MELAYU UMNO KENA SEDAR BAHAWA MCA ADALAH VIRUS YANG MEROSAKAN KEUTUHAN BARISAN NASIONAL UNTUK MENGHADAPI PRU 14 |
Inilah nilainya ahli ahli MCA dan penganut MCA wajib sedar diri!!!!! .
Kedudukan dan jawatan semua Pemimpin Tertinggi MCA samaada yang berjawaatan Menteri dan juga Timbalan Menteri adalah diatas ihsan Najib dan bukannya seluruh mandat dari orang melayu sendiri. Sememangnya Melayu yang telah memberikan kemenangan kepada calon MCA dalam PRU 13 yang mana kebanyakkan Pemimpin MCA diberikan kemenangan olih orang Melayu sendiri dan bukannya dari kaum mereka . Olih itu ahli-ahli MCA perlu sedar diri bahawa pemimpin mereka sebenarnya adalah berstatus 'patung bernyawa' saja.
Suara generasi ketiga MCA ini wajib diberikan 'arah' pintu keluar!!!!
Sebanyak 165 bahagian Pemuda MCA berpadu suara menuntut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri memohon maaf atas kenyataan yang menggesa pengguna memboikot peniaga Cina.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak meletakkan sebarang syarat dan hanya mahu Ismail membuat permohonan maaf "secepat mungkin".
Ditanya mengenai langkah seterusnya jika Ismail tidak memenuhi tuntutan itu, kumpulan itu berkata mereka tidak mahu membuat sebarang “andaian”.
Kalangan pemimpin bahagian Pemuda MCA itu juga menganggap MP Bera itu tidak layak menjadi anggota kabinet.
Satu kenyataan ketua pergerakan itu, Chong Sin Woon menyebut, Pemuda MCA berpendapat bahawa Ismail tidak layak menjadi menteri kabinet.
"Kami menyokong pendirian Chong sebagai pendirian MCA, dan kami angota Pemuda MCA, berdiri teguh dengannya dalam isu ini.
"Kami menggesa Ismail untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka sebalikya tindakan beliau terus mempertahan teori yang tak logik itu, menambahkan lagi garam ke atas luka yang berdarah," katanya dalam kenyataan yang dibacakan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon.
Susulan penjelasan Ismail kepada Kabinet semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan penjelasan bahawa kenyataan kontroversi menteri tersebut di dalam Facebook merujuk kepada semua peniaga dan tidak hanya kepada kaum Cina.
Ismail juga enggan memohon maaf dan menganggap kritikan ke atas kenyataannya itu bersifat remeh.
Terima kasih blog : Anugerah Ilahi untuk 'statistik' dibawah :-
Pengundian Mengikut Kaum
Bagi Semenanjung Malaysia, analisis kita menunjukkan 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti dalam Jadual beritkut:
Jadual: Pengundian Mengikut Kaum
Wilayah | Melayu mengundi BN | Cina mengundi BN | India mengundi BN |
KL dan Selangor | 62% | 11.6% | 24.4% |
Pulau Pinang | 62.4 | 12.6 | 21.5 |
N Sembilan & Melaka | 81.8 | 7.2 | 31.0 |
Perak | 63.0 | 13.1 | 68.5 |
Kedah | 56.7 | 9.2 | 54.9 |
Johore | 84.1 | 11.1 | 59.1 |
Terengganu | 53.2 | - | - |
Kelantan | 46.7 | - | - |
Semenanjung(purata) | 63.3 | 10.8 | 43.2 |
Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu kepada BN di aras 63.3% dengan Johore mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan undi berbanding PRU 12 dan fenomena ini mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN di semenanjung pada kadar 61%.
Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah jatuh diluar jangkaan sama sekali, keparas 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.
Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/Bumi | Cina | India | Jumlah | |
DAP | 1 | 34 | 3 | 38 |
PKR | 16 | 9 | 5 | 30 |
PAS | 21 | 0 | 0 | 21 |
Jumlah Pakatan Rakyat | 38 | 43 | 8 | 89 |
Barisan Nasional | 122 | 7 | 4 | 133 |
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment