan Melayu telah 'menggali  lubang kubur untuk BN berserta kain klafannya sekali', hanya menunggu 'khalifah' Pakatan untuk membaca 'talkin'nya...saja.

                                                               ikhlas dari :- Cahaya Al Majid



.

4 comments:

  1. Setuju dengan pendapat yang di atas. Saya lihat ISMA dah semakin lebih berkemampuan untuk memperjuangkan nasib/kepentingan orang Melayu daripada UMNO. Hidup ISMA!

    ReplyDelete
  2. umno deah lama mamposs dah, banyak tanah melayu yang digadai dek umno. mereka hanya fikir duit yo, den dah lamo dah dalam umno tu. Boto juo kato pembangkang tu, umno ni pengkianat bangsa sebonar e.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya bukan UMNO sahaja pengkhianat bangsa tapi semua sama ja PAS KE PKR KE UMNO KE SEMUA GILA KUASA SEMUA PENGKHIANAT! GADAI AGAMA GADAI BANGSA MEREMPAT LA ORANG MELAYU!

      Delete
    2. yo lahtu, samo yo, tu den nak orang melayu buat pati lain yang bona bona memperjuangkan bangsa melayu. Kito hapuskan semuo sekolah sekolah cino dan indis tu, wajibkan bahasa melayu yo dipakai. Ini den tengok bahasa cino makin mengato dipakai . Mano tolo umno ni sobona e.

      Delete