YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH IBUKU DISYURGA MU AMIN.... |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Pada tanggal 18hb Oktober 2014 jam 3.45 petang , ketentuan dan perjanjian diantara ibuku dengan Penciptanya ditunaikan. Ibu yang mengandungkan dan yang melahirkan aku dengan segala kesakitan, yang semestinya dirasai olih setiap ibu didunia,telah dijemput Malaikat bagi memenuhi perjanjian Tuhannya dalam usia 77tahun.
Sedih dan hiba hati ini mengiringi pemergiannya namun aku tetap bersyukur kehadrat Illahi yang menyempurnakan diriku dengan beribukan anak kepada Yaakob. Alhamdullilah.. Walaupun tiada kasih sebesar kasih 'ibu' yang dapat ditagih lagi dibumi ini namun semua itu tidak mengoyahkan kerena kasih Allah SWT kepada makhluknya melebihi segalanya.
Kepada ibuku yang berbinti Yaakob, semoga segala doa serta kerahmatan yang kami pohon kepada Allah SWT akan terlimpah kepada roh nya dan semoga kehidupan di'sana' lebih menyenangkan.
Inshaallah segala jasa dan budi serta kasih ibu yang ditumpahkan kepada 'hamba-hamba' Allah dimuka bumi ini akan terbalas dan diberikan kesempurnaan olih Alllah SWT.
Didalam kesedihan yang melanda hati ini, aku tetap bersyukur kehadrat Ilahi kerana 'Allah SWT tetap memberikan petunjukNya walauppun 'nyawa' ibuku sudah dipenghujung. Alhamdullilah kesempatan yang Kau berikan kepada diri ini adalah diluar pemikiran manusia untuk menerimanya. Dan dengan kesempatan yang Kau berikan itu Ya Allah,,aku sangat bersyukur dan mudah-mudahkan diri ini akan merasa 'lebih rendah lagi' dari seorang yang mengaku dirinya 'hamba'Allah..
Allahhuakbar!!!!!!!
Diwaktu diri disaluti kesedihan dengan rasa kesyukuran, perasaan 'membara' kemarahan mula membuak kerana agama yang aku anuti yang didatangkan 'khas dari Arash" yang diwahyu Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w melalui Jibrail, seringkali diperlekehkan olih orang bukan Islam yang dibenteng 'imuniti politik'. Sungguh sedih!!!! Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap penganut Islam namun 'kuasa politik' orang Islam masih lagi gagal 'membendung'nya.
Apakah perlu kita mengambil tindakan ditangan sendiri? sekiranya jelas Pemerintah gagal menanganinya?????
Kalau Raja atau Sultan dan juga Yang Di Pertuan Agung sudah mengaku seperti yang termaktub didalam Perlembagaan Negara ini bahawa 'mereka' adalah Ketua Agama Islam, kenapa, perkara ini dibiarkan berleluasa???
ikhas dari :- Cahaya Al Majid
Sabarlah saudaraku & salam takziah daripada saya.
ReplyDeleteUmat melayu dan islam (totok dan sejati) akan mempertahankan bangsanya dan ugamanya dengan apa saja cara walaupun yang termampu itu mungkin dengan hanya sebaris kata-kata (yang mungkin tidak didengar oleh pemerintah yang berkuasa).
Sabarlah.Rasa ingin (dalam hati) dan cita-cita mahu menjaga agama kita itu daripada dinoda dan dihina adalah merupakan suatu cabang perjuangan yang dituntut tetapi mengikut daya kemampuan masing-masing. Kuasa bukan ada ditangan kita untuk mengubah keadaan.
Berkenaan siapa akan jaga 'melayu', siapa akan jaga 'islam', saya percaya ada mata yang memerhati, ada telinga yang mendengar. Mereka ini sentiasa bersiap siaga. SELEPAS UMNO GAGAL NANTI, MEREKA AKAN MUNCUL DI SAAT-SAAT RAJANYA, MELAYU, ISLAM DAN NEGARA DALAM KEADAAN "SANGAT-SANGAT KRITIKAL".
Biarkanlah ALLAH merencanakan segalaNya. Dia lebih Mengetahui yang terbaik bagi umat melayu NANTI.
DISAAT ALLAH MEMBERI KITA UJIAN & BENCANA, ALLAH SEDANG MNGUJI HATI DAN KETAKWAAN KITA. TIDAK DIBERI UJIAN DAN BENCANA ITU DENGAN SIA-SIA, MESTI ADA KEBAIKAN UNTUK BANGSA MELAYU DI BELAKANG HARI WALAUPUN AKAN BERLAKU KEROSAKAN DAN KEMUSNAHAN JIWA DAN HARTA. ALLAH SEBAIK BAIK PEMBERI PERINGATAN DAN MAHA TINGGI HITUNG KASIH SAYANGNYA.
(Lihat contoh persitiwa Tsunami di Acheh. ALLAH bukan sahaja memberikan hidayahNya dengan memberikan kita kemusnahan nyawa dan harta benda tapi ALLAH juga memberikan jiwa dan hati kita kepada bersifat lebih baik daripada sebelum itu).
Mungkin dengan cara ini sahajalah Melayu itu akan membuka matanya & jiwanya semula dan menyedari mereka telah sesat & sesat kerana tujuan hidup mereka tidak lagi bersendi dan bertiangkan agama bahkan ROH ISLAM itu jauh daripada jiwa raga mereka.
Maka, JANGANLAH KITA JEMU DENGAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN. DIALAH SEBAIK BAIK TEMPAT KITA BERSERAH. JIKA DITAKDIRKAN KITA MATI DALAM PERISTIWA ITU, APALAH NAK DITAKUTKAN, MATI ITU PASTI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.