Monday 11 August 2014

THE PROMISED LAND : ALAM BANGSA MIM MULA TERBAKAR

MELAYU MEEM  MULA DIBAKAR OLIH KETENTUAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Alhamdullilah kesempatan juga diizinkan Allah SWT yang mengerakkan jari jemari ini untuk terus meluahkan apa yang tersirat dan yang tersurat dihati untuk diterjemahkan diruang ini untuk dikongsikan bersama-sama teman dan juga sahabat yang menantikan perkhabaran terbaru dan terkini untuk dikongsikan bersama, mungkin ramai yang ternanti-nanti dan bertanyakan kenapa ruang dilaman ini agak sepi kebelakangan ini terutama dibulan Ramadhan dan juga selepas beberapa hari Shawal. Jawapannya mudah saja, Allah SWT tidak mengerakkan hati untuk menulis buat seketika.

Walauapa pun hari ini saya memulakan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

MH 370, MH 17 dan TPPA

Pertalian diantara peristiwa yang disebutkan diatas amat rapat sekali.dan semuanya kerana mainan  Yahudi atau Zionist' terhadap  Malaysia melalui Amerika. Dengan 'perangkap" TPPA" yang diwar-warkan olih Amerika yang dikata akan menguntungkan negara ini dilihat 'gagal' dilaksanakan olih suruhan Zionist iaitu Amerika. Dengan keengganan Malaysia untuk 'tunduk' atau 'termakan' dengan 'umpanan' maka satu gerakan untuk 'melumpuhkan' atau 'mengucarkacirkan ekonomi' Malaysia digerakkan . Bermula dengan 'menghilangkan' MH370' yang sebenarnya 'dikuburkan' di Diego Gracia dengan harapan Melayu akan tunduk kepada kemahuan mereka dengan susulan kedatangan Obama kenegara ini dengan harapan Malaysia akan 'terikat' dengan TPPA namun Yahudi 'terlepas peluang'  apabila TPPA tidak ditangani. Berlarutan dari itu 'strategi' baru untuk 'memalukan Malaysia' digerakan.

Dengan menyalahkan Pihak Pemisah Ukrain yang pro Russia yang dituduh 'menembak' MH17, maka Amerika sekali 'bersuara' seolah-olah' puak Pemisah Ukrain yang bertanggungjawap sekali gus 'memadamkan' tangan ghaib  CIA mahupun Secret Service US dan sekali gus 'memadamkan' tinta Yahudi atau Zionist dari dipersalahkan dan pada masa yang sama pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dilakukan olih Yahudi tanpa sekatan.

Satu dunia tahu bahawa Malaysia amat lantang menentang kezaliman Yahudi atau Zionist waima Amerika sendiri tetapi disebabkan Najib dikata amat rapat atau 'cium molot' dengan Obama maka, keberanian Najib untuk 'mengutuk' Amerika yang  'membela Israel tidak dilakukan olih Kerajaan Najib dan terkini dan yang terbaru Amerika melalui senetnya telah meluluskan pembekalan senjata kepada Israel untuk membunuh penduduk Palestin yang menggunakan 'batu dan pistol' serta 'roket yang luput tarikh'.Kenapa keraajaan Najib tidak bertegas dan mengutuk Obama tentang 'kelulusan' itu? Adakah tindakan Kerajaan Malaysia ini bersifat berpileh-pileh?

Berbalik kepada isu dalam negara pula, entah dan berpa banyak penghiinaan terhadap institusi Raja dan Islam diperlekeh dan dihina namun belum nampak satu pun tindakan berjaya diambil, kenapa? Raja dan orang Melayu tidak layak kah di'bela' atau 'sememangnya ' selayaknya 'Melayu dan Raja' dicaci olih bangsa lain? Sudahlah Melayu tak terbela dan ketingggalan dari segi ekonominya kini Yang Di Pertuan Agong dan Raja Melayu dihina, apa nak jadi ni??

Beralih kita ke Selangor pula, apa nak jadi ni?

Yakinlah DAP akan manyokong apa saja yang bolih 'melemahkan' Melayu. Sekiranya terdapat 'jalan' atau peluang' untuk merubah Perlembagaan Tubuh Negeri di Selangor, 'yakinlah', DAP akan 'sondol' semuanya walaupun terpaksa 'berhabis duit' asalkan ada Melayu yang sanggup 'jual diri' dan 'maruah' demi 'kelangsungan politik bangsa mereka'. Selagi Anwar Ibrahim 'sanggup ' memporak-peranda' Melayu, yakinlah DAP dan kaumnya akan menyokong usaha ini 100%.


Dan yang terbaru dan terkini yang sampai kepengetahuan sata ada seorang lagi 'hamba allah' yang dikata telah diwar-warkan sebagai Raja atau Sultan dinusantara ini. Dikatakan kedudukan dan mertabat  'beliau' adalah lebih tinggi dari semua Sultan dinegara ini dan juga di Brunei Darul Salam dan lebih tingggi kedudukannya dari Yang Di Pertuan Agong.

Sebenarnya bangsa Melayu ni, dah 'mula' rosak'. Mungkin disebabkan 'harta dunia atau 'gelaran' yang disandang membuatkan mereka-meraka ini lupa diri 'atau 'riak' agaknya. Dan apa yang kita dapat lihat masakini ''orang berada atau yang berharta' atau 'kaya' mula dipandang tinggi olih masyarakat walauppun latar belakang mereka tidaklah sebaik mana. Tatapi nak buat macammana...masyarakat Melayu sememangnya memandang pada 'pangkat dan harta'. Tanda-tanda dan kata-kata Ulama Muktabar semakin membenarkan.

 Penghujung semakin terserlah..manusia semakin rosak, penganut  agama semakin 'terpesong'.


                                                           Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid






4 comments:

  1. segeralah rosak agar cepat datang sang pembela...

    ReplyDelete
  2. menunggu sebuah pengakhiran

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi menulis kembali.
    Apapun, perkembangan mutakhir di Malaysia ini sudah tersurat sejak azali.
    Saya pohon saudara dan kita semua yang menyayangi agama dan bangsa bawa banyak bersabar dengan ujian ini.
    Disaat harta, wang dan pangkat telah menyesatkan ramai umat melayu (dan umat2x terdahulu daripada kita), insyaAllah masih ada hambaNya di kalangan kita tidak terjerumus sama. Tetapkan hati dan pendirian kita. Jaga maruah kita, jgan sampai terpedaya dengan anugerah dajjal -->> menjanjikan 'syurga' jika mengikut mereka. Bukankah ini zamannya?
    Bukankah Al-Quran dah mengingatkan kita? Jadik walau apapun bencana yang datang kepada kita, bukanlah Allah telah memberitahu kita?
    Selalu percayalah, perancangan Allah lebih hebat dari tipudaya musuh2 kita.
    Banyakkan salawat dan berdoa.
    Tiada senjata yang lebih ampuh selain doa (mudah2xan doa orang alim2x di tanah melayu ini akan dikabulkan Allah). Doa hamba2 seperti kita2x ini yang ilmu dan imannya tak seberapa, mudah2xan masih dalam pandangan kasih dan rahmat Allah juga.
    Kita kena terima hakikat hidup (terutama peringkat akhir zaman): hidup kita bukan selalunya manis dan indah.
    Kadang2 Allah menguji hati2x kita dengan bala bencana supaya kita kembali bersujud memohon padaNya (KEMBALI MENGINGATINYA BAGI MEREKA YANG BERINGAT). Sabarlah, setiap perkara yang terjadi ada hikmah kepada rantaian peristiwa/perkara yang lain (dalam pengetahuan Allah), maka segala yang akan berlaku kepada agama dan bangsa kita selepas ini (2015-2016) hendaklah kita tawakkal, jgn berpecah belah iktikad dan tauhid kita.
    Sekian pandangan saya.

    ReplyDelete
  4. alang2 menyelok budu jangan sampai ketiak berbau budu
    alang2 memegang bara api panas biar sampai menjadi abu
    alang2 terbakar badan biar sampai rentong hangus jadi abu
    kerana terikut2 jalan terbakar Allah gantikan dgn jalan baru

    ReplyDelete