Tuesday 28 October 2014

THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH HEBAT ANTARA NAJIB DAN ANWAR

MACAM 'HAMPEH' 

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Pengikut UMNO mengaku bahawa Najib adalah yang terbaik diantara semua ahli UMNO. Olih sebab itu selayaknya Najib diangkat sebagai Presiden UMNO. Berbeza dengan Anwar, beliau adalah 'ahli UMNO' yang terpecat yang menubuhkan parti PKR yang dianggotai olih mereka-mereka yang kecewa dengan parti yang mereka anggotai samada UMNO, PAS, MCA mahupun MIC dan segelintir ahli DAP yang sememangnya di'tanam' bagi tujuan 'risik'.

Najib yang sememangnya dinobatkan olih ahli UMNO yang kecewa dengan Pak Lah telah 'menjaja' ketidakupayaan Pak Lah keseluruh negara ' sehinggakan Pak Lah 'dipaksa' secara hormat untuk melepaskan jawatan tanpa mengambil kira keupayaan penggantinya. Melupuskan 'kuasa' Pak Lah adalah 'ajenda'nya.

Berbanding dengan Najib, Anwar terpaksa 'mengekalkan' cengkamanya didalam politik dengan 'menjaja' cerita bahwa 'beliau teraniya' dan dipenjarakan  kerana 'ajenda politik' UMNO. Cerita-cerita mahupun ungkapanya didalam ceramah politiknya, selalu, menggambarkan bahawa beliau 'terfitnah' dan pengolahan cerita olih Anwar ini sememangnya 'menarik' simpati orang ramai untuk menyokongnya.

Dikala wakttu terdesak iaitu 2 PRU yang lepas, Anwar  telah berjaya  mengukukuhkan kedudukanya sebagai Ketua Pembangkang walaupun parti  DAP dan PAS terlebih senior penubuhannya berbanding PKR. Untuk itu Anwar dilihat sememangnya 'bertaring' berbanding Najib.

Najib pula dilihat sebagai seorang yang 'gentlement' didalam peningkatan persada Barisan Nasional namun 'tindak tanduk' Najib yang melebihkan bangsa Cina dan India dilihat sebagai satu 'kebodohan' pula olih orang Melayu. Dengan memberi bermacam-macam imbuhan serta pengiktirafan terhadap dua kaum terbesar dalam BN ini,  mula membuatkan orang Melayu mula menyampah dan meluat dengan perangai Najib.

Dengan mengharapkan kaum Cina dan India akan mengekalkan undi mereka kepada BN, namun, impian dan harapan Najib tidak menjadi kenyataan. Walaupun bermacam-macam telah dihulurkan kepada dua bangsa ini, namun pada PRU 13 terang-terangan mereka menolak BN. Inilah bukti kebodohan Najib dan akhirnya umat Melayu sekali lagi telah menyelamatkan 'maruah' UMNO dan kuasa orang Melayu.

Najib seolah-olah tidak sedar diri dan , masih lagi 'mengharap' ehsan' orang bukan Melayu . Sehingga kini segala tindak tanduk Najib banyak 'memudaratkan' orang Melayu. Dengan tindakan mengurangkan subsidi minyak dan bebarapa lagi barangan lain telah mula meninggalkan kesan sampingan kepada ekonomi orang Melayu.

Berbeza pula dengan Anwar, walaupun beliau didapati bersalah didalam kes liwatnya dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun  namun 'kedudukan' serta 'sokongan' yang diberikan olih Parti PAS serta DAP tidak melunturkan pengaruhnya, malahan kebanyakkan dari penyokong mereka 'merestui' pula 'perbuatan' itu dan bagi mereka itu bukan kesalahan.

Kalau Anwar dikenali sebagai 'Ketua Pembangkang' yang 'dambakan' kepada 'LGBT dan 'suka' mencabar 'perjalanan undang-undang', namun berbeza pula dengan Najib. Najib lebih suka kepada 'consulltant'. Bolih dikatakan semua projek yang dilaksanakan semuanya dengan 'nasihat' 'punasihatnya atau konsultan. Berguni-guni 'sumpahan' rakyat telah dilemparkan kepada Najib dan konsultantnya namun 'bagi Najib 'konsultant' adalah 'nyawanya' ataupun 'pengerak' nadi beliau. Begitulah Najib seadanya.

Hebat tak hebat sehingga kini hutang negara kita telah mencecah RM700 Billion kalau mengikut kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Zetti tetapi Najib masih lagi mengatakan bahawa hutang negara ini pada paras RM547 Billion seperti yang dijawap di Parlimen. Kenapa angkanya jauh berbeza dan tidak selari dengan Gabenor atau adakah Tan Sri Zeti bukan dari kalangan 'konsultan' Najib yang menerima bayaran jutaan ringgit?

                    


Hutang negara turun hampir dua peratus berbanding daripada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Ini merupakan kali pertama hutang negara turun sejak Najib yang juga perdana menteri mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2009.

Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) Najib menyatakan jumlah hutang negara tahun ini berjumlah RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada KDNK, iaitu RM552.7 bilion hutang domestik dan baki RM16.2 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

Hutang negara pada 2013 pula ialah RM547.6 billion atau 54.7 peratus - lebih 1.9 peratus berbanding tahun ini.

"Kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," kata beliau.

Pada 2010, hutang negara sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1% daripada KDNK; pada 2011, RM456.1 bilion (atau 51.5%); pada 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan naik kepada RM547.6 bilion (54.7%) pada tahun lalu.

Menurut Najib, sehingga kini kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

Beliau menyatakan ia hasil daripada pengurusan hutang yang berhemat diamalkan kerajaan di mana pembayaran dilakukan mengikut kemampuan dan jumlah hasil setiap tahun.

"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," katanya lapor Malaysiakini

Perlukah dua orang yang mengaku Melayu  ini dikekalkan  dipersada politik Malaysia ??

Lu fikirlah sendiri....

                                          ikhlas dari : Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment