Saturday 1 November 2014

THE PROMISED LAND :"KEHENDAK'' NAJIB MULA DIBAKUL SAMPAHKAN..

UMNO DIIBARATKAN SEPERTI
TIADA BEBAN BIAWAK  PULA YANG DIGALAS


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Pandangan pemimpin samaada yang berkuasa mahupun yang telah bersara mula kedengaran disana sini.  Samaada dari ahli UMNO mahupun yang berada diluar UMNO semuanya telah mula 'berkotak' macam ayam baru  bertelur tetapi semua kata-kata tersebut terarah  kepada Najib.

Kalau Dr Mahathir 'mengusik' kes IMDB dan membising akan  'kerakusan' kepimpinan Najib didalam 'membuat projek' yang 'dikata 'overprice' berbeza pula dengan pandangan  adik Kadir Sheik  Fadzir ', beliau mengatakan bahawa 'PEMANDU' adalah satu 'kesilapan ' tetapi pandangan Bekas Menteri Kewangan kita iaitu Tengku Razaleigh Hamzah mencongakkan bahawa 'ekonomi; negara ini 'diambang nazak'.

Statement yang dibuat olih 'orang-orang' ini amat merungsingkan  akan masa hadapan negera ini sekiranya Najib tidak di'rehatkan'.

Najib pula masih berkeras agar Akta Hasutan dimansuhkan dan ketetapan Najib terhadap isu ini tidak berubah juga walaupun banyak suara-suara Melayu mula membantahnya. Namun Najib 'membisu' dan buat 'dek'.
                             

Namun didalam keresahan orang Melayu didalam isu ,mahu mengekalkan agar Akta Hasutan ini dikekalkan..tup-tup Munyiddin Yassin bersuara berkehendakan agar akta ini dikekalkan. Luahan ini dibuat olih TPM Muhyiddin ketika berada diMelaka Apa yang dapat dilihat pendirian Muhyiddin Yassin kebelakangan ini nampaknya mula ''menongkah' apa yang disuarakan olih Najib. Ketidaksefahaman diantara Muhyiddin dan Najib muka 'berkolek' selepas Muhyiddin Yassin pulang dari mengerjakan Haji. Syabas!!!!!

Tedengar pula suara-suara ahli UMNO yang mahukan agar 'isu Akta Hasutan" ini dibincangkan didalam Perhimpunan Agung UMNO November ini., walaupun mereka tahu bahawa Najib telah 'menyatakan' pendirian bahawa 'Akta' ini semahunya dimansuhkan.

Tetapi kali ini berbeza pula keadaannya..akta yang mahu dimansuhkan itu, kini, mula mendapat pengiktirafan dari salah seorang Naib Presiden UMNO iaitu Hishamuddin. Beliau memberikan 'keizinan' agar 'Akta Hasutan' tersebut dibincangkan olih Perwakilan UMNO, dan sekali gus 'menafikan' kehendak Najib untuk 'melupuskan' Akta Tersebut' tanpa dirujuk kepada 'wakil pilihan' ahli-ahli UMNO sendiri..

Apa yang terjadi kini semuanya menunjukkan signal yang kuat kepada Najib agar  beliau tidak dibenarkan lagi untuk melakukan sesuatu perkara sesuka hati . Perlu diingat, Najib yang dahulu suka melakukan perkara hanya mengikut telunjuk 'konsultant' tetapi Najib yang sekarang telah mula dipertikaikan., Segala  'tindak tanduk'nya  mula disanggah olih pendokong UMNO sendiri. Begitulah hakikatnya apabila seseorang pemimpin mula 'diasak' zaman kejatuhan.

Najib sikit demi sedikit mula dimalukan dan mukanya  semakin  menjadi 'muka tak malu'  Kalau sebelum ini Najib dimalukan sendiri olih isterinya dikhalayak penonton Berita TV3  ketika berada diistana Jokowi ,Rosmah menyiku Najib", kini, pemimpin  tertinggi UMNO pula  memalukan 'tindakan' Najib.

Perakuan I Am The Boss..senmakin..luntur dari diri Najib...

                                                        Najib...oh...Najib...

                                
                                   

                                                        ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Bari baru ni najib kobakan kek Hindu dio nak buek kuil Dan pertahankan sekolah Tamil Dan kasi pinjaman tekun pulak kek Hindu. Kito nak buek masjid pun payah.

    ReplyDelete