KU TULISKAN APA YANG AKU RASA |
Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberikan kekuatan minda serta ketelusan hati untuk terus menulis demi kelangsungan sebuah perjuangan .
Walaupun setiap saat detik waktu berlalu dengan pantas begitu jugalah usia ini semakin meningkat seolah-olah mengejar ataupun berlari kehujung tetapi garisan penamat masih lagi tidak kelihatan dan masih dirahsiakan olih Yang Maha Berkuasa Ya Rabb.
Setahun sudah berlalu begitu jugalah hilangnya tanda Hijrah 1435 dimata dunia namun detik-detik sedih serta gembira yang dilalui sepanjang tahun tersebut kebanyakanya tidak terungkap dan tersingkap dari pandangan mata tetapi 'nikmat' rasa yang ditanamkan didalam diri masih lagi kental seperti sebelumnya juga. Begitulah nikmatnya 'anugerah' yang dilimpahkan olih Sang Pencipta kepada hamba-hambaNya yang diberikan kelebihan.
Kalau dahulu watak Salahuddin Al Ayubi dapat dijelmakan atau diketengahkan olih masyarakat Arab untuk dijadikan 'ikon' atau 'idola' bangsa mereka tetapi untuk dunia Islam melahirkan seorang lagi 'watak' seperti Salahuddin Al Ayubi,dijangka amat mustahil kerana seluruh dunia Islam telah terkepung dan 'imej' Islam juga telah di'conteng' seburuknya olih bangsa Arab sendiri. melalui percaturan tangan ghaib Amerika dan Zionist
Dengan mainan yang drama yang diskripkan serta yang diarahkan olih Amerika dimana Dajjal sebagai Pengarahnya . Kini pencaturnya telah mula melebelkan 'Perkumpulan Islam' yang tidak sehaluan dengan pegangan mahupun kepercayaan mereka, maka, 'pertubuhan' ini akan di'tag' dan adalah menjadi musuh mereka dan memeranginya adalah keutamaan.
Kalau dahulu Osama bin Ladin adalah musuh nyata yang dicipta Amerika untuk dijadikan.alasan bagi memerangi Islam tetapi kini perkumpulan ISIS pula dijadikan sasaran. Walaupun ramai umat Islam tidak sehaluan dengan perjuangan IS namun satu perkara yang perlu kita tahu adalah bahawa Pertubuhan ISIS ini juga adalah 'ajen' Amerika atau 'zionist' bertujuan untuk 'melumpuhkan' kepercayaan umat Islam.
Dengan memaparkan beberapa 'tahanan' yang didakwa berjaya ditawan dan dibunuh olih pejuang ISIS , namun yakinlah bahawa semua ini adalah bertujuan untuk 'menghina agama Islam'. Memaparkan 'kekejaman' pelaku pejuang ISIS yang 'dikata' beragama Islam, menambah burukkan lagi keadaan mahupun tangappan penganut agama lain terhadap agama Islam.
Dengan keyakinan yang digarap olih Amerika dan sekutu mereka,maka mereka telah berjaya 'melebelkan kumpulan Islam' atau ' siapa saja atau sesiapa pun yang tidak sehaluan dengan mereka maka 'ini dianggap 'menentang aturan mereka' .
Yakinlah Amerika dan Zionist serta sekutu telah mula memasang 'peranti' terhadap kumpulan yang bergerak atas nama Islam dan sekiranya mana-mana pertubuhan berura-ura untuk membela nasib penganut Islam yang tertindas maka 'tindakan' menahan atau memenjarakan adalah 'senjata' yang 'diajarkan' kepada pemerintah negara yang mengikutinya.
Olih itu beringatlah, bahawa permulaan baru untuk tahun Hijrah 1436 tidaklah menjanjikan 'kemakmuran' untuk orang Islam mahupun negara-negara Islam. Umat Islam sebenarnya telah dirantai tangan dan kakinya olih musuh Islam melalui 'kuasa' 'pemerintah sesebuah negara..Walaupun sesebuah negara itu mengatakan bahawa negara mereka adalah bebas dari cengkaman kuasa luar tetapi pada hakikatnya semuanya 'akur; dengan 'aturan' yang telah diikrarkan di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang semestinya dicatur olih Amerika dan Zionist.
Untuk perjalanan negara ini dan seluruh rantau dibumi Asia Tengggara, keadaannya tidaklah beberapa baik samaada dari segi ekonomi, politik mahupun kehidupan sosial rakyatnya. Namun jangkaannya dari segi 'malapetaka' akibat dari cuaca, memungkinkan bencana besar bakal melanda bebarapa buah negara dan negara ini juga tidak terkecuali. Gempa bumi mahupun letusan gunung berapi samaada didarat mahupun didalam perut bumi 'pasti' berlaku. Banjir besar serta kemusnahan harta benda 'rakyat' memungkinkan 'rakyat' bertambah terhimpit.
Untuk tahun Hijrah 1436 ini juga dijangka 'Tsunami' besar bakal melanda dan ini amat merisaukan benua ini. Ketidaktentuan politik di negara Gajah putih Thailand pasti meledak sekali lagi . Begitu juga dengan politik di Malaysia, dijangka Najib akan 'digegarkan' olih ahli UMNO sendiri dan 'kelemahan' Najib pasti digembar gemburkan dan dijaja.
Nasib Anwar Ibrahim juga tidaklah 'secerah' yang beliau harapkan semuanya menjadi 'senjata makan tuan'. Tetapi yang paling mengegarkan 'ekonomi' negara diselatan Malaysia iaitu Singapura 'bakal' merudum dan menjejaskan negara tersebut dan Perdana Menterinya bakal 'berundur' dan yang amat dinantikan, politik negara Indonesia sekali lagi bakal 'meledak' dengan .kehadiran 'watak' Jokowi, Ini bakal 'menceriakan rakyatnya serta negaranya. dan Kata-kata 'Jokowi' bakal dijadikan 'rujukan'.
Kepada bangsa Melayu dan umat Islam dinegara ini, perbanyakan "sabar" kerana hati anda akan ditusuk disetiap sudut.
ikhkas dari :- Cahaya Al Majid
Alhamdullillah... ad yang sependapat dengan saya.
ReplyDeleteRakyat kena banyakkk 'sabar', ok?
Tidak ALLAH turunkan AZAB dan BALA BENCANA kepada suatu kaum melainkan sebagai ujian kepada jiwa-jiwa manusia dan juga sebagai peringatan kasih sayangnya agar mereka berubah dan kembali mengingatiNya.
Allah sangat bersifat rahman dan rahim kepada umat Nabi Muhammad. Diberi 'sedikit' kesusahan dan dukacita sebagai tanda kasih ALLAH kepada kita umat melayu.
InsyaAllah.
Bala bencana sememangnya ujian tepai ia juga kifarah pembalasan terhadap orang2 yg ingkar dan memdustai nikmatnya.
ReplyDeleteTiada kesenangan abadi dan tiada kebahagian hakiki selagi kita masih tinggal di dunia.
Azab Allah tk kira siapa spau habis lebai ke ostat ke ulama ke semua habis.
ReplyDeleteLahaulawallaquwataillabillah.