Wednesday 27 August 2014

THE PROMISED LAND : ADAKAH MELAYU AKAN DISEMBELIH SEPERTIMANA BANGSA PALESTIN LALUI ?

INILAH NYAWA NYAWA YANG DIBIARKAN OLIH
BANGSA ARAB UNTUK DISEMBELIH ATAU DIHAPUSKAN
OLIH  PENGANUT KRISTIAN MELALUI YAHUDI

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Tidak ada satu kekuatan yang tinggal dibumi Arab yang dapat mempertahankan Islam. Semua yang ditinggalkan olih Rasullulah s.a.w Nabi Muhammad kepada bangsa Arab semuanya 'lenyap'. Semangat, jati diri dan keimanan yang ditonggakkan olih Al Quran tinggalan Baginda Rasulllulah s.a.w seolah-olah telah ditelan atau dikambus olih 'ribut pasir' dibenua tersebut.

Bermula dari bumi Arab Saudi sehingga keIraq dan juga dari  keutara benua Afrika sehingga Algeria semuanya 'tenggelam' dimakan 'ketamakan kuasa duniawi'. Hanya bumi yang kerdil yang pernah dihuni olih Isa Putera Maryam iaitu Bumi Palestin saja yang masih 'gagah' mempertahankan 'maruah Umat Arab' tinggalan Rasullulah s.a.w. Bumi yang sememangnya dirancang olih Kristian melalui Yahudi untuk dihancurkan 'seluruh isinya' bagi 'memburukkan imej' umat Islam atau Agama Islam 'yang dizahirkan' olih Allah SWT melalui Nabi Muhammad s.a.w sehingga kini sedikit demi sedikit mula dihancurkan.

Berbekalkan batu dan lastik serta beberapa senjata yang telah luput tarikh tetapi  masih digunakan olih pejuang Palestin bagi menentang kezaliman Yahudi. Walaupun begitu kekentalan hati dan iktizam umat Islam Palestin ini tidak mudah untuk dilunturkan olih Yahudi walaupun terpaksa berdepan dengan senjata moden Yahudi yang dibekal Amerika. Walaupun berpuluh ribu nyawa telah 'syahid' namun  Yahudi tetap takut terhadap semangat dan  'perjuangan' bangsa Palestin ini.

Apa yang terjadi di Palestin ini adalah satu peperangan fizikal,  'mental' serta 'jiwa' diantara kaum kafir dan umat Islam.Walaupun umat Islam yang cintakan Rasulllulah s.a.w yang  berjuang atas nama Islam kini bermandikan air mata dan darah  namun 'kekalahan' 'kepada kauf 'kuffar' lebih dirasakan kerana negara-negara ini sedikit demi sedikit telah menerima 'hukuman' dari Yang Maha Esa. Kekalahan 'jiwa raga' serta kehancuran dari segi ekonomi mula 'merantai' dan memburu mereka. Walaupun negara negara ini dilihat amat makmur namun hati dan jiwa rakyat mereka mula bergelojak dan memberontak .sesama merek Perasaan curiga mencurigai sesama mereka mula terserlah sedikit demi sedikit..

Korban demi korban terjadi kepada warga Palestin , namun, semua kematian yang dilalui ini sedikit ;pun tidak mendatangkan keinsafan kepada penduduk dunia Arab terutama mereka yang mengikut agama Muhammad s.a.w ini.. Kegagalan warga Arab yang menaungi seluruh benua Arab didapati tidak membantu langsung  di bumi Palestin malahan tetap menyalahkan Fatah mahupun Hamas didalam pertelingkahan ini. Begitulah legasi yang ditinggalkan olih datuk nenek bangsa yang pentingkan diri sendiri ini .'

Sifat kasih sayang atau sifat persaudaraan yang ditanamkan olih baginda Rasullulah s.aw ini tidak dipraktikkan dalam kehidupan bangsa  Arab.

Nampaknya kesedihan dan rasa simpati terhadap 'saki baki' umat Muhammad s,aw yang berjiwa Al Quran dibumi Palestin ini hanya mendapat perhatian sewajarnya dari Umat Melayu yang beragama Islam di nusantara saja.Tiada belas tiada simpati dari  bangsa lain terhadap apa yang berlaku terhadap umat Islam Palestin ini. Bangsa Cina , India juga berdiam diri terhadap penyembelihan umat Islam dibumi Palestin .

Tetapi sedarkah kita, apa yang berlaku di bumi Palestin merupakan kesenambungan kepada Perang Salib? Kalau dahulu perang ini berlaku diantara umat Kristian dan umat Islam tetapi apabila Kristian tidak berjaya untuk menghapuskan 'keutuhan' dan keimanan umat Islam, lalu, Kristian, menggunakan ' bangsa Yahudi' yang dibekalkan dengan segala bentuk senjata ini untuk memerangi umat Islam. Dengan  menggunakan helah ini saja Kristian dapat 'berselindung' dari perbuatan jahat serta dendam mereka terhadap umat Islam.

Apa yang pasti semua negara barat menyokong tindakan Yahudi atau Zionis ini bagi   melemahkan umat Arab yang disangkanya 'bakal' melahirkan 'pemimpin akhir zaman'.

Yakinlah !!! bahwa pemimpn akhir zaman akan bermula disini dan  bukan lahirnya  dari benua Arab mahupun bumi Asia Tengah.

Begitu jugalah  apa yang sedang  berlaku dinegara ini., bangsa Melayu sudah mula berpecah kepada beberapa kelompok. Mereka tidak lagi berkiblatkan kepada keimanan dan ketakwaan tetapi lebih menjurus kepada 'kepuasan nafsu diri' sendiri. Agama telah mula dijadikan 'alat' olih orang politik dan juga ahli agamawan  untuk 'memenuhi ;impian' samaada untuk ;kekayaan mahupun  kekuasaan . Tanpa rasa bersalah mereka mula mengatur strategi untuk kepuasan diri. Begitulah 'nasib'nya Islam apabila 'pengikutnya mula ''gila taksub'.

Tanpa menyedari diri mereka diperalatkan olih orang kafir atau ajenda Kristian, jiwa-jiwa ini mula terjebak dan mula menggadaikan diri dan sanggup pula melakukan apa saja demi kelangsungan 'ajenda' mereka.

                                      

                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment