Thursday 23 October 2014

THE PROMISED LAND : KESEDIHAN, KESYUKURAN DAN KEMARAHAN

YA ALLAH KAU TEMPATKANLAH
IBUKU DISYURGA MU
AMIN....


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Pada tanggal 18hb Oktober 2014 jam 3.45 petang , ketentuan dan perjanjian diantara ibuku dengan Penciptanya ditunaikan. Ibu yang mengandungkan dan yang melahirkan aku dengan segala kesakitan, yang semestinya dirasai olih setiap ibu didunia,telah  dijemput Malaikat bagi memenuhi perjanjian Tuhannya dalam usia 77tahun.

Sedih dan hiba hati ini  mengiringi pemergiannya namun aku tetap bersyukur kehadrat Illahi yang menyempurnakan diriku dengan beribukan anak kepada Yaakob. Alhamdullilah.. Walaupun tiada kasih sebesar kasih  'ibu' yang dapat ditagih lagi dibumi ini  namun semua itu tidak mengoyahkan kerena kasih Allah SWT kepada makhluknya melebihi segalanya.

Kepada ibuku yang berbinti  Yaakob, semoga segala doa serta kerahmatan yang kami pohon kepada Allah SWT akan terlimpah kepada roh nya dan semoga kehidupan di'sana' lebih menyenangkan.

Inshaallah segala jasa dan budi serta kasih  ibu yang ditumpahkan kepada 'hamba-hamba' Allah dimuka bumi ini  akan terbalas dan diberikan kesempurnaan olih Alllah SWT.


Didalam kesedihan yang melanda hati ini, aku tetap bersyukur kehadrat Ilahi kerana 'Allah SWT tetap memberikan petunjukNya walauppun 'nyawa' ibuku  sudah dipenghujung. Alhamdullilah kesempatan yang Kau  berikan kepada diri ini adalah diluar  pemikiran manusia untuk menerimanya. Dan dengan kesempatan yang Kau berikan itu Ya Allah,,aku sangat bersyukur dan  mudah-mudahkan diri ini  akan merasa 'lebih rendah lagi' dari seorang yang mengaku  dirinya  'hamba'Allah..

Allahhuakbar!!!!!!!


Diwaktu diri disaluti kesedihan  dengan rasa kesyukuran, perasaan 'membara' kemarahan mula membuak  kerana agama yang aku anuti yang didatangkan 'khas dari Arash" yang diwahyu Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w  melalui Jibrail, seringkali  diperlekehkan olih orang bukan Islam yang dibenteng  'imuniti politik'. Sungguh sedih!!!! Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap penganut Islam namun 'kuasa politik' orang Islam masih lagi gagal 'membendung'nya.

Apakah perlu kita mengambil tindakan ditangan sendiri? sekiranya jelas Pemerintah gagal menanganinya?????

Kalau Raja atau Sultan dan juga Yang Di Pertuan Agung sudah mengaku seperti yang  termaktub didalam Perlembagaan Negara ini bahawa 'mereka' adalah Ketua Agama Islam, kenapa, perkara ini dibiarkan berleluasa???

                                         anjingserban


                                             ikhas dari :- Cahaya Al Majid








1 comment:

  1. Sabarlah saudaraku & salam takziah daripada saya.

    Umat melayu dan islam (totok dan sejati) akan mempertahankan bangsanya dan ugamanya dengan apa saja cara walaupun yang termampu itu mungkin dengan hanya sebaris kata-kata (yang mungkin tidak didengar oleh pemerintah yang berkuasa).

    Sabarlah.Rasa ingin (dalam hati) dan cita-cita mahu menjaga agama kita itu daripada dinoda dan dihina adalah merupakan suatu cabang perjuangan yang dituntut tetapi mengikut daya kemampuan masing-masing. Kuasa bukan ada ditangan kita untuk mengubah keadaan.

    Berkenaan siapa akan jaga 'melayu', siapa akan jaga 'islam', saya percaya ada mata yang memerhati, ada telinga yang mendengar. Mereka ini sentiasa bersiap siaga. SELEPAS UMNO GAGAL NANTI, MEREKA AKAN MUNCUL DI SAAT-SAAT RAJANYA, MELAYU, ISLAM DAN NEGARA DALAM KEADAAN "SANGAT-SANGAT KRITIKAL".

    Biarkanlah ALLAH merencanakan segalaNya. Dia lebih Mengetahui yang terbaik bagi umat melayu NANTI.

    DISAAT ALLAH MEMBERI KITA UJIAN & BENCANA, ALLAH SEDANG MNGUJI HATI DAN KETAKWAAN KITA. TIDAK DIBERI UJIAN DAN BENCANA ITU DENGAN SIA-SIA, MESTI ADA KEBAIKAN UNTUK BANGSA MELAYU DI BELAKANG HARI WALAUPUN AKAN BERLAKU KEROSAKAN DAN KEMUSNAHAN JIWA DAN HARTA. ALLAH SEBAIK BAIK PEMBERI PERINGATAN DAN MAHA TINGGI HITUNG KASIH SAYANGNYA.
    (Lihat contoh persitiwa Tsunami di Acheh. ALLAH bukan sahaja memberikan hidayahNya dengan memberikan kita kemusnahan nyawa dan harta benda tapi ALLAH juga memberikan jiwa dan hati kita kepada bersifat lebih baik daripada sebelum itu).

    Mungkin dengan cara ini sahajalah Melayu itu akan membuka matanya & jiwanya semula dan menyedari mereka telah sesat & sesat kerana tujuan hidup mereka tidak lagi bersendi dan bertiangkan agama bahkan ROH ISLAM itu jauh daripada jiwa raga mereka.

    Maka, JANGANLAH KITA JEMU DENGAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN. DIALAH SEBAIK BAIK TEMPAT KITA BERSERAH. JIKA DITAKDIRKAN KITA MATI DALAM PERISTIWA ITU, APALAH NAK DITAKUTKAN, MATI ITU PASTI.
    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete